DAP Tidak Perlu ‘Mencairkan Kecinaannya’ Ronnie Liu Kata?

DAP Tidak Perlu ‘Mencairkan Kecinaannya’ Ronnie Liu Kata? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Tidak Perlu ‘Mencairkan Kecinaannya’ Ronnie Liu Kata?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Tidak Perlu ‘Mencairkan Kecinaannya’ Ronnie Liu Kata?
link : DAP Tidak Perlu ‘Mencairkan Kecinaannya’ Ronnie Liu Kata?

Baca juga


DAP Tidak Perlu ‘Mencairkan Kecinaannya’ Ronnie Liu Kata?



ANGGOTA jawatankuasa pusat DAP, Ronnie Liu berpendapat parti itu tidak perlu ‘mencairkan kecinaan’ semata-mata kerana kritikan daripada musuh politik.

Ronnie yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek menegaskan, DAP tidak boleh dibataskan hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.


Dalam ucapan pada majlis pelancaran buku veteran DAP Liew Ah Kim di Klang, Ronnie berkata, DAP tidak tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.

“DAP adalah parti pelbagai kaum. Parti ini tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik kita.

“Kita harus memelihara budaya parti, serta semangat perlembagaan parti, perjuangan politik pluralistik dan demokratik.

“DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.

“Kamu tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dengan pendekatan ini,” kata Ronnie seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dalam artikel bertajuk, Liu: Jangan bataskan peranan DAP hanya untuk dapat sokongan Melayu.

Mengenai suara akar umbi dan penyokong parti itu, Ronnie juga mendesak kepimpinan DAP ketika ini mengambil tanggungjawab bagi memulihkan reputasi parti itu.

“DAP tidak boleh berpura-pura tidak ada apa yang berlaku ketika reputasinya semakin merudum terutama di kalangan masyarakat Cina dan India,” tegasnya.

Beliau menegaskan perlunya parti itu mendapatkan sokongan dan memainkan peranannya dalam Pakatan Harapan untuk menyatukan parti-parti komponen.

Ketika ini DAP semakin menjadi tumpuan ahli-ahli politik Melayu terutama dalam kalangan orang muda.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 misalnya, sembilan calon DAP yang terdiri daripada orang Melayu telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri.


Mereka ialah Zairil Khir Johari (Tanjung Bungah), Syerleena Abdul Rashid (Seri Delima), Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Edry Faizal (Dusun Tua), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) tetapi kini telah meninggalkan parti, Sheikh Omar Ali (Paloh), Young Syefura Othman atau Rara (Ketari), dan Abu Bakar Lebai Sudin (Pulau Manis).

Untuk Dewan Rakyat, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang bertanding di Raub telah memenangi kerusi Parlimen tersebut.

Ketika ini ramai anak muda Melayu kelihatan semakin menonjol dalam DAP dengan menjawat pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan cawangan.


Sumber: SM



Demikianlah Artikel DAP Tidak Perlu ‘Mencairkan Kecinaannya’ Ronnie Liu Kata?

Sekianlah artikel DAP Tidak Perlu ‘Mencairkan Kecinaannya’ Ronnie Liu Kata? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP Tidak Perlu ‘Mencairkan Kecinaannya’ Ronnie Liu Kata? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/dap-tidak-perlu-mencairkan-kecinaannya.html

Subscribe to receive free email updates: