Setelah KK Skybridge Jadi Bahan Lawak Netizen...

Setelah KK Skybridge Jadi Bahan Lawak Netizen... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Setelah KK Skybridge Jadi Bahan Lawak Netizen..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Setelah KK Skybridge Jadi Bahan Lawak Netizen...
link : Setelah KK Skybridge Jadi Bahan Lawak Netizen...

Baca juga


Setelah KK Skybridge Jadi Bahan Lawak Netizen...

KOTA KINABALU: Jejantas berhawa dingin “KK Skybridge” yang menghubungkan Asia City, Pusat Komersial Api-Api, Warisan Square dan Oceanus Mall, di sini, telah pun dibuka secara rasmi, baru-baru ini.

Bagaimanapun, projek yang dikatakan bernilai RM31.5 juta itu menjadi bahan ketawa dan kecaman warganet apabila jejantas mewah berkenaan tidak menghubungkan Center Point Sabah iaitu kompleks membeli-belah antara yang tertua di Kota Kinabalu.

Jejantas berkenaan yang menghubungkan beberapa kawasan itu dilihat berakhir betul-betul berhampiran Center Point Sabah tanpa sebarang pintu masuk.

Seorang pengguna di Facebook yang menggunakan nama akaun Tiffanyca Fanny Sebastian dalam hantarannya berkata “Jalan-jalan sajalah dari hujung ke hujung, mau masuk CP (Center Point) turun tangga lepas itu lintas jalan raya lagi, tiada gunanya jejantas itu”.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Othman Hj Rawi turut membuat hantaran berbentuk gurauan “Apabila mahu masuk ke Center Point, kena baca ini mantera yang P Ramlee baca ‘yat ngiiiseenn mata kajiii semer tilemmmm’ ‘brigde’ ini hanya untuk laluan pejalan kaki dari Asia City ke Api-Api dan Oceanus saja. Bukan ada pintu masuk CP…kena turun tangga semula”.

Seorang lagi pengguna Facebook, Farit Budiman turut membuat hantaran pendek mengenai KK Skybridge “Mau pergi CP eh kena ‘prank'”.

Dalam pada itu, Naib Presiden SAPP Gee Tien Siong dalam satu kenyataan berkata, reka bentuk KK Skybridge berkenaan tidak termasuk pusat membeli-belah Center Point Sabah.

Katanya, yang bertanggungjawab untuk pembinaan hubungan antara jejantas itu dengan Center Point Sabah adalah pusat beli-belah itu sendiri.

“KK Skybridge yang berhawa dingin dilengkapi dengan eskalator, lif OKU dan 20 kiosk telah siap sesuai dengan rancangan asal, yang menghubungkan Asia City, Pusat Komersial Api-Api, Warisan Square dan Oceanus Mall.

“Bagaimanapun reka bentuk KK Skybridge ini tidak termasuk pusat membeli-belah Center Point Sabah, tetapi merekalah bertanggungjawab untuk pembinaan hubungan antara Skybridge dan pusat beli-belahnya, yang diharapkan dapat dilakukan selepas PKP dan pada masa ini, pagar telah dipasang di persimpangan berkenaan untuk memastikan keselamatan pengguna,” katanya.

Gee berkata, terdapat beberapa individu yang berniat jahat yang menyebarkan khabar angin untuk memperlekehkan kemudahan yang sukar diperoleh itu, hanya kerana masih belum ada tangga yang dibina di persimpangan.

“Perjalanan untuk merealisasikan skybridge ini telah mengalami banyak liku-liku.

“Walaupun semasa PH ketika Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Menteri Kewangan Persekutuan, Ketua Menteri Sabah, ADUN Api-Api merangkap Timbalan Ketua Menteri semuanya berasal dari gabungan yang sama gagal memberikan skybridge untuk kegunaan awam,” katanya.

KK Skybridge berkenaan merangkumi laluan pejalan kaki sepanjang kira-kira 400 meter menghubungkan beberapa pusat beli belah di tengah bandar raya dan akan mula dibuka kepada orang awam bermula esok lapor FMT



Demikianlah Artikel Setelah KK Skybridge Jadi Bahan Lawak Netizen...

Sekianlah artikel Setelah KK Skybridge Jadi Bahan Lawak Netizen... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Setelah KK Skybridge Jadi Bahan Lawak Netizen... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/setelah-kk-skybridge-jadi-bahan-lawak.html

Subscribe to receive free email updates: