MoU Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri

MoU Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MoU Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MoU Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri
link : MoU Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri

Baca juga


MoU Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri

Perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Jumaat oleh parti-parti yang membentuk kerajaan campuran berisiko untuk terbatal pada bila-bila masa jika ada pihak yang menarik diri, menurut penganalisis politik.

Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, ini kerana sifat asas MoU adalah perjanjian yang terbentuk daripada persefahaman pihak-pihak terlibat.

"Jika tiada persefahaman tidak perlu meneruskan perjanjian yang jelas bersifat zalim.

"Jika terbatal, maka undi percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh dipersoalkan dan boleh dicabar," katanya kepada MalaysiaNow.

Ketua-ketua gabungan yang membentuk kerajaan campuran menandatangani sebuah MoU yang mana ia menghapuskan hak individu ahli-ahli Parlimen untuk bebas mengundi di Dewan Rakyat.

Gabungan tersebut ialah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) GRS dan Warisan.

Katanya, kerajaan dibentuk dengan andaian semua pihak yang bersetuju akan memimpin secara kolektif.

Namun usul undi percaya kepada perdana menteri dan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan boleh diterima selagi ia tidak memberi impak kepada ahli-ahli Parlimen sehingga hilang kerusi.

"Meletakkan syarat ini tidak betul," katanya merujuk kepada klausa 4 MoU tersebut yang menyatakan ahli-ahli Parlimen parti dianggap mengosongkan kerusi mereka jika gagal mengundi usul percaya, berdasarkan perkara 49(A) Perlembagaan Persekutuan. Menurut Kartini, syarat klausa 4(b) dalam MoU itu juga melanggar Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan berkenaan syarat kehilangan kelayakan jawatan ahli Parlimen.

Menurut beliau, klausa itu boleh dianggap despotik dan mendorong ke arah pemerintahan diktator.

Sementara itu, pengamal undang-undang Nizam Bashir berkata, wakil rakyat memiliki tanggungjawab berperlembagaan untuk membentangkan pendirian bagi rakyat yang diwakili mereka.

"Tanggungjawab ini, dalam pandangan saya, mengatasi apa-apa yang diperuntukkan di dalam mana-mana MoU.

"Apa-apa kekangan atas tanggungjawab berperlembagaan tersebut, khususnya jika ia membelakangkan kepentingan rakyat, tidak boleh dihujahkan sebagai konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada MalaysiaNow.

Beliau merujuk kepada Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan yang baru dipinda.

Ia digubal bagi menghalang ahli-ahli Parlimen daripada bertukar parti namun tidak menghalang seseorang anggota Dewan Rakyat daripada mengundi bertentangan dengan parti sendiri.

Menurut fasal tersebut, seseorang wakil rakyat hendaklah berhenti menjadi anggota Dewan Rakyat dan mengosongkan kerusi jika melepaskan keanggotaan parti atau, menyertai parti politik jika seseorang itu menang sebagai wakil rakyat bebas.

Ia turut menyatakan keahlian dalam Dewan Rakyat tidak terbatal sekiranya partinya dibubarkan atau dibatalkan, dipilih menjadi speaker Dewan Rakyat atau dipecat daripada parti.

Namun bagi pakar undang-undang dari Taylor University, Wilson Tay, MoU itu tidak mengambil hak berpendirian ahli Parlimen namun parti-parti dibenarkan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Parlimen.

"Ia mengenai hal dalaman disiplin parti, bukan hak-hak ahli Parlimen," katanya.

Katanya, dalam konteks akta anti lompat parti, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat baru-baru ini menyatakan bahawa akta itu tidak menghalang kebebasan berpersatuan dalam kes empat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang - MalaysiaNow


Demikianlah Artikel MoU Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri

Sekianlah artikel MoU Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MoU Kerajaan Yang Ada Terbatal Jika Ada Pihak Tarik Diri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/mou-kerajaan-yang-ada-terbatal-jika-ada.html

Subscribe to receive free email updates: