Lagi 'Datuk' Ditahan, 400 Kilogram Dadah Dirampas

Lagi 'Datuk' Ditahan, 400 Kilogram Dadah Dirampas - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi 'Datuk' Ditahan, 400 Kilogram Dadah Dirampas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi 'Datuk' Ditahan, 400 Kilogram Dadah Dirampas
link : Lagi 'Datuk' Ditahan, 400 Kilogram Dadah Dirampas

Baca juga


Lagi 'Datuk' Ditahan, 400 Kilogram Dadah Dirampas

 


SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dengan rampasan sebanyak 400 kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai RM14.4 juta.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, kegiatan sindiket tersebut terbongkar selepas pemeriksaan ke atas dua kotak kayu mengandungi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota kastam Cawangan Ibu Narkotik Ibu Pejabat JKDM menyita dua buah kotak kayu di Kompleks Kargo Udara (KLIA) pada pukul 4.10 petang, Selasa lalu.

“Pemeriksaan ke atas kotak kayu tersebut menjumpai lapan kotak yang terdapat 400 bungkusan teh mengandungi syabu dengan anggaran berat 400 kg bernilai RM14.4 juta,” kata beliau pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan itu, tiga lelaki tempatan berumur 25 hingga 56 tahun termasuk seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ ditahan di lokasi sama untuk membantu siasatan.

“Modus operandi sindiket ini mengisytiharkan barang dagangan itu sebagai troli hotel sedangkan di dalamnya terdapat kotak-kotak mengandungi dadah yang disorokkan bersama pakaian.

“Bekalan dadah tersebut dipercayai diperoleh dari pasaran tempatan dan luar negara sebelum dieskport ke negara-negaraAsia Pasifik,” katanya.

Kata Abdul Latif, sindiket tersebut dikesan telah 11 kali menyeludup dadah ke luar negara dipercayai menggunakan modus operandi sama sejak tahun lalu.

“Suspek bergelar ‘Datuk’ berusia 48 tahun yang ditahan seorang ahli perniagaan.Setakat ini, siasatan masih diteruskan jika ada lagi penglibatan individu lain dalam kes tersebut,” katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek direman 14 hari hingga 13 September 2021 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Lagi 'Datuk' Ditahan, 400 Kilogram Dadah Dirampas

Sekianlah artikel Lagi 'Datuk' Ditahan, 400 Kilogram Dadah Dirampas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi 'Datuk' Ditahan, 400 Kilogram Dadah Dirampas dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/lagi-datuk-ditahan-400-kilogram-dadah.html

Subscribe to receive free email updates: