Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan, Sokongan Asing Itu?

Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan, Sokongan Asing Itu? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan, Sokongan Asing Itu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan, Sokongan Asing Itu?
link : Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan, Sokongan Asing Itu?

Baca juga


Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan, Sokongan Asing Itu?

 


PETALING JAYA: Ada pemimpin politik negara ini didakwa menerima bantuan dan sokongan moral daripada individu serta organisasi luar negara terutama Amerika Syarikat (AS) dalam meneruskan karier politik masing-masing.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail mendedahkan, intipan mendapati pemimpin-pemimpin politik berkenaan turut melakukan pertemuan dengan individu berpengaruh di luar negara.

Menurut beliau, maklumat risikan menunjukkan pemimpin-pemimpin tersebut ‘sangat diminati’ oleh pihak luar sekali gus mendapat bantuan fizikal serta sokongan untuk mereka meneruskan kelangsungan politik.

“Kita tahu tindakan-tindakan (pihak dari luar negara) menjurus kepada memberi bantuan kepada pihak-pihak tertentu (dalam negara). Kita tiada bukti bahawa bantuan itu diserah secara terus tetapi maklumat yang kita terima, beberapa organisasi di AS, contohnya ada memainkan peranan.

“Kita dapat maklumat sesetengah pemimpin dalam negara ini, sangat diminati untuk meneruskan kedudukan dan kekuatan mereka dalam politik.

“Mereka juga diberi sokongan secara moral. Itu memang jelas, melalui tindakan-tindakan (beberapa pemimpin politik) yang sering berjumpa dengan pihak yang berpengaruh di luar negara. Maklumat-maklumat itu kita dapat,” kata beliau baru-baru ini.

Mohd. Salleh berkata, perisikan tentera mempunyai maklumat lengkap tentang tarikh pertemuan, lokasi serta identiti pemimpin politik yang mengadakan pertemuan dengan pihak asing di beberapa buah negara.

“Sewaktu dia berada di beberapa negara, kita buat pemantauan. Siapa yang dia jumpa dan sebagainya. Tapi kita tak tahu apa yang dibincangkan. Tapi memang ada perjumpaan dengan beberapa orang yang mendapat sokongan secara moralnya dari luar negara,” katanya.

Mengenai kunjungan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris ke Singapura pada 22 Ogos lalu, Mohd. Salleh mempersoalkan mengenai langkah mendarat di Lapangan Terbang Tentera Paya Lebar dan bukan di Changi di Singapura yang merupakan lapangan terbang antarabangsa negara itu.

“Mendarat di lapangan terbang tentera itu lebih kepada isu keselamatan dan juga menunjukkan kepada Malaysia bahawa ketenteraan Singapura masih disokong kuat oleh Amerika. Itu yang mereka mahu tunjuk.

“Saya rasa ia diolah oleh Singapura sendiri. Mahu tunjuk kepada Malaysia, jangan main-main, kamu ini hanya pemain yang kecil. Jadi ini sebagai satu amaran kepada kita. Saya percaya ini semua permainan mereka,” katanya.- MINGGUAN



Demikianlah Artikel Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan, Sokongan Asing Itu?

Sekianlah artikel Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan, Sokongan Asing Itu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan, Sokongan Asing Itu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/siapa-ahli-politik-yang-dikatakan.html

Subscribe to receive free email updates: