Apa Yang Zahid Hamidi Cakap Ni?

Apa Yang Zahid Hamidi Cakap Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Yang Zahid Hamidi Cakap Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Yang Zahid Hamidi Cakap Ni?
link : Apa Yang Zahid Hamidi Cakap Ni?

Baca juga


Apa Yang Zahid Hamidi Cakap Ni?



Menyedari rasa resah orang ramai dengan keadaan semasa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak wajar parti itu dipalitkan dengan "kegagalan PN".

Ia dibuat ketika keadaan politik negara dihangatkan dengan kemunculan pemidang "kerajaan gagal" di beberapa negeri dengan yang terbaru dikesan di Kelantan.


"Saya difahamkan ada usaha untuk memalitkan Umno dengan kegagalan kerajaan PN. Saya fikir perkara ini wajar diperjelaskan sekali lagi supaya semua lebih terang dan faham," katanya dalam hantaran di media sosial.

Bekas timbalan perdana menteri itu mengakui ada beberapa ahli parlimen Umno menganggotai kerajaan PN namun mendakwa ia tidak bermaksud parti terlibat menentukan dasar-dasar negara.

Katanya Ahmad Zahid segala ketetapan untuk negara - termasuk mengenai dasar berkaitan pengurusan pandemik Covid-19 - dibuat sepenuhnya oleh kerajaan PN.

"Penentuan dasar negara malah menjadi hak mutlak kerajaan PN sejak Ordinan Darurat dilaksanakan," katanya lagi.


Kata Ahmad Zahid tidak adil untuk mengaitkan semua kegagalan PN dengan Umno hanya kerana beberapa ahli parlimennnya menerima tawaran menganggotai kabinet Muhyiddin.

"Justeru tidak patut ada pihak cuba 'menjebak' Umno dengan kegagalan kerajaan PN menangani penularan Covid-19," katanya.

Tambah ahli parlimen Bagan Datuk itu banyak pandangan diberikan Umno kepada PN melalui kaedah luar parlimen namun kebanyakan kurang diberi perhatian.

"Mengapa jadi begitu? Saya fikir semua orang boleh mengandaikan sebabnya," kata Ahmad Zahid.


Itu sebahagian dari laporan yang dipetik dari Malaysiakini..

Apa yang Presiden UMNO itu hendak sampaikan sebenarnya agaknya?.. bagaimana UMNO tidak wajar dipalitkan dengan apa yang dikatakan "Kegagalan PN" itu sedangkan sekurang-kurangnya 14 orang dari UMNO berada di dalam Kabinet Kerajaan PN?

Mereka yang dilantik ialah :-

01- Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
02- Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan). 
03- Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli 
04- Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, sebagai Menteri Pengajian Tinggi. 
05- Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican, sebagai Menteri Belia dan Sukan. 
06- Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilantik sebagai Menteri Luar Negeri 
07- Khairy Jamaluddin, pula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. 
08- Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique, sebagai Menteri Perpaduan Negara 09- Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba, sebagai Menteri Kesihatan. 
10- Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid, sebagai Tim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas). 
11- Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Tim. Menteri Dalam Negeri I 
12- Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Tim. Menteri Komunikasi dan Multimedia). 
13- Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Tim. Menteri Pertanian dan Industri Makanan I 
14- Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.

Nak perbodohkan siapa Zahid?



Demikianlah Artikel Apa Yang Zahid Hamidi Cakap Ni?

Sekianlah artikel Apa Yang Zahid Hamidi Cakap Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Yang Zahid Hamidi Cakap Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/apa-yang-zahid-hamidi-cakap-ni.html

Subscribe to receive free email updates: