'No Anwar, No DAP', Mudahnya Mereka Diperbodohkan.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'No Anwar, No DAP', Mudahnya Mereka Diperbodohkan.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
'No Anwar, No DAP', Mudahnya Mereka Diperbodohkan..link :
'No Anwar, No DAP', Mudahnya Mereka Diperbodohkan..
Baca juga
'No Anwar, No DAP', Mudahnya Mereka Diperbodohkan..
21 November lalu.. Media melaporkan akar umbi UMNO berpegang teguh terhadap prinsip 'No Anwar, No DAP' kerana ia adalah keputusan majoriti yang tidak boleh dijual beli serta merupakan mandat diberikan kepada pemimpin parti menerusi dua siri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelum ini.
Setiausaha UMNO Bahagian Setiu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, pendirian itu membawa maksud seluruh ahli dan akar umbi UMNO menolak gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH).
"Gabungan ini (BN-PH) disebut antara kolisi paling stabil untuk membentuk kerajaan. Namun, ada harga mahal yang perlu dibayar UMNO. Prinsip 'No Anwar, No DAP' adalah keputusan majoriti akar umbi yang tidak boleh di jual beli.
"Prinsip ini bukan saja melibatkan perbezaan dasar, malah maruah dan harga diri tiga juta ahli UMNO yang telah memberi mandat kepada pemimpin melalui PAU. Bukan sekali, malah dua kali berturut-turut PAU mengulangi prinsip No Anwar No DAP ini," katanya dalam kenyataan..
Hmmm... kesian.. baca apa Zahid kata tentang 'No Anwar, No DAP' ni..
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, kerjasama dibentuk di antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang didalamnya terdapat DAP pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, tidak mengabaikan prinsip UMNO.
Justeru Presiden UMNO itu meminta semua pihak, memahami bahawa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah hanya untuk berdepan PRU15, dan bukannya selepas pilihan raya umum itu.
"Selepas pilihan raya umum, marilah kita merapatkan barisan. Umpama 'lidi seikat' ini perlu bagi menyapu segala kotoran yang telah dilemparkan kepada UMNO dan pembersihan ini penting bagi memastikan laman politik tidak kotor luar dan dalam," katanya menerusi hantaran di laman facebook miliknya hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, apa yang berlaku dalam arena politik negara hari ini tidak akan menghilangkan identiti UMNO yang tetap tidak berubah objektif penubuhan parti iaitu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Islam bagi memperkasa kemajuan bangsa.
"Sesuai dengan perkembangan, ia perlu cakna dengan perubahan semasa, dinamik dan dilihat inklusif," katanya.
Zahid menegaskan, UMNO tetap mempertahankan dasar parti untuk mengamalkan sikap moderate, sederhana, centrik dan progresif dalam menangani perubahan.
"UMNO juga menolak parti menggunakan agama untuk berpolitik, sebaliknya UMNO secara bertanggungjawab menggunakan politik untuk memelihara perkara berkaitan kepentingan bangsa, Melayu-Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Beliau turut berkata kerjasama BN dan PH di Perak dan Pahang, khususnya adalah bagi memastikan kesinambungan dalam kesejahteraan dan kebajikan rakyat di negeri-negeri tersebut.
"Kini adalah masa untuk bekerja dan memastikan segala aspek urusan pembangunan untuk diberikan perhatian sebagai jalan bergerak ke hadapan," katanya.
Zahid yang juga Pengerusi BN, berkata kesan suasana ekonomi dunia yang mencabar, perlu ditangani dengan lebih baik di peringkat tempatan agar tidak memberikan kesan berterusan kepada negeri dan negara.
"Kerjasama yang dibina oleh BN Perak dan Pahang juga memancarkan realiti masyarakat berbilang kaum dan meraikan kepelbagaian sesuai dengan demografi negeri yang merupakan asas kepada pembentukan kerjasama strategik," jelasnya.
Beliau berkata, pendekatan baharu ini adalah satu pilihan yang akan menjadi perintis kepada perpaduan dan keharmonian kerajaan agar fokus pembangunan dapat diteruskan.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sifat keterbukaan ini mencerminkan bahawa BN-PH merintis jalan baharu untuk membawa politik centrik, jalan kesederhanaan dan matang.
Tambah beliau, pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berbentuk kerajaan campuran selepas Perikatan Nasional (PN) menolak untuk menyertainya ~
BH
Demikianlah Artikel 'No Anwar, No DAP', Mudahnya Mereka Diperbodohkan..
Sekianlah artikel 'No Anwar, No DAP', Mudahnya Mereka Diperbodohkan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'No Anwar, No DAP', Mudahnya Mereka Diperbodohkan.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/11/no-anwar-no-dap-mudahnya-mereka.html