Myanmar Diisytihar Darurat Selama Setahun..

Myanmar Diisytihar Darurat Selama Setahun.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Myanmar Diisytihar Darurat Selama Setahun.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Myanmar Diisytihar Darurat Selama Setahun..
link : Myanmar Diisytihar Darurat Selama Setahun..

Baca juga


Myanmar Diisytihar Darurat Selama Setahun..


Myanmar yang baru sedekad keluar selepas hampir 50 tahun diperintah tentera, masih berada di bawah sistem demokrasi dikawal ketat jeneral tentera walaupun pada hakikatnya berkongsi kuasa dengan pentadbiran dipilih rakyat.

Pemilihan pada November lalu adalah pilihan raya demokratik yang kedua di Myanmar sejak negara itu keluar daripada regim pemerintahan diktator 49 tahun.

Seperti dijangkakn, Suu Kyi, tokoh sangat dikenali di Myanmar dan partinya menyapu bersih pemilihan, sekali gus meneruskan pentadbiran mereka selama lima tahun lagi.

Bagaimanapun sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

Tentera mendakwa terdapat 10 juta kes penipuan pemilih di seluruh negara dan mahu siasatan diadakan serta menuntut pelepasan daftar pemilih dari suruhanjaya pilihan raya bagi tujuan pengesahan.

Rentetan dari itu pihak Tentera telah menahan Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi ditahan tentera Myanmar, menurut jurucakap parti itu pagi tadi sepertimana yang dilaporkan oleh AFP.

"Kita mendengar Presiden (Win Myint) dan Kaunselor Negara (Aung San Suu Kyi) sudah ditahan di Naypyidaw... kami juga mendengar mereka ditahan oleh tentera," kata jurucakap NLD, Myo Nyunt.

"Kita beranggapan bahawa tentera sedang merancang untuk merampas kuasa, berdasarkan situasi semasa dan apa yang kami perhatikan ketika ini," katanya.

Seperti yang dijangka.. akhirnya pihak Tentera kembali merampas kuasa dan darurat diisytihar selama setahun..

YANGON: Tentera Myanmar hari ini, mengisytiharkan darurat selama setahun dan melantik Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Ming Min Aung Hlaing sebagai pemangku Presiden.

Ia diumumkan selepas tentera menahan Kaunselor, Aung San Suu Kyi, Presiden Myanmar, U Win Myin dan pegawai kanan lain pagi tadi.

Pengumuman di siaran milik tentera, TV Myawaddy, menjelaskan langkah itu perlu bagi menjaga 'kestabilan' negara, selain mendakwa suruhanjaya pilihan raya negara itu gagal menangani 'penyelewengan besar' dalam pemilihan, pada November lalu.

Pengisytiharan ditandatangani Naib Presiden Pertama, U Myint Swe, yang bertugas sebagai pemangku Presiden, seperti diumumkan di TV Myawady.

Kenyataan itu juga berkata, kuasa negara akan diserahkan kepada Aung Hlaing.

Suu Kyi, U Win Myint dan beberapa pegawai kanan lain parti pemerintah, Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) ditahan tentera, awal pagi tadi.

Laporan penuh sila baca di SINI



Demikianlah Artikel Myanmar Diisytihar Darurat Selama Setahun..

Sekianlah artikel Myanmar Diisytihar Darurat Selama Setahun.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Myanmar Diisytihar Darurat Selama Setahun.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/myanmar-diisytihar-darurat-selama.html

Subscribe to receive free email updates: