Akhirnya KM Pulau Pinang Akui Dah Kena Scam..

Akhirnya KM Pulau Pinang Akui Dah Kena Scam.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akhirnya KM Pulau Pinang Akui Dah Kena Scam.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akhirnya KM Pulau Pinang Akui Dah Kena Scam..
link : Akhirnya KM Pulau Pinang Akui Dah Kena Scam..

Baca juga


Akhirnya KM Pulau Pinang Akui Dah Kena Scam..



GEORGETOWN: DAP Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini berhubung dakwaan parti itu menulis surat kepada syarikat swasta bagi mendapatkan sumbangan vaksin Covid-19.

Sambil menafikan pernah menulis surat seperti didakwa seorang individu dan dilaporkan portal media hari ini, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow menyifatkan tuduhan itu amat berat dan tidak berasas.


Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Menteri berkata, tawaran sumbangan dua juta dos vaksin menjadi kontroversi dan menyimpang daripada tujuan asal kerajaan negeri.

“Matlamat utama untuk mendapatkan bekalan vaksin tambahan pada kadar segera bagi memastikan kadar vaksinisasi boleh dipercepatkan demi melindungi nyawa serta menyelamatkan ekonomi rakyat negeri ini secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sementara itu, Kon Yeow berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menyiasat isu derma vaksin yang didakwa ‘scam’ tersebut memandangkan laporan polis mengenainya sudah dibuat.

Dalam pada itu jelasnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bermesyuarat kelmarin memutuskan untuk menggunakan dana kerajaan negeri bagi membeli vaksin tambahan untuk dihantar segera selain yang bakal dibekalkan Kerajaan Persekutuan.

“Bagi tujuan itu, saya menghantar surat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada hari ini untuk mendapatkan kebenaran pembelian vaksin secara terus daripada syarikat pembekal yang diluluskan Kerajaan Persekutuan dalam negara atau secara langsung daripada syarikat pengeluar vaksin.


“Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi maklum balas positif terhadap permohonan berkaitan,” katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri mengulangi komitmen untuk mengetepikan perbezaan politik bagi menjayakan kempen melawan pandemik Covid-19 termasuk pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf kerana tercetusnya kontroversi ini dan berharap kita akan meneruskan segala usaha dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 seterusnya demi kebaikan seluruh rakyat di negara ini,” katanya. – UTUSAN



Demikianlah Artikel Akhirnya KM Pulau Pinang Akui Dah Kena Scam..

Sekianlah artikel Akhirnya KM Pulau Pinang Akui Dah Kena Scam.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akhirnya KM Pulau Pinang Akui Dah Kena Scam.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/akhirnya-km-pulau-pinang-akui-dah-kena.html

Subscribe to receive free email updates: