Bila Dah Terjebak "Cash Is King" …

Bila Dah Terjebak "Cash Is King" … - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bila Dah Terjebak "Cash Is King" …, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bila Dah Terjebak "Cash Is King" …
link : Bila Dah Terjebak "Cash Is King" …

Baca juga


Bila Dah Terjebak "Cash Is King" …

Istilah organised crime (jenayah terancang) merujuk kepada aktiviti jenayah yang dilakukan oleh satu kumpulan, organisasi, geng, sindiket, atau pasukan bertujuan mendapatkan laba atau keuntungan bagi ketua dan ahlinya. Masyarakat penjenayah ini biasanya dipanggil the underworld.

Antara kumpulan penjenayah terancang yang biasa kita dengar adalah Russian mafia, Chinese triads, Hong Kong mafia dan Japanese yakuza.


Di Amerika Syarikat, istilah ini ditakrif di bawah Organised Crime Control Act 1970 sebagai bererti ‘aktiviti haram oleh sekumpulan pertubuhan yang terancang dan berdisiplin.’ Negara itu juga meluluskan undang-undang khas pada 1970 dipanggil RICO (Racketeer Influenced and Corrupt Organizations) untuk membanteras jenayah terancang.

Di bawah Artikel 2 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)_ Mengenai Jenayah Terancang Merentas Negara (United Nations Convention Against Transnational Organised Crime), istilah ‘kumpulan penjenayah terancang’ bererti kumpulan dianggotai tiga orang atau lebih yang berpakat melakukan jenayah untuk mendapatkan secara langsung atau sebaliknya, keuntungan kewangan atau manfaat lain.

Konvensyen ini mula berkuat kuasa pada 29 September 2003 dan diperkasakan lagi dengan tiga protokol (mengenai pemerdagangan orang, penyeludupan migran serta pembuatan dan pengedaran senjata haram). Malaysia menyertai (meratifikasi) konvensyen ini pada 24 September 2004.

PERANG

Membanteras jenayah terancang adalah salah satu matlamat utama Agenda 2030 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB.

Pada September 2020, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan ‘perang’ terhadap semua kegiatan jenayah terancang termasuk aktiviti perjudian, dadah dan penipuan dalam talian di negara ini.

Mengikut laporan media baru-baru ini, polis berjaya melumpuhkan sindiket jenayah terancang Geng Nicky menerusi 70 serbuan dari 20 hingga 28 Mac lalu. 

Ketua geng bernama Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee kini menjadi buruan polis.

Dalam serbuan di Lembah Klang dan Selangor oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4, polis berjaya menahan 118 individu.

Mengikut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, antara individu yang ditahan adalah dua adik Nicky, berusia 28 dan 30 tahun. Turut ditahan dalam operasi itu, 42 lelaki (27 warga tempatan dan 15 warga China), enam wanita (termasuk tiga warga China). Kesemua mereka ditahan di bawah Akta 747 (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Hasil serbuan itu, polis merampas pelbagai mata wang asing berjumlah RM773,145 serta 16 kenderaan mewah bernilai RM6.67 juta. Polis juga membekukan 41 akaun bank bernilai RM4.05 juta.

Apa yang menyedihkan dalam episod ini adalah pengakuan Abdul Hamid sendiri, “salah seorang pegawai yang terlibat telah membocorkan maklumat kepada Nicky Liow, memberi cukup waktu kepada suspek untuk memindahkan sejumlah besar kekayaannya ke lokasi yang tidak didedahkan dan melarikan diri daripada pihak berkuasa…Daripada hasil tindakan yang diambil, nampaknya ada pengkhianat dalam kalangan orang saya.”


Mengikut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, siasatan awal menunjukkan Nicky, yang juga pengasas Winner Dynasty Group, kali terakhir dilihat di Setiawalk, Puchong, Selangor pada 20 Mac lalu. 

Walaupun suspek dipercayai masih lagi berada dalam negara, polis tidak menolak kemungkinan dia akan cuba menggunakan jalan ‘tikus’ untuk ke luar negara.

Mengikut maklumat daripada Bank Negara Malaysia, Nicky mempunyai wang berjumlah RM40 juta di dalam akaun milik peribadinya.

EKOSISTEM JENAYAH



Pada Jun 2020, polis Johor mendedahkan kejayaannya memusnahkan satu sindiket jenayah terancang merentas negara (transnational organised crime) yang aktif dalam penyeludupan migran dan dadah. Ini jelas menunjukkan ekosistem jenayah akan hidup subur dan terus bertenaga sekiranya tindakan tegas pihak berkuasa memberantas dan memusnahkan mereka tidak ditingkatkan dan diteruskan.

Laporan media pada 30 Jun lalu memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed sebagai berkata, PDRM berjaya memusnahkan tiga sindiket penjenayah terancang yang selama ini aktif menyeludup masuk migran tanpa dokumen ke negara ini. Tiga sindiket tersebut dikenali dengan nama Geng Otong (dari Johor), Geng Halim (dari Perak) dan Geng Husen Maungdaw (dari Pulau Pinang).

Kata Huzir lagi, ketua geng ini telah diberkas dan dituduh di mahkamah tetapi ahli-ahli mereka masih lagi bebas dan aktif. Geng Husen Maungdaw yang diketuai seorang etnik Rohingya, aktif membawa masuk migran dan melakukan rompakan bersenjata di kawasan perairan negara sekitar Pulau Pinang. 

Geng Halim diketuai oleh seorang rakyat negara ini aktif dalam kawasan Hutan Melintang, Perak semenjak 2017, manakala Geng Otong diketuai oleh seorang lelaki warga Indonesia dan aktif dalam bidang penyeludupan migran di perairan Johor sejak 2015.

Huzir menambah, semua suspek ditahan di bawah Akta 747 kerana terlibat dalam kegiatan jenayah terancang. Yang menyedihkan pihak polis adalah seramai 24 individu dari pelbagai agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara turut terlibat sama (bersubahat) dalam kegiatan jenayah ini.


Kesimpulannya, selain menyertai Konvensyen Memerangi Jenayah Terancang sejak awal lagi dan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan, Malaysia telah menampilkan kepakaran, komitmen, kepimpinan serta tenaga kerja dalam tugas berat membanteras jenayah terancang di negara ini.

Malangnya (seperti diakui oleh Ketua Polis Negara sendiri), ada segelintir pegawai serta kakitangan dalam agensi penguatkuasaan kita yang sudah terpesong, terjebak dan terlibat dalam jenayah ini. 

Mereka ini nampaknya sudah gelap mata dengan slogan hidup, cash is king (duit adalah raja). Amat menyedihkan.



DATUK Salleh Buang 
Bekas Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara 
Bekas Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia.

Asal artikel disiarkan di SINI


Demikianlah Artikel Bila Dah Terjebak "Cash Is King" …

Sekianlah artikel Bila Dah Terjebak "Cash Is King" … kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bila Dah Terjebak "Cash Is King" … dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/bila-dah-terjebak-cash-is-king.html

Subscribe to receive free email updates: