Sebenarnya.. Apa Lagi Yang Tun Dr. Mahathir Mahu?

Sebenarnya.. Apa Lagi Yang Tun Dr. Mahathir Mahu? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebenarnya.. Apa Lagi Yang Tun Dr. Mahathir Mahu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebenarnya.. Apa Lagi Yang Tun Dr. Mahathir Mahu?
link : Sebenarnya.. Apa Lagi Yang Tun Dr. Mahathir Mahu?

Baca juga


Sebenarnya.. Apa Lagi Yang Tun Dr. Mahathir Mahu?

Pada usia 96 tahun, ada berpandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sewajarnya bersara sepenuhnya daripada politik. Dua kali menjadi Perdana Menteri dianggap sudah memadai, ditambah pula selepas Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) diterajuinya tewas teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU). 

Namun, Tun ada alasan tersendiri mengapa beliau 'terpaksa' terus aktif bersiasah. Ikuti apa alasan Dr Mahathir dan apa pandangannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain isu Kerajaan Perpaduan, ekonomi dan politik semasa.

Soalan (S): Bagaimana Tun melihat proses pemilihan Perdana Menteri pasca-Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pembentukan Kerajaan Perpaduan dan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Jawapan (J): Dalam pilihan raya ini, tak ada satu pun parti mendapat cukup bilangan untuk mendirikan kerajaan. Jadi ada keperluan parti menang jumlah terbesar menarik kerjasama dengan parti lain supaya jumlah kerusi mereka melebihi separuh daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Kerjasama seperti ini bukanlah kerana perpaduan, ini satu gabungan. Apabila tak ada parti menang dan cukup bilang, satu cara mendirikan kerajaan mempunyai majoriti adalah dengan ada gabungan atau 'coalition' (pakatan). Coalition tidak bermakna 'unity' (perpaduan) kerana masing-masing ada kepentingan. Coalition adalah cara mendapat kerajaan yang akan dapat dipertahankan dalam Dewan Rakyat kerana mempunyai majoriti.

S: Selepas 24 tahun, Anwar akhirnya menjadi Perdana Menteri. Apa jangkaan Tun mengenai prospek Malaysia di bawah beliau?

J: Saya tak dapat teka apa jenis kerajaan, tetapi kita dapati tumpuan Anwar lebih kepada pengekalannya sebagai Perdana Menteri. Berkenaan perancangan mengatasi masalah negara, umpamanya kesan pandemik, kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik, semua ini belum diberi perhatian oleh kerajaan Anwar.

S: Adakah Anwar memiliki keupayaan membawa Malaysia berdepan cabaran kemelesetan ekonomi yang diramalkan tahun depan?

J: Ketika saya jadi Perdana Menteri kali pertama, saya bercuti dua bulan. Ketika itu, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri diberi tanggungjawab sebagai 'acting Prime Minister' (pemangku PM), tetapi nampak dia tak dapat menangani masalah.

Selepas itu pula, berlaku krisis kewangan yang ringgit turun nilainya. Pada masa itu, Anwar juga Menteri Kewangan. Cara dia menangani masalah kejatuhan nilai ringgit itu adalah dengan mengikuti pendapat IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) dan Bank Dunia.

Saya berpendapat kalau kita ikut IMF dan Bank Dunia, kita akan muflis dan tak dapat laksanakan dasar ekonomi negara, tapi Anwar tak ada cadangan selain daripada mengikuti IMF dan Bank Dunia. Sebab itu, saya terpaksa ambil alih tugas Kementerian Kewangan, saya cari jalan untuk selamatkan negara. Kalau dibenarkan Anwar berkuasa dan melaksanakan dasarnya, saya yakin kita tak dapat mengatasi krisis kewangan ketika itu.

S: Adakah atas pengalaman lalu itu, Tun berpandangan Malaysia di bawah Anwar berdepan risiko sama?

J: Ketika itu, nampak dia tidak dapat cipta satu cara mengatasi krisis. Sama ada pada masa hadapan dia boleh cipta cara menangani masalah dihadapi negara, kita belum dapat tentukan, tetapi berdasarkan pengalaman ketika jadi Timbalan Perdana Menteri (dan) menunjuk kebolehannya, saya khuatir.

Sekarang ini negara menghadapi banyak masalah. Pertama, kesan pandemik. Kita juga dapati ekonomi merosot teruk, keadaan politik tidak stabil. Rakyat masih tidak senang dengan keadaan negara. Jadi banyak masalah perlu ditangani kerajaan Anwar. Sama ada mampu atau tidak, kita akan lihat pada masa terdekat.

S: Ramai berpandangan Tun memang tak mahu Anwar jadi Perdana Menteri. Betulkah dan mengapa?

J: Itu terpulang kepada rakyat dan parti untuk memilih dia, tapi saya khuatir kebolehan dia, sama ada dia boleh pimpin pada waktu kita menghadapi banyak masalah.

Itu sebahagian dari temubual eksklusif Berita Harian bersama Tun Dr. Mahathir Mohammad.. temubual sepenuhnya sila lihat di SINI

PendapatTun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disanggah oleh Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz..

Katanya..

“Masa beliau (Dr Mahathir) sudah berlalu. Cukup-cukup lah, beri peluang kepada Anwar untuk memimpin dan memulihkan ekonomi negara.

“Apa lagi beliau (Dr Mahathir) mahu? Sudah kalah teruk dan hilang deposit di Langkawi baru-baru ini. Semua calon parti dia kalah dan hilang deposit, sudahlah, cukup. Bantu pemimpin muda pulihkan ekonomi negara.

“Saya sendiri sudah tidak percaya dan tidak yakin lagi dengan Dr Mahathir, semua orang beliau anggap tidak betul, hanya dia sahaja yang tahu mentadbir dan memerintah.

“Anwar baru sebulan lebih jadi Perdana Menteri, jangan cepat sangat nak buat penilaian, bagi lah sedikit masa untuk beliau buktikan,” .

Nazri juga menyanggah dakwaan Dr Mahathir bahawa ketika diberi peluang menjadi pemangku perdana menteri lebih 24 tahun yang lalu, Anwar gagal tidak dapat menangani masalah.

Menurutnya biarpun bercuti ketika itu, namun Anwar tidak diberikan kuasa, sebaliknya Dr Mahathir masih mengawal pentadbiran.

“Saya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu dan bercakap dengan Anwar, beliau tidak mempunyai kuasa biarpun ditugaskan sebagai pemangku perdana menteri.

“Benar Dr Mahathir bercuti di luar negara, tetapi beliau tetap mengawal pentadbiran negara dan bukannya memberi kuasa kepada orang lain.

“Semua orang tahu dan anggap Dr Mahathir sebagai diktator, beliau tidak akan beri kuasa kepada orang lain, cakap ‘beri kuasa’ itu semua menipu.

“Jadi macam mana Anwar mahu selesaikan masalah kalau tidak diberi kuasa, masih dikawal pihak lain?” katanya lagi lapor AstroAwani


Sebenarnya.. apa lagi yang Tun Mahu?? 



Demikianlah Artikel Sebenarnya.. Apa Lagi Yang Tun Dr. Mahathir Mahu?

Sekianlah artikel Sebenarnya.. Apa Lagi Yang Tun Dr. Mahathir Mahu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebenarnya.. Apa Lagi Yang Tun Dr. Mahathir Mahu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/sebenarnya-apa-lagi-yang-tun-dr.html

Subscribe to receive free email updates: