Artis-artis Kalah Dalam Pemilihan PKR

Artis-artis Kalah Dalam Pemilihan PKR - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Artis-artis Kalah Dalam Pemilihan PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Artis-artis Kalah Dalam Pemilihan PKR
link : Artis-artis Kalah Dalam Pemilihan PKR

Baca juga


Artis-artis Kalah Dalam Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR: Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa.

Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi.

Dengan keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR kali ini gagal meraih kejayaan.

Terdahulu, BH melaporkan, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac juga tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang.

KUALA LUMPUR : Pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang bagi Pemilihan PKR kali ini.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, memperoleh 609 undi sementara pesaing yang juga selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, turut tewas, memperoleh 589 undi.

Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.

Sementara itu di Cabang Pandan, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menang jawatan Ketua Cabang Pandan selepas memperoleh 548 undi mengatasi pencabarnya, Mohamad Rashidi Hasan yang memperoleh 373 undi.

Sementara di Cabang Gombak, menepati ramalan apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari menang bagi jawatan Ketua Cabang Gombak mengatasi pesaingnya, yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador.

Amiruddin memperoleh 1,858 undi mengatasi Farhash yang memperoleh 1,215 undi.

Setakat jam 1.45 petang ini, tiga negeri sudah mengumumkan keputusan bagi pemilihan PKR iaitu Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan.


Demikianlah Artikel Artis-artis Kalah Dalam Pemilihan PKR

Sekianlah artikel Artis-artis Kalah Dalam Pemilihan PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Artis-artis Kalah Dalam Pemilihan PKR dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/05/artis-artis-kalah-dalam-pemilihan-pkr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :