Rina Harun Dikecam Lagi... - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rina Harun Dikecam Lagi..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Rina Harun Dikecam Lagi...link :
Rina Harun Dikecam Lagi...
Baca juga
Rina Harun Dikecam Lagi...

SATU video publisiti dihasilkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarkat mencetuskan rasa marah orang ramai dan ahli politik kerana ia seolah-olah menghina wanita.
Video berdurasi 40 saat itu menampilkan menterinya Rina Harun dan Rosyam Nor di mana pelakon itu mengkritik wanita sebagai “lambat”, bertujuan untuk mempromosikan program kementerian.
Rosyam dengan gaya wataknya sebagai samseng dalam filem KL Gangster 2 turut berkata “aku nak belasah kepala korang”.
“
Rugi semua usaha kementerian dalam isu menentang keganasan terhadap wanita bagai mencurah air ke daun keladi,” kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said di Twitter.
Azalina yang juga bekas timbalan speaker Dewan Rakyat berkata lebih baik Rina buang saja perkataan “wanita” daripada nama kementerian itu.
“Pembangunan keluarga, buang saja perkataan wanita. Senang kerja,” kata Azalina.
Video itu dimuat naik di akaun TikTok Rina semalam dan ditontotn lebih 210,000 kali. Video itu bertujuan memperomosikan program keusahawanan kementerian untuk wanita.
Dalam video itu, Rosyam berkata wanita selalu lambat dan menggesa mereka untuk hadir ke program hari ini.
“Wanita ni selalu lambat. Bangkit, bangun tidur,” katanya dalam video itu.
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh turut mengecam Rina berhubung video itu di media sosial.
“Ini bukan kali pertama
Rina Harun menggunakan publisiti murahan yang menjatuhkan imej jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat,” katanya.
“Yang paling teruk apabila Rina dan pegawai Yayasan Kebajikan Negara hanya berdiri dan tersengih-sengih semasa kata-kata itu digunakan di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Rina Harun tidak dibayar gaji beribu-ribu setiap bulan oleh rakyat hanya untuk beliau membuat program. Rakyat bayar gaji Menteri bukan untuk Rina buat kerja event organiser. Rina tidak perlu membuat kerja Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
“Mereka lebih mahir dalam bab ini. Sebut mengenai bisnes, Rina sendiri mempunyai kes mahkamah sebelum ini dan saya berpendapat, lebih baik jika Rina tidak mengajar wanita lain untuk ‘bangkit’ dalam bisnes,” katanya.
“Kalau Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob betul-betul serius mengenai perjuangan Keluarga Malaysia, gugurkanlah menteri sebegini yang memperlekehkan peranan wanita.
“Yang harus ‘bangun daripada tidur’ adalah Rina Harun dan timbalan menteri beliau. Tiga tahun sudah melebihi probation period untuk mereka ‘bangkit’ membuat kerja.” lapor
The Malaysian Insight
Demikianlah Artikel Rina Harun Dikecam Lagi...
Sekianlah artikel Rina Harun Dikecam Lagi... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rina Harun Dikecam Lagi... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/09/rina-harun-dikecam-lagi.html