Rakyat Negara Mana Yang Mahu Azwan Jadi Perdana Menteri Ni?

Rakyat Negara Mana Yang Mahu Azwan Jadi Perdana Menteri Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Negara Mana Yang Mahu Azwan Jadi Perdana Menteri Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Negara Mana Yang Mahu Azwan Jadi Perdana Menteri Ni?
link : Rakyat Negara Mana Yang Mahu Azwan Jadi Perdana Menteri Ni?

Baca juga


Rakyat Negara Mana Yang Mahu Azwan Jadi Perdana Menteri Ni?

KUALA LUMPUR: Selebriti dan pengacara sensasi, Azwan Ali tidak menolak kemungkinan akan kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) susulan mendakwa didesak pengikut dan rakyat yang mahu dia menjadi wakil rakyat.

Menurut Azwan, desakan itu cenderung ke arah melawan saudara kandungnya, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali yang dikatakan sedang meninjau kedudukan di Johor.


“Sebenarnya bermula tahun lepas, rakyat mahu saya bertanding dan semestinya untuk melawan Azmin. Atas nama Tuhan, asalnya saya rasa tidak mungkin sebab tak mahu lagi peduli.

“Tetapi kebelakangan ini desakan itu semakin banyak dan kuat. Kemungkinan untuk saya kembali bertanding itu ada,” kata selebriti iyu ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kata Azwan, jika sebelum ini dia pernah bertanding atas dasar suka-suka namun kali ini, dia mahu membuktikan kepada umum bahawa Azmin benar-benar tidak lagi relevan sebagai pemimpin.

“Saya bertanya kepada semua, sekarang ini tolong berikan 10 sebab atau alasan logik mengapa Azmin masih dianggap relevan sebagai pemimpin? Agak-agaklah.

“Sudah jelas begitu banyak kebodohannya terlihat semata-mata untuk melepaskan diri yang tersepit. Rakyat kena berhati-hati dalam memilih pemimpin demi kesejahteraan. Lagi pun sudah tahun 2021, rakyat tak bodoh ya! Rakyat sudah terlalu bijak menilai.


“InsyaAllah, kita tengok apa akan jadi pada PRU-15 ini. Kalau betul saya boleh jadi YB yang layak, silap-silap bergelar Perdana Menteri (PM),” kata Azwan.

Menurutnya, walaupun tidak pernah bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri, namun jika ia adalah sebuah mandat dan kepercayaan yang diberikan rakyat, dia tidak boleh menolak untuk menggalas tanggungjawab besar itu.

“Andainya masin mulut rakyat, saya terima dengan kekuatan dan tanggungjawab itu dengan sepenuhnya, sejujurnya dan seikhlasnya demi menyelamatkan rakyat yang sudah lama ditindas dan terjejas,”katanya.

Terdahulu, Azwan pernah bertanding sebagai calon bebas pada PRU-14 yang diadakan pada tahun 2018 dengan meraih 90 undi di DUN Bukit Antarabangsa.

Ketika itu, kemenangan berjaya dikekalkan kepada abangnya, Azmin dengan majoriti 25,512 undi. – UTUSAN



Demikianlah Artikel Rakyat Negara Mana Yang Mahu Azwan Jadi Perdana Menteri Ni?

Sekianlah artikel Rakyat Negara Mana Yang Mahu Azwan Jadi Perdana Menteri Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Negara Mana Yang Mahu Azwan Jadi Perdana Menteri Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/rakyat-negara-mana-yang-mahu-azwan-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: