Ini Kisah Najib Dari Gaza, Bukan Kisah Najib Tun Razak Tau..

Ini Kisah Najib Dari Gaza, Bukan Kisah Najib Tun Razak Tau.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Kisah Najib Dari Gaza, Bukan Kisah Najib Tun Razak Tau.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Kisah Najib Dari Gaza, Bukan Kisah Najib Tun Razak Tau..
link : Ini Kisah Najib Dari Gaza, Bukan Kisah Najib Tun Razak Tau..

Baca juga


Ini Kisah Najib Dari Gaza, Bukan Kisah Najib Tun Razak Tau..

KEKEJAMAN Tentera Udara Israel yang melancarkan serangan udara ke atas Gaza dan mengebom beberapa sasarannya di wilayah itu dirasai sendiri oleh seorang remaja Palestin, Mohammed Najib.

Najib yang hanya berusia 16 tahun menyaksikan beberapa pesawat pejuang tentera udara rejim Zionis melacarkan serangan udara pada Isnin lalu dari rumah keluarganya di Rimal, sebuah kawasan perumahan berhampiran bandar Gaza.

Api menjulang tinggi di langit Gaza pada waktu malam ketika Tentera Udara Israel melancarkan serangan manakala para pejuang Hamas melakukan serangan balas menerusi serangan-serangan roket.

Beberapa buah bangunan di bandar itu turut ranap apabila dibedil oleh pesawat pejuang tentera rejim Zionis dengan salah sebuahnya ialah bangunan setinggi 14 tingkat yang terletak tidak jauh dari rumah Najib.

Remaja itu berkata, adalah menakutkan apabila melihat bangunan itu runtuh pada Rabu lalu.


"Serangan bom itu adalah gila dan ia seperti satu permainan video. Ia juga umpama menyaksikan sebuah filem yang menggerunkan," tambahnya seperti dilaporkan oleh AFP.

Najib berkata, dia masih kecil apabila Israel melancarkan serangan berskala besar ketika menentang Hamas dalam Perang Gaza yang berlaku pada tahun 2014 yang menyaksikan lebih 2,000 penduduk Palestin terkorban.

"Kami terpaksa menyelamatkan diri dengan berlindung di bawah tangga dalam serangan bom. Tetapi kini tidak ada lagi tempat untuk berlindung," tambahnya.

Kini, dia berasa takut untuk pergi ke bilik air jika terdapat serangan bom daripada rejim Zionis.


"Saya bimbang jika saya meninggal dunia di dalam bilik air (akibat serangan bom Tentera Udara Israel)," ujarnya seperti dilaporkan oleh AFP.

Israel telah melancarkan ratusan serangan udara di Gaza yang bermula pada Isnin minggu lalu manakala sejumlah anggota tentera ditempatkan di sempadan negara haram rejim Zionis itu dengan Palestin.



Sekurang-kurangnya lebih 200 penduduk Palestin terkorban manakala lebih 1,000 orang lagi cedera dalam serangan tentera udara rejim Zionis itu di kawasan yang padat dengan penduduk itu.

Antara yang gugur syahid dalam serangan udara tentera Israel itu ialah beberapa komander Hamas.

Seorang lagi remaja berusia 17 tahun turut berkongsi cerita iaitu Dima Tallal yang berusia 17 tahun.

Dia menyatakan sukar untuk tidur berikutan serangan udara oleh tentera rejim Zionis pada waktu malam.


Serangan tentera udara Israel itu juga telah menjejaskan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Khamis minggu lalu sekali gus menandakan berakhirnya Ramadan iaitu bulan untuk umat Islam yang tidak mempunyai keuzuran berpuasa selama 30 hari.

Pada kebiasaannya, kaum keluarga akan berkumpul untuk berkongsi makanan dengan anak-anak manakala golongan muda menerima baju baharu dan hadiah untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas mengerjakan ibadat puasa.

Dalam pada itu, seorang lagi remaja, Ahmad Fatoum yang berusia 16 tahun berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah menyedihkan.


"Israel memusnahkan rumah-rumah dan bangunan-bangunan. Tanah tempat kami menanam anggur dan buah tin dibedil dan rumah kami bergegar seperti dilanda gempa bumi," katanya.

Dalam pada itu, neneknya, Umm Jalal yang berusia 76 tahun berkata, dia telah biasa hidup dalam suasana yang penuh dengan konflik sebelum ini tetapi serangan Tentera Udara Israel kali ini adalah yang paling ganas.

Dia berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merupakan seorang penjenayah kerana tentera udara Israel memusnahkan rumah-rumah di Gaza.

Pada malam Khamis minggu lalu, serangan tentera udara Israel itu dianggap paling ganas, kata sorang pemuda, Jassar Fayyah apabila rumahnya di Gaza musnah akibat serangan rejim Zionis itu.

"Kami mendengar bunyi letupan. Mereka (Tentera Udara Israel) melakukan bedilan sebanyak 10 kali tanpa memberi amaran dan kemudian bekalan tenaga elektrik terputus," tambahnya.

Fayyad berkata, empat anggota keluarganya cedera termasuk bapanya yang kehilangan kedua-dua kakinya akibat serangan udara rejim Zionis itu. -  SH




Demikianlah Artikel Ini Kisah Najib Dari Gaza, Bukan Kisah Najib Tun Razak Tau..

Sekianlah artikel Ini Kisah Najib Dari Gaza, Bukan Kisah Najib Tun Razak Tau.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini Kisah Najib Dari Gaza, Bukan Kisah Najib Tun Razak Tau.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/ini-kisah-najib-dari-gaza-bukan-kisah.html

Subscribe to receive free email updates: