Lagi Ahli Parlimen Mahu Projek Tambak Laut Penang Dibatalkan!

Lagi Ahli Parlimen Mahu Projek Tambak Laut Penang Dibatalkan! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi Ahli Parlimen Mahu Projek Tambak Laut Penang Dibatalkan!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi Ahli Parlimen Mahu Projek Tambak Laut Penang Dibatalkan!
link : Lagi Ahli Parlimen Mahu Projek Tambak Laut Penang Dibatalkan!

Baca juga


Lagi Ahli Parlimen Mahu Projek Tambak Laut Penang Dibatalkan!



GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican, menggesa kerajaan negeri membatalkan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR), memandangkan ia tidak mendapat sokongan penuh rakyat.

Reezal yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, projek tambakan laut mega itu mendapat pelbagai reaksi negatif dan wujud dua petisyen yang menyokong pembatalannya.


“Sehubungan itu, sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang, saya akan membawa suara bantahan dan gesaan pembatalan projek ini ke Mesyuarat MTPNg, serta mengemukakan pandangan balas terhadap projek ini kepada pihak kerajaan negeri dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa, petisyen awam “Save Penang! Reject the 3 islands Reclamation!” untuk pembatalan projek itu mendapat lebih 116,000 pernyataan sokongan setakat hari ini, manakala satu lagi petisyen bertajuk “Save Malaysia’s sea turtles!” yang terkait secara langsung dengan projek PSR turut mempunyai hampir 250,000 pernyataan sokongan.


Katanya, beliau secara peribadi tidak pernah bersetuju dengan projek itu yang dikatakan bertujuan untuk menjana sumber kewangan bagi membiayai projek projek pengangkutan, di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP).

Reezal mendakwa, bantahan terhadap projek itu adalah kerana pelaksanaannya dianggap tidak lagi bertujuan membiayai projek-projek pengangkutan di bawah PIPPP kerana ia seakan-akan sudah menjadi projek hartanah yang dikuasai oleh syarikat swasta.


Selain itu, Reezal mendakwa projek itu boleh mengancam jaminan makanan rakyat dari hasil laut serta memusnahkan ekosistem, biodiversiti marin dan perubahan aliran air laut.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff, dalam kenyataan berasingan berkata PAS Pulau Pinang sememangnya membantah projek PSR oleh kerajaan negeri.

Beliau mendakwa, projek itu telah tersasar daripada tujuan asalnya, sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada kepentingan sesetengah pihak dan seakan mengabaikan kelestarian alam sekitar dan hidupan laut yang menjadi punca rezeki golongan nelayan ~ FMT

Petisyen awam “Save Penang! Reject the 3 islands Reclamation!” boleh ditandatangani di SINI

Petisyen bertajuk “Save Malaysia’s sea turtles!” pula boleh ditandatangani di SINI



Demikianlah Artikel Lagi Ahli Parlimen Mahu Projek Tambak Laut Penang Dibatalkan!

Sekianlah artikel Lagi Ahli Parlimen Mahu Projek Tambak Laut Penang Dibatalkan! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi Ahli Parlimen Mahu Projek Tambak Laut Penang Dibatalkan! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/lagi-ahli-parlimen-mahu-projek-tambak.html

Subscribe to receive free email updates: