Penyamun Anak Emas Baru Rembat Sikit Saja Dari RM25Juta Tu... - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyamun Anak Emas Baru Rembat Sikit Saja Dari RM25Juta Tu..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Penyamun Anak Emas Baru Rembat Sikit Saja Dari RM25Juta Tu...link :
Penyamun Anak Emas Baru Rembat Sikit Saja Dari RM25Juta Tu...
Baca juga
Penyamun Anak Emas Baru Rembat Sikit Saja Dari RM25Juta Tu...
Semalam Mingguan Malaysia telah melaporkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas tiga pegawainya yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes membabitkan duit RM25 juta dalam kawalan agensi itu membawa kepada penyitaan sebuah rumah dan beberapa kenderaan mewah yang semuanya dianggarkan bernilai RM1.6 juta.
Harta disita ialah sebuah rumah di Selangor, dua motosikal jenis Ducati dan masing-masing sebuah kereta Mercedes Benz dan Honda Type R.
Rumah dan kenderaan tersebut dipercayai milik pegawai SPRM berpangkat penguasa kanan gred 44 berusia 40 tahun. Sumber memberitahu Mingguan Malaysia, penyitaan dilakukan susulan siasatan terhadap penguasa kanan berkenaan bersama dua lagi pegawainya berpangkat penguasa dan ketua penolong penguasa kanan.
Ketiga-tiga pegawai berkenaan disiasat SPRM mengikut Seksyen 23 (a) Akta SPRM 2009 kerana disyaki menyalah guna kuasa melupuskan barang kes (exhibits).
Kata sumber itu, pembongkaran tersebut sekali gus membuktikan SPRM tidak mendiamkan diri dalam menjalankan siasatan melibatkan pegawai kanan agensi tersebut.
“SPRM sedang melakukan dokumentasi untuk mengetahui ‘asal-usul’ pemilikan semua harta itu memandangkan penguasa kanan terbabit dikesan hidup mewah melebihi gaji yang sepatutnya.
“Siasatan kini tertumpu kepada penguasa kanan berkenaan kerana dia antara individu yang bertanggungjawab menyimpan exhibits sesuatu kes yang disiasat.
“Bagaimanapun, SPRM turut memperincikan siasatan bagi melihat rekod pemilikan wang, harta benda membabitkan dua lagi pegawai yang ditahan,” kata sumber.
Mengulas lanjut, kata sumber itu, penguasa kanan berkenaan turut disyaki terlibat dalam beberapa pelaburan dan pembelian hartanah namun setakat ini pasukan penyiasat sedang mengumpul bukti mengenai aktiviti tersebut.
Sementara itu, sumber lain memberitahu, siasatan polis membabitkan penguasa kanan berkenaan pula, dikatakan menemukan 400 butir peluru bersaiz 9 mm (milimeter) beserta tiga kelongsong peluru bersaiz 9mm serta sepucuk pistol tiruan.
Malah, pemeriksaan lanjut di rumah pegawai itu turut menemukan sepucuk senapang jenis pum gun jenama Benelli Armi selain 200 butir lagi peluru jenis 9mm dan tali sling (seutas), alat pembuka senjata (satu) serta senaskah buku manual penggunaan senjata.
“Semakan lanjut, penguasa kanan berkenaan mempunyai lesen senjata api membabitkan satu jenama lain yang dikeluarkan oleh Bahagian Perlesenan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. “Berdasarkan lesen penggunaan senjata api, pegawai berkenaan hanya dibenarkan untuk memiliki 100 butir peluru sahaja,” dedah sumber itu.
Sementara itu, usaha mendapatkan komen Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki gagal kerana tidak dapat dihubungi.
Difahamkan, satu sidang akhbar khas antara SPRM dan PDRM akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mendedahkan hasil siasatan berhubung kes berpunca daripada kecurian duit RM25 juta yang hilang daripada kawalan SPRM.
Kontroversi salah guna kuasa tiga pegawai itu tercetus susulan wang RM25 juta milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang disita SPRM tiga tahun lalu didakwa hilang.
Hasanah sebelum itu didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang kerajaan bernilai sekitar RM50 juta namun pada April lalu dia dilepas tanpa dibebaskan.
Dalam pada itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, masyarakat seharusnya memberi ruang secukupnya kepada SPRM menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan pembabitan pegawai kanan dalam aktiviti salah guna kuasa dan penyelewengan tersebut.
Menurut beliau, masyarakat tidak wajar terus menerus menyerang suruhanjaya itu seolah-olah mereka sengaja melengah-lengahkan siasatan dan melindungi perbuatan tersebut.
“SPRM telah menjalankan tugas dengan profesional ketika menjalankan siasatan dan mereka dengan jelas bersedia memberi kerjasama baik kepada polis dalam berkongsi maklumat. Jadi, beri ruang SPRM untuk menyiasat,” kata beliau ketika dihubungi .
Bagaimanapun, Abu Zahar memberitahu, LPPR sudah pasti tidak berkompromi jika terdapat tindakan-tindakan yang tidak profesional dan telus terhadap mana-mana pegawai yang terbabit melakukan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam Suruhanjaya berkenaan.- MINGGUAN
Hari ini pula Malaysiakini melaporkan..
Salah seorang pegawai SPRM, yang ditahan susulan kehilangan RM25 juta wang bahan bukti, disifatkan sebagai “bermasalah” tetapi rapat dengan orang ternama.
Perkara ini disifatkan oleh sumber-sumber, termasuk bekas pegawai kanan, yang mengetahui berkaitan selok-belok dalam suruhanjaya itu.
“Pegawai ini memang diketahui bermasalah,” kata satu sumber kepada Malaysiakini.
“Kami ada nickname untuk dia - penyamun anak emas.”
SPRM sebelum ini menahan tiga pegawainya selepas bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas dalam siasatan terhadapnya pada 2018 hilang.
Malaysiakini difahamkan bahawa tiga anggota SPRM yang menjadi suspek berkhidmat dalam unit siastan khas yang mengendalikan kes Hasanah.
Sumber-sumber mendakwa salah seorang daripada suspek juga disiasat dalam kes lain, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.
Mereka mendakwa, pegawai itu “tidak boleh disentuh” susulan hubungannya dengan orang ternama.
“Ini semua baru sikit,” kata satu sumber, sambil menambah siasatan polis akan membongkar lebih banyak perkara.
“Kita dengar ada benda lain lagi (yang melibatkan suspek). Kalau polis siasat kes ini, saya percaya semua akan jadi huru-hara,” katanya.
“Ini yang akan jadi bila ada 'anak emas' tapi gagal pantau dan ambil tindakan (apabila mereka melanggar undang-undang)," kata sumber lain, yang merupakan pesara pegawai SPRM.
"Saya sedih bila benda macam ni berlaku. Kita berusaha untuk bina imej SPRM dengan keringat dan air mata, tetapi mereka telah mencemarkan nama SPRM," katanya.
Bekas pegawai itu juga mengkritik SPRM kerana gagal melaporkan tuduhan kecurian itu kepada polis kerana ia berada bawah bidang kuasa pihak polis.
Dia menambah tindakan SPRM untuk menyiasat dakwaan kecurian itu sendiri menimbulkan persoalan kemungkinan ia merupakan satu percubaan untuk menutup isu tersebut.
Malaysiakini tidak mendedahkan nama ketiga-tiga suspek itu berdasarkan amalan yang sewajarnya - tidak menamakan tertuduh sehingga individu tersebut didakwa, kecuali dalam keadaan tertentu.
Laporan penuh silalh sambung bacaan anda di SINI
Demikianlah Artikel Penyamun Anak Emas Baru Rembat Sikit Saja Dari RM25Juta Tu...
Sekianlah artikel Penyamun Anak Emas Baru Rembat Sikit Saja Dari RM25Juta Tu... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penyamun Anak Emas Baru Rembat Sikit Saja Dari RM25Juta Tu... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/penyamun-anak-emas-baru-rembat-sikit.html