Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan

Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan
link : Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan

Baca juga


Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya membatalkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) dengan serta-merta.

Beliau menyifatkan projek tersebut telah tersasar daripada tujuan asalnya, sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada kepentingan sesetengah pihak serta mengabaikan kelestarian alam sekitar dan menjejaskan punca rezeki golongan nelayan.


“PSR yang diumumkan pada tahun 2015 asalnya bertujuan untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Walaupun saya bersama rakan-rakan parti pada awalnya menyokong pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih baik, keraguan mula timbul apabila PTMP diubah untuk merangkumi lebuhraya mega merentasi bukit dan sungai, transit aliran ringan (LRT), monorel, skycab dan pelan tambakan laut.

“Kini jelas bahawa PSR tidak lagi menjadi punca pembiayaan PTMP, tetapi tertumpu kepada penghasilan dan penjualan harta tanah spekulatif dengan meminggirkan kepentingan alam sekitar dan ekosistem seimbang. Projek ini boleh digambarkan sebagai penswastaan laut kita secara tidak langsung untuk pembangunan yang berpaksikan kepentingan swasta,” katanya dalam kenyataan.

Keseluruhan projek PSR akan dibiayai dan dikendalikan oleh usaha sama 70-30 antara SRS Consortium Sdn Bhd selaku rakan penyampaian projek PSR dan kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Nurul Izzah juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tetap mahu meneruskan projek itu walaupun Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) mengesahkan bahawa PSR akan mengakibatkan kehilangan alam sekitar secara kekal.

“Daripada menambak tanah seluas 4,500 ekar dari laut, terdapat banyak tanah di daratan Pulau Pinang yang dapat diusahakan.

“Lebih banyak usaha harus ditumpukan pada pembangunan skala kecil pro masyarakat seperti Think City di tanah besar Pulau Pinang untuk mengatasi pembangunan yang tidak seimbang; hal ini harus menjadi trajektori utama pembangunan Pulau Pinang, selari dengan visi Penang 2030,” katanya.

Nurul Izzah juga berpandangan walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang menawarkan pakej dan program ex-gratia yang bertujuan untuk memberikan faedah jangka panjang kepada 1,615 nelayan yang terjejas, projek ini bakal mengancam mata pencarian hampir 5,000 nelayan akibat impak penambakan yang melangkaui Teluk Kumbar dan perairan Pulau Pinang.


“Malah, memorandum komuniti nelayan yang diterima oleh Ahli Parlimen PKR di Pulau Pinang, yang menyatakan bahawa sambutan positif terhadap projek PSR hanya diperoleh daripada nelayan sambilan dan nelayan yang telah bersara. Keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri harus berpusat pada pembangunan lestari tanpa mengabaikan atau menafikan suara nelayan sepenuh masa yang tetap teguh dalam pendirian mereka untuk menentang projek ini.

“Oleh demikian, saya tidak mempunyai pilihan selain daripada menyuarakan bantahan ini secara terbuka dengan harapan projek penambakan ditamatkan dan digantikan dengan rancangan pembangunan dan pembaharuan ekonomi yang benar-benar lestari, sejajar dengan keperluan untuk membangun kembali dengan lebih baik, walau berskala kecil tetapi pro rakyat serta lebih hijau dalam pemulihan global pasca pandemik,” katanya.

Bagaimanapun, Nurul Izzah sedia menyokong pembangunan yang benar-benar menghasilkan impak sosioekonomi yang seimbang dan lestari dengan impak minimum terhadap alam sekitar dan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat.

“Saya menyeru agar Kementerian Alam Sekitar dan Air membatalkan kelulusan awal yang diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar dan memperkuat segala usaha untuk berkolaborasi dengan kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menguruskan pemulihan sosioekonomi rakyat, lebih-lebih lagi ketika kita mengharungi impak serta risiko pasca wabak yang tidak menentu,” katanya. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan

Sekianlah artikel Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nurul Izzah Gesa Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Dibatalkan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/nurul-izzah-gesa-projek-tambakan-laut.html

Subscribe to receive free email updates: