Mengapa Hyundai Pindah Ke Indonesia?.. Ini Jawapannya..

Mengapa Hyundai Pindah Ke Indonesia?.. Ini Jawapannya.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengapa Hyundai Pindah Ke Indonesia?.. Ini Jawapannya.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengapa Hyundai Pindah Ke Indonesia?.. Ini Jawapannya..
link : Mengapa Hyundai Pindah Ke Indonesia?.. Ini Jawapannya..

Baca juga


Mengapa Hyundai Pindah Ke Indonesia?.. Ini Jawapannya..

Bila tersebar berita bahawa Hyundai Motor Corporation memindahkan ibu pejabat serantaunya di Petaling Jaya ke Indonesia ianya menjadi isu panas bilamana dikaitkan dengan Kerajaan yang dikatakan gagal dalam menarik pelaburan asing.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya Hyundai Motor Corporation tiada kaitan dengan Hyundai Sime Darby Motors. 

Hyundai Motor Corporation mempunyai ibu pejabat rasmi di Malaysia, terletak di Mutiara Damansara, juga menempatkan Hyundai Training Academy (HTA). Ianya berfungsi sebagai ibu pejabat wilayah Asia Pasifik Hyundai. 

Dibuka pada tahun 2015, pasukan Malaysia di pusat latihan seluas 17,965 kaki persegi dan pejabat serantau memberikan sokongan, termasuk latihan penjualan dan selepas penjualan kepada rakan sekutu Hyundai di 32 negara serata rantau Asia Pasifik.

Manakala Hyundai Sime Darby Motors pula adalah pengedar sah dan pengimport eksklusif jenama Hyundai di Malaysia, mempunyai kilang pemasangan yang terletak di Kulim, Kedah dan telah memasang jenama Hyundai dibawah logo Inokom sejak dari tahun 2004.

Terletak di Padang Meha, Kulim dalam kawasan seluas 200 ekar, Inokom telah terlibat dalam industri pemasangan kenderaan penumpang sejak dari tahun 1997.

Syarikat ini dimiliki oleh sebuah konsortium yang pemegang sahamnya adalah Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (51%), Sime Darby Hyundai Sdn Bhd (5%), Syarikat Hyundai Motor Korea Selatan (15%), dan Berjaya Auto Berhad (29%).

Sehingga Ogos 2020 terdapat 2231 orang pekerja disini.. info lebih detail tengoklah kat SINI

KUALA LUMPUR – Permintaan kereta Hyundai yang sangat rendah di Malaysia merupakan faktor penyumbang besar kepada keputusan penempatan semula syarikat tersebut ke Indonesia.

Lantaran itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyanggah artikel The Straits Times yang menyindir kononnya Malaysia bukan lagi lokasi pelaburan menarik untuk syarikat-syarikat multinasional (MNC).

Menurutnya, pasaran ASEAN telah menjadi tumpuan Hyundai sebagai pasaran baru untuk menggantikan China.

Oleh kerana faktor ini, peranan ibu pejabat wilayah Asia Pasifik Hyundai di Malaysia telah berkembang tetapi telah diklasifikasikan sebagai bentuk hab yang tidak lengkap kerana ketiadaan kilang pengeluaran di Malaysia.

Dengan pembinaan kilang pembuatan Hyundai di Indonesia, ibu pejabat Hyundai baharu diharapkan menjadi fully-formed space dengan produksi dan penjualan.

Mengulas mengenai penutupan anak syarikat Kumpulan Panasonic di Malaysia yang menghasilkan panel fotovoltaik (PV) atau solar MIDA berkata, penutupan itu disebabkan keputusan Panasonic Corporation, Jepun untuk menghentikan pengeluaran wafer, sel solar dan modul solar di kilangnya, baik di Jepun dan Malaysia.

Sebab utama penutupan ini adalah penurunan harga pasaran sel solar global dan kenaikan kos bahan mentah yang timbul daripada pengembangan global oleh syarikat China, selain memerlukan pelaburan modal yang lebih tinggi agar Panasonic terus berdaya tahan dalam perniagaan solar.

”Malaysia kekal sebagai pengeluar sel PV dan modul ketiga terbesar di dunia, selepas China dan Taiwan. Malaysia kini menganjurkan ekosistem fotovoltaik komprehensif yang terdiri daripada lebih 250 syarikat dalam aktiviti hulu (wafer dan sel) dan hiliran (penyongsang dan penyepadu sistem).

”Antara syarikat terkenal di Malaysia termasuk First Solar dan SunPower (USA), Hanwha Q Cells (Korea), Longi, Jinko Solar dan JA Solar (China).

”Malah, MIDA juga baru-baru ini meluluskan projek solar bersepadu utama yang akan memantapkan lagi peranan Malaysia dalam industri PV global. Pengumuman mengenai projek ini akan dibuat tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sepanjang tahun 2020, hanya sembilan syarikat perkilangan milik asing dengan jumlah pelaburan sebanyak RM394.3 juta di Malaysia yang telah melaksanakan langkah-langkah rasionalisasi perniagaan.

Syarikat-syarikat ini telah menutup operasi perniagaan mereka di Malaysia atau berpindah ke negara lain kerana teknologi distruktif yang mengubah landskap perniagaan dan pengurangan permintaan terhadap produk mereka.

Pelaburan ini hanya merupakan sebahagian kecil berbanding dengan jumlah pelaburan yang diluluskan dalam ekonomi untuk tempoh Januari-September 2020.

Jelas MIDA, pengumuman baru-baru ini mengenai syarikat berteknologi yang berhijrah ke negara pesaing di rantau ini tidak menjadi penghalang kepada Malaysia kerana terdapat pelbagai faktor yang menjadi dasar keputusan perniagaan untuk memilih destinasi pelaburan.

Ini termasuk kos buruh rendah, saiz pasaran domestik yang besar serta ketersediaan sumber mineral.

Sebilangan pelabur berpotensi dalam industri automotif, termasuk pengeluar kereta elektrik terkemuka di dunia mungkin sedang berusaha untuk membina kilang pemasangan mereka di negara-negara ini.

Walau bagaimanapun, Malaysia kekal sebagai pengeluar utama semikonduktor dan sensor untuk kereta dan sebenarnya Malaysia berada di barisan hadapan dalam era Internal Computed Engine (ICE) baru yang memerlukan semikonduktor sebagai pemacu Industri Kenderaan Elektrik (EV).

”Malaysia sebagai hab rantaian bekalan utama di rantau ini akan mendorong syarikat dan industri Malaysia untuk melabur untuk membekalkan teknologi, produk dan perkhidmatan kepada MNC yang melabur di negara-negara ASEAN.

Laporan penuh sila baca di MalaysiaGazette

Kesimpulannya.. Ibu pejabat Hyundai untuk wilayah Asia Pasifik yang dulu terletak di Malaysia telah diklasifikasikan sebagai hab yang tidak lengkap kerana ia tidak ada kilang pengeluaran di Malaysia.

Hyundai Motor dilaporkan media telah memeterai perjanjian awal untuk membina kilang pengeluaran baharu di Indonesia dengan pelaburan berjumlah AS$1.55 bilion (RM6.24 bilion) membabitkan perancangan sehingga 2030. 

Kilang berkenaan dijangka mengeluarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sedan. Selain itu, kemudahan baharu Hyundai Motor juga dijangka menghasilkan kereta hibrid dan EV pada masa depan. 

Kilang berkenaan juga dikatakan mampu mencapai kapasiti pengeluaran tahunan 150,000 unit dengan separuh daripadanya untuk pasaran eksport. 

Malah, laporan media asing turut menyebut Hyundai Motor sedang mempertimbang untuk meningkatkan had pengeluaran kepada 250,000 unit bergantung kepada situasi. 

Kemudahan di Jakarta itu juga dijangka memacu penguasaan pasaran Hyundai di pasaran Asia Tenggara kepada 25 peratus.

Jualan Hyundai di Malaysia juga tidak cukup kukuh untuk membenarkan jenama itu membuka kilangnya sendiri disini.

Oleh itu, adalah lebih praktikal untuk Hyundai memindahkan hab serantaunya dari Malaysia ke Indonesia kerana ia sedang membina kilang pengeluaran yang besar di sana untuk memenuhi pasaran Indonesia yang jauh lebih besar.




Demikianlah Artikel Mengapa Hyundai Pindah Ke Indonesia?.. Ini Jawapannya..

Sekianlah artikel Mengapa Hyundai Pindah Ke Indonesia?.. Ini Jawapannya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengapa Hyundai Pindah Ke Indonesia?.. Ini Jawapannya.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/mengapa-hyundai-pindah-ke-indonesia-ini.html

Subscribe to receive free email updates: