Subsidi Bersasar, Bukan Hanya Data Dari JPJ digunakan Laaa..

Subsidi Bersasar, Bukan Hanya Data Dari JPJ digunakan Laaa.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Subsidi Bersasar, Bukan Hanya Data Dari JPJ digunakan Laaa.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Subsidi Bersasar, Bukan Hanya Data Dari JPJ digunakan Laaa..
link : Subsidi Bersasar, Bukan Hanya Data Dari JPJ digunakan Laaa..

Baca juga


Subsidi Bersasar, Bukan Hanya Data Dari JPJ digunakan Laaa..

Sebelum ini media melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, memaklumkan pangkalan data JPJ akan digunakan sebagai satu daripada elemen dalam pemberian subsidi bersasar membabitkan petrol RON95.

Beliau berkata, itu antara yang dipersetujui dalam mesyuarat kementeriannya bersama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ekonomi, pada Jumaat lalu.

Salahuddin berkata, pangkalan data JPJ digunakan untuk subsidi petrol RON95 kerana kerajaan boleh kenal pasti cc kenderaan golongan sasaran untuk subsidi petrol berkenaan.

Rentetan dari itu Penganalisis Ekonomi Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), Prof Madya Dr Baharom Abdul Hamid mempertikaikan kenyataan Salahuddin itu.

Katanya..

"Pemberian subsidi bersasar menggunakan data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan melihat kepada kuasa kuda (cc) kenderaan dianggap sebagai kurang adil,ini kerana pada masa kini kebanyakan kenderaan mewah turut menggunakan cc yang rendah.

"Kenderaan mewah seperti Mercedes, Mini Cooper dan sebagainya kini menggunakan cc lebih kecil, berbanding kereta digunakan mereka dalam kalangan B40 yang berkemungkinan, membeli kereta terpakai seperti Nazaria yang kuasanya lebih tinggi iaitu 2.4cc. Bagaimana kita mahu ambil kira ketidakseragaman ini?

"Kalau pemberian subsidi ini mahu dilaksanakan mengikut kuasa, cc itu sendiri tidak menggambarkan kemewahan. Kereta Perodua Bezza dan Alza pun cc nya sudah mencecah 1.3 hingga 1.6.

 "Bagaimana perkara ini dapat diatasi dan dikuatkuasakan? Pada pandangan saya, situasi ini sangat kompleks dan sukar untuk dilaksanakan. Kita kena lihat ia dengan lebih menyeluruh. Bukan sahaja ia rumit malah akan menggunakan kos yang lebih tinggi berbanding penjimatan oleh kerajaan,"

Mengulas lanjut, Baharom turut mempersoalkan sekiranya ia dilaksanakan mengikut cc kenderaan, bagaimana pula pelaksanaannya di stesen minyak, sama ada akan diberikan kad khas atau sebaliknya.

"Bagaimana nak bezakan kenderaan yang patut dapat RON95 atau RON97? Satu kenderaan lebih 1,000 cc masuk ke stesen minyak dan satu lagi kenderaan 2,000 cc pula mahu mengisi minyak, adakah mereka ini akan mengisi minyak di pam yang dikhaskan?

"Saya tidak nampak lagi bagaimana cara pelaksanaan dapat dilakukan, isu subsidi minyak bersasar ini sudah banyak kali dibincangkan tetapi tidak dilaksanakan. Kalau kita luluskan satu kerangka, pelaksanaannya pula akan menimbulkan kos.

"Jadi saya rasa pelaksanaan yang diakukan kini perlu diteruskan sahaja, biar rakyat memilih mereka mahu mengisi minyak yang disubsidi iaitu RON95 atau tidak (RON97)," katanya lapor Berita Harian.

Selain Penganalisis tersebut media juga melaporkan rata-rata pengguna tidak setuju dengan mekanisma tersebut dan mereka mengemukakan berbagai cadangan.

Pengguna berpendapat, cc kenderaan tidak menggambarkan keadaan sebenar ekonomi pengguna, lebih-lebih lagi banyak kenderaan mewah kini tampil dengan cc lebih kecil seperti jenama Mercedes dan Honda.

Pengguna, Muhammad Rizqi Manaf, 37, berkata tidak adil untuk menentukan pemberian subsidi minyak mengikut cc kereta kerana cc kereta tidak menggambarkan seseorang itu berpendapatan tinggi atau rendah.

"Lebih baik gunakan data lebih tepat seperti pendapatan pengguna bagi memastikan mereka golongan B40 atau M40, sekali gus layak atau tidak menerima subsidi RON95.

"Dengan cara ini juga, kita dapat elakkan berlaku ketirisan,"

Seorang lagi pengguna Mohamad Syafiq Adnan, 31, mencadangkan subsidi minyak RON95 dibuat menerusi MyKad.

"Macam mana nak tentukan orang itu layak menerima subsidi sedangkan kereta mahal pun ada yang cc kecil? Agak tidak praktikal nak menentukan menerusi cc kenderaan.

"Penyelesaian lain adalah dengan menggunakan MyKad. Melalui MyKad, subsidi hanya akan boleh diperoleh oleh warganegara Malaysia," 

Noraini Azman, 40, berkata, mekanisme penentuan menerusi cc kenderaan mungkin akan menindas golongan yang lebih memerlukan.

"Pemberian subsidi RON95 bersasar ini perlu dibuat secara lebih teliti kerana minyak kereta adalah keperluan asas untuk pengguna kenderaan. Kita tidak mahu subsidi ini jatuh ke tangan yang salah," katanya.

Sebenarnya ada berlaku salah faham disitu menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Data dari JPJ hanyalah satu daripada elemen yang akan digunakan dalam pemberian subsidi bersasar petrol RON95.

Kerajaan akan menggunakan pangkalan data bersepadu dan komprehensif membabitkan data daripada Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Perangkaan Malaysia, Khazanah Nasional selain Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam mekanisme pemberian subsidi bersasar termasuk petrol RON95 katanya..

Bacalah..

JOHOR BAHRU: Kerajaan akan menggunakan pangkalan data bersepadu dan komprehensif membabitkan data daripada Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Perangkaan Malaysia, Khazanah Nasional selain Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam mekanisme pemberian subsidi bersasar termasuk petrol RON95.

Sehubungan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata beliau ingin memperbetulkan salah faham, kerajaan akan hanya menggunakan pangkalan data JPJ dan merujuk kepada kuasa kuda (cc) kenderaan sahaja untuk pemberian subsidi bersasar petrol RON95.

Katanya, data JPJ itu hanyalah satu daripada elemen yang akan digunakan dalam pemberian subsidi bersasar petrol RON95.

"Saya sudah nyatakan dengan jelas tempoh hari, data JPJ itu adalah satu daripada elemen yang akan digunakan dalam pemberian subsidi bersasar membabitkan petrol RON95.

"Kita juga ada data Bank Negara, LHDN, Jabatan Perangkaan Malaysia, Khazanah Nasional selain kajian dibuat universiti tempatan yang akan dirujuk.

"Jadi kita harus melihat kepada semua data berkenaan dan bukan hanya data JPJ sahaja diperlukan.

"Memang antara data yang akan dirujuk adalah data JPJ, namun perlu ada pusat data yang lebih bersepadu dan komprehensif untuk kerajaan menjayakan pemberian subsidi bersasar dengan berkesan.

"Jadi, tidak tepat kerajaan hanya akan rujuk pangkalan data JPJ dan berdasarkan cc kenderaan sahaja untuk kita beri subsidi bersasar petrol RON95," katanya.


Laporan penuh silalah baca di SINI 

Kata Salahuddin dia dah nyatakan dengan jelas hari tu.. tapi kenapa media hanya highlight pengunaan data dari JPJ saja ya?



Demikianlah Artikel Subsidi Bersasar, Bukan Hanya Data Dari JPJ digunakan Laaa..

Sekianlah artikel Subsidi Bersasar, Bukan Hanya Data Dari JPJ digunakan Laaa.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Subsidi Bersasar, Bukan Hanya Data Dari JPJ digunakan Laaa.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/subsidi-bersasar-bukan-hanya-data-dari.html

Subscribe to receive free email updates: