Datuk Direman Luluskan Pinjaman Projek ‘Hantu’ RM400 Juta

Datuk Direman Luluskan Pinjaman Projek ‘Hantu’ RM400 Juta - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Direman Luluskan Pinjaman Projek ‘Hantu’ RM400 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Direman Luluskan Pinjaman Projek ‘Hantu’ RM400 Juta
link : Datuk Direman Luluskan Pinjaman Projek ‘Hantu’ RM400 Juta

Baca juga


Datuk Direman Luluskan Pinjaman Projek ‘Hantu’ RM400 Juta



PUTRAJAYA – Empat individu termasuk seorang bekas Presiden merangkap Pengarah Urusan sebuah bank bergelar Datuk ditahan reman semalam bagi membantu siasatan kes menerima suapan bagi meluluskan pinjaman kewangan berjumlah RM400 juta kepada sebuah syarikat bagi projek ‘hantu’.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pagi tadi selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret menetapkan kesemua suspek berusia antara 49 hingga 53 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 2 April depan di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.


Terdahulu, kesemua suspek ditangkap di sekitar Kuala Lumpur lewat petang 30hb Mac.

Sumber berkata, keempat-empat suspek dipercayai menerima rasuah yang dianggarkan sebanyak SGD3,168,366 iaitu kira-kira RM8 juta sebagai komisen untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan sebanyak RM400 juta bagi projek yang dipercayai tidak wujud.

Menurut sumber, ia adalah suatu perbuatan licik dengan kerjasama orang dalam iaitu dengan sengaja mewujudkan projek tidak sah dengan tujuan untuk memohon pinjaman kewangan.

“Setelah pinjaman kewangan diluluskan dan wang diperoleh, syarikat yang memohon telah ditutup dan projek tidak dilaksanakan.

“Bekas Presiden merangkap Pengarah Urusan bank tersebut dikatakan telah memberikan keistimewaan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur dan kajian kebolehlaksanaan disebabkan rasuah yang diterima,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat di bawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. -K!


Demikianlah Artikel Datuk Direman Luluskan Pinjaman Projek ‘Hantu’ RM400 Juta

Sekianlah artikel Datuk Direman Luluskan Pinjaman Projek ‘Hantu’ RM400 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Direman Luluskan Pinjaman Projek ‘Hantu’ RM400 Juta dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/datuk-direman-luluskan-pinjaman-projek.html

Subscribe to receive free email updates: