DAP Ada Bala Tentera Melayu Bawa Agenda Cauvinisme - Hadi - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Ada Bala Tentera Melayu Bawa Agenda Cauvinisme - Hadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
DAP Ada Bala Tentera Melayu Bawa Agenda Cauvinisme - Hadilink :
DAP Ada Bala Tentera Melayu Bawa Agenda Cauvinisme - Hadi
Baca juga
DAP Ada Bala Tentera Melayu Bawa Agenda Cauvinisme - Hadi
KUALA LUMPUR – DAP yang didakwa membawa agenda cauvinisme dan murtad sudah tidak perlu bersuara, kerana mereka telah berjaya mengadakan bala tentera Melayu yang tidak bermaruah agama dan bangsa dalam kalangan parti itu sendiri.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan menegakkan agenda tersebut turut disertai PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersamanya, sekaligus melantangkan suara bagi pihak DAP.
Menurut beliau, kini, mereka pula berjaya menarik daripada kalangan UMNO yang menyerah kalah demi kepentingan diri tertentu sahaja.
“Sehinggakan, UMNO telah meninggalkan asas perjuangan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara, serta melanggar resolusi Perhimpunan Agung mereka yang menolak untuk bekerjasama dengan DAP dan angkatannya.
“Kami percaya terdapat sebahagian besar pemimpin UMNO tidak reda dengan langkah songsang oleh segelintir pemimpin mereka, bahkan ada yang secara terbuka melakukan protes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu menambah, kenyataan yang sebenar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah DAP dan parti-parti sekutunya hanya memperoleh kemenangan dengan mengerahkan pengundi bukan Islam yang diugut dengan Islamofobia, dari seluruh pelosok tanah air sehingga luar negara.
Beliau memberitahu, akhirnya, peratusan golongan bukan Islam yang keluar mengundi mencecah jumlah 98 peratus, namun mereka hanya memperoleh beberapa peratus yang kecil daripada undi orang Melayu Islam termasuk sebahagian yang berijazah.
“Manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan 60 peratus pengundi Melayu Islam, bersama sokongan sebahagian besar pemimpin dan akar umbi UMNO yang masih setia kepada agama dan bangsanya.
“Termasuklah sokongan parti bukan Melayu yang tidak fanatik perkauman seperti Gerakan, MCA, MIC, termasuk Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), dan lain-lain. Akan tetapi, PN tidak dilayan secara sopan,” jelasnya.
Abdul Hadi berkata, PN telah melaksanakan pendekatan kerjasama mengikut adab demokrasi dan undang-undang dengan mencapai kerusi yang boleh bertahan untuk mendapat kuasa politik yang sebenar secara demokrasi.
Malangnya, kata beliau, ia dipintas dengan dilakukan pembentukan kerajaan secara luar tabii daripada amalan demokrasi yang sebenar dengan tipu daya dan putar belit yang sudah diketahui umum.
“DAP dan rakan-rakannya terus melatah tidak mampu mengawal perasaan kebenciannya terhadap Islam, Melayu dan bumiputera, apabila membawa isu mengenai bahaya gelombang hijau,” katanya.
Abdul Hadi berkata, perkara itu sekaligus mendedahkan warna kemerahan anti-Islam yang ada dalam diri mereka bersama parti-parti lain, laksana gerabak kereta api di belakangnya yang sebenarnya membawa bahaya kepada negara dan rakyat, termasuk rakyat bukan Islam dalam masyarakat majmuk di negara ini.
“Apabila hendak dilakukan protes terhadap amalan yang salah mengikut adab dan akhlak demokrasi sebenar yang adil dan telus, tiba-tiba mereka berhujah dengan mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh penjajah pada zaman dahulu dengan menonjolkan isu melawan raja bukannya melawan penjajah,” jelasnya. –
MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel DAP Ada Bala Tentera Melayu Bawa Agenda Cauvinisme - Hadi
Sekianlah artikel DAP Ada Bala Tentera Melayu Bawa Agenda Cauvinisme - Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP Ada Bala Tentera Melayu Bawa Agenda Cauvinisme - Hadi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/dap-ada-bala-tentera-melayu-bawa-agenda.html