Noraini Ahmad Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Noraini Ahmad Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Noraini Ahmad Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Noraini Ahmad Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi
link : Noraini Ahmad Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Baca juga


Noraini Ahmad Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Walaupun ada yang mendakwa kemungkinan ada pemimpin yang cuba bermain jalan selamat, paling menjadi tanda tanya ketika ini ialah nama-nama heavyweight seperti Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ini kerana nama kedua-dua pemimpin tersebut tidak tersenarai dalam mana-mana kem.


Berdasarkan kenyataan Ismail Sabri pada sidang media pagi tadi, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, ada mengadu dan memaklumkan fikirannya berkecamuk dan kusut memikirkan perkara itu.

"Noraini tutup telefon. Dia pun serabut, pening kepala. Dia ada mengadu pada saya semalam.

Akhirnya pada lewat petang hari ini.. Noraini bersuara..

PUTRAJAYA -Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menamatkan teki-teki sama ada beliau kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah mengumumkan keputusan peletakan jawatan sebagai menteri, berkuatuasa serta merta.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos 2021, beliau sebagai salah seorang ketua sayap parti itu akur dengan keputusan parti.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:

Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang.

Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.

Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua. 

Sekian. Terima Kasih




 





Demikianlah Artikel Noraini Ahmad Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Sekianlah artikel Noraini Ahmad Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Noraini Ahmad Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/noraini-ahmad-letak-jawatan-menteri.html

Subscribe to receive free email updates: