Sebenarnya.. Dari RM150 Billion Itu Kerajaan Hanya Suntik RM10 Billion - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebenarnya.. Dari RM150 Billion Itu Kerajaan Hanya Suntik RM10 Billion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Sebenarnya.. Dari RM150 Billion Itu Kerajaan Hanya Suntik RM10 Billionlink :
Sebenarnya.. Dari RM150 Billion Itu Kerajaan Hanya Suntik RM10 Billion
Baca juga
Sebenarnya.. Dari RM150 Billion Itu Kerajaan Hanya Suntik RM10 Billion
Kerajaan masih perlu memikirkan pelan jangka panjang untuk rakyat dan pemulihan ekonomi negara sekiranya situasi pandemik COVID-19 berlarutan hingga ke tahun depan.
Meskipun Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan semalam secara dasarnya memuaskan, bantuan kewangan itu bagaimanapun hanya untuk jangka pendek dan bersifat sementara.
Sedangkan, rakyat berkemungkinan berdepan kesan komitmen jangka panjang membabitkan pinjaman perumahan dan kewangan sekiranya krisis kesihatan berlarutan,
“Sekarang ini ramai yang terkesan dan ada mengambil tindakan di luar batasan disebabkan kemurungan dan ketidakstabilan mental.
“Apa yang rakyat perlukan ialah pekerjaan supaya mereka boleh mendapat pendapatan yang berterusan bukannya bantuan jangka pendek,” katanya , hari ini.
Justeru, beliau mencadangkan supaya kerajaan memberi fokus kepada peluang pekerjaan yang lebih meluas kepada rakyat, walaupun pendapatan mungkin tidak seperti sebelum negara dilanda wabak.
Melalui langkah itu juga, katanya, rakyat akan lebih mudah mengatur komitmen perbelanjaan, sekali gus merancakkan kembali sektor ekonomi secara berperingkat.
“Saya juga ingin mencadangkan sekiranya wabak dan PKP ini berlarutan, benarkan sesiapa yang hilang pekerjaan atau tiada pendapatan terutama bagi yang berkeluarga untuk merentas negeri pulang ke kampung atau rumah keluarga.
“Mereka boleh mengusahakan ladang atau bercucuk tanam untuk menampung kehidupan harian. Ini secara tak langsung mengurangkan gejala sosial di luar batasan,” katanya.
Itu Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob yang disuarakan kepada kepada
Ismaweb.net
Berikut pula pendapat Profesor Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi mengenai PEMULIH
SELEPAS dikritik hebat baru-baru ini kerana respons suam-suam kuku untuk mengadakan sidang Parlimen, pakej bantuan terbaharu Perikatan Nasional (PN), Pemulih, dilihat dapat memberi sedikit ruang buat kerajaan daripada amarah rakyat, kata penganalisis politik.
Bagaimanapun mereka memperingatkan ruang kerajaan bernafas itu hanya sekejap sahaja kerana banyak insentif Pemulih hanyalah langkah sementara dan tidak dapat kembalikan kredibiliti PN.
Profesor Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, skim i-Citra yang membolehkan pengeluaran wang sehingga RM5,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium pinjaman enam bulan hanya sementara kerana ia masih wang rakyat.
Peruntukan RM300,000 untuk digunakan oleh semua ahli Parlimen untuk bantuan bakul makanan juga merupakan langkah sementara, katanya.
“Bantuan bakul makanan bersifat sementara dan maka itu kemarahan yang reda juga bersifat sementara.
“Umpama memberi harimau lapar makan, maka apabila lapar akan mengaum lagi,” kata pensyarah kajian etnik Melayu itu.
Awang Azman berkata perkara terbaik dibuat PN melalui Pemulih adalah memberikan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik.
Beliau yang berasal dari Sarawak itu berkata walaupun tepat pada masanya, Pemulih hanya memberi gambaran kerajaan membantu rakyat ketika ekonomi sedang parah.
““Sebenarnya rakyat lebih banyak menggunakan wang simpanan mereka sendiri seperti penggunaan wang simpanan KWSP.
“Juga terdedah kepada kadar faedah bank akan terus berjalan untuk tempoh 6 bulan dan ini membebankan rakyat menghadapi kemelut ekonomi yang sukar,” kata Awang Azman.
Selepas lebih sebulan sekatan pergerakan dilaksana, pada Isnin, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan ekonomi terbaharu dikenali sebagai Pemulih.
Walaupun disebut-sebut sebagai pakej RM150 bilion, kerajaan berkata ia hanya menyuntik RM10 bilion melalui pembayaran tunai langsung.
Secara keseluruhan, kerajaan PN mendakwa mengagihkan RM380 bilion melalui tujuh pakej bantuan walaupun suntikan fiskal kurang daripada suku lapor
The Malaysian Insight
Demikianlah Artikel Sebenarnya.. Dari RM150 Billion Itu Kerajaan Hanya Suntik RM10 Billion
Sekianlah artikel Sebenarnya.. Dari RM150 Billion Itu Kerajaan Hanya Suntik RM10 Billion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sebenarnya.. Dari RM150 Billion Itu Kerajaan Hanya Suntik RM10 Billion dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/sebenarnya-dari-rm150-billion-itu.html