Benarkah Kerajaan PN Ini #KerajaanGagal ?

Benarkah Kerajaan PN Ini #KerajaanGagal ? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah Kerajaan PN Ini #KerajaanGagal ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkah Kerajaan PN Ini #KerajaanGagal ?
link : Benarkah Kerajaan PN Ini #KerajaanGagal ?

Baca juga


Benarkah Kerajaan PN Ini #KerajaanGagal ?

SAYA adalah antara individu yang lantang dan amat konsisten mengkritik pelbagai kepincangan dan kelemahan kerajaan PN dalam mengurus pandemik COVID-19, kelestarian ekonomi dan sara hidup rakyat di Malaysia sejak Mac 2020.

2. Anda boleh merujuk kepada puluhan tulisan dan komentar saya di laman ini. (Facebook Muhammad Lukman Al Hakim)

3. Namun saya tidaklah ‘menyalak bukit.’ Setiap kritikan disampaikan secara membina beserta cadangan solusi yang amat praktikal untuk dilaksanakan.

4. Contohnya 10 cadangan yang saya lontarkan pada penghujung bulan Mei lalu setelah pengumuman PKP 3.0, tiga darinya berjaya dilaksanakan kerajaan PN selepas beberapa hari termasuklah sistem vaksinasi pandu lalu, pemotongan gaji menteri Kabinet dan yang terkini majikan menanggung kos bagi mempercepatkan vaksinasi bagi pekerja ‘essential service’ yang perlu bekerja sepanjang tempoh PKP.

5. Saya juga tidak pernah melabelkan PN #kerajaangagal kerana pada pandangan saya ia adalah satu tuduhan yang beremosi, tiada data dan tidak tepat.

6. Saya ingin memperincikan kesilapan ini melalui dua konsep iaitu kayu ukur (benchmark) dan perbandingan kumpulan (group comparison).

7. Pertama, lulus dan gagal mesti ada kayu ukurnya (benchmark). Sebagai contoh mudah, pelajar tingkatan 5 dikatakan gagal dalam satu mata pelajaran kerana mendapat markah kurang dari 40.

8. Dalam banyak sistem di dunia termasuk sistem pendidikan, perkara yang sudah sedia ada kayu ukur pun boleh dimanipulasi untuk manfaat tertentu. Contohnya markah lulus bagi calon SPM dalam mata pelajaran Matematik Tambahan boleh diturunkan kepada hanya 10 bagi meningkatkan prestasi keseluruhan SPM.

9. Mudahnya, lulus atau gagal dalam perkara yang ada kayu ukur pun boleh jadi sangat subjektif.

10. Persoalannya sekarang, apa kayu ukur yang kita gunakan untuk melabelkan kerajaan PN #kerajaangagal?

11. Kayu ukur ekonomi dan kesihatan biasa tidak relevan untuk digunakan dalam situasi kritikal pandemik yang disebut sebagai ‘unprecedented’ (tidak pernah berlaku) ini.

12. Sudahlah tidak ada kayu ukur, label-label yang diberikan kepada kerajaan juga adalah sangat subjektif. Percayalah, kebanyakan netizan termasuk para ahli politik pembangkang sekadar menggunakan neraca emosi tanpa fakta dan data.

13. Kedua, berkenaan perbandingan kumpulan (group comparison). Bagaimana kita boleh katakan PN gagal sedangkan tidak pernah ada mana-mana kerajaan dalam sejarah Malaysia pernah memimpin negara dalam keadaan seperti hari ini?

14. Parti Perikatan, Barisan Nasional (BN), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), Pakatan Harapan (PH) dan mana-mana perikatan politik sebelum ini tidak pernah mentadbir negara dalam keadaan pandemik COVID-19. Jadi bila kita kata PN gagal, kita sebenarnya membandingkan prestasi PN dengan kerajaan mana?

15. Kita juga tiada jaminan BN mahupun PH boleh melakukan lebih baik jika diberi peluang memerintah Malaysia hari ini.

16. Selain itu, jika kita ingin membandingkan prestasi kerajaan Malaysia di bawah PN secara adil kita hendaklah membandingkannya dengan negara membangun dunia lain, bukannya negara-negara maju seperti AS, UK, Australia, New Zealand, China mahupun negara-negara Eropah.

17. Walaupun masih membangun, sistem kesihatan Malaysia tetap menerima pengiktirafan dunia berkaitan prestasi mengurus pandemik dalam fasa pertama pada tahun lepas.

18. Malah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham diiktiraf sebagai tiga doktor terbaik dunia dalam menangani COVID-19 oleh Global TV Network bersama-sama Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand

19. Dalam aspek ekonomi, dua institusi utama perbankan dunia Bank Dunia dan IMF mengiktiraf kemampuan Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi global dan pandemik COVID-19.

20. Laporan Bank Dunia juga menyebut ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk pulih walaupun terkesan teruk akibat pandemik COVIDd-19. Manakala, IMF mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 9.0% pada tahun 2021.

21. Tambahan pula, jika ekonomi negara teruk terjejas mana mungkin kerajaan mampu mengeluarkan sejumlah besar dana bagi membantu rakyat seperti PEMERKASA dan PEMERKASA PLUS yang berjumlah puluhan billion ringgit.

22. Saya tidak nafikan, ramai kecewa dan tertekan dengan situasi PKP yang berpanjangan. Ekonomi rakyat semakin terhimpit. Fizikal dan mental semakin sakit. Memang banyak kelemahan yang perlu diperbaiki kerajaan PN.

23. Tapi sewenang-wenangnya melabel #kerajaangagal tidak menjadikan keadaan lebih baik. Kita memerlukan hashtag baharu. Hashtag yang lebih proaktif dan membantu!

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim



Demikianlah Artikel Benarkah Kerajaan PN Ini #KerajaanGagal ?

Sekianlah artikel Benarkah Kerajaan PN Ini #KerajaanGagal ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkah Kerajaan PN Ini #KerajaanGagal ? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/benarkah-kerajaan-pn-ini-kerajaangagal.html

Subscribe to receive free email updates: