Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi

Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi
link : Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi

Baca juga


Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi

Hampir sedekad lalu, seorang menteri pernah dikecam kerana nasihatnya yang meminta rakyat tidak memakan ayam sekiranya harga komoditi itu menjadi terlalu mahal.

Kini, Hasan Malek mempunyai kata nasihat buat Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, selepas kenyataannya minggu lalu yang hampir serupa dengan apa yang pernah dikatakan bekas menteri itu mengundang kecaman ramai.

Bercakap kepada media, Hasan turut menasihatkan Menteri Ekonomi itu supaya tidak "ambil hati" dengan kritikan yang dilontarkan dan harus menumpukan kepada tugasnya dalam menyelesaikan segala kesulitan yang dihadapi rakyat.

"Masa itu, dia (Rafizi) berada di pihak pembangkang jadi dia belum tahu dan menghayati tanggungjawab (menteri) yang menjaga hal ehwal pengguna,” katanya.

"Jadi, tidak mengapa. Baru dia tahu sekarang.”

Pada 2013, Hasan yang juga merupakan bekas ahli Parlimen Kuala Pilah dikecam teruk termasuk dari Rafizi apabila beliau menasihatkan rakyat supaya beralih kepada sumber protein lain ketika harga ayam meningkat.

Malah, kenyataannya supaya rakyat "elak makan ayam ketika harga naik" masih diguna pakai sehingga hari ini sebagai tanda menyindir mana-mana menteri yang mengeluarkan kenyataan atau membuat keputusan yang tidak memihak kepada pengguna.

Baru-baru ini, ramai pihak termasuk pakar ekonomi mengkritik Rafizi apabila mengeluarkan kenyataan "By right (sepatutnya), kalau harga ayam mahal, kurangkan makan ayam" pada sidang medianya, dan mereka turut menyamakan kenyataan itu dengan apa yang dikatakan oleh Hasan pada 2013.

Bagaimanapun, Hasan berkata beliau tidak berdendam dengan kritikan yang dibuat orang ramai.

"Jadi, Rafizi perlu terima kritikan rakyat, ini adalah lumrah menjadi menteri.

"Dia perlu cari jalan, jangan cakap saja, sebab semua orang boleh bercakap dan semua orang boleh beri pandangan tetapi realitinya tidak begitu," kata Hasan yang turut menyifatkan kritikan terhadap Rafizi tidak jauh beza dengan apa yang dialaminya sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia Saravanan Thambirajah berkata Rafizi tidak boleh sekadar memberi ulasan mengenai punca kenaikan harga ayam.

Sebaliknya, beliau berharap ahli Parlimen Pandan itu akan lebih fokus kepada usaha mencari jalan penyelesaian kerana itu apa yang dimahukan rakyat.

Walaupun beliau memuji inisiatif Rafizi yang cuba menerangkan mengenai kenaikan harga ayam dari sudut pandangan bekalan dan permintaan, namun keutamaan sekarang ialah memastikan bekalan tetap ada.

"Sebab itu kita memilih 222 ahli Parlimen untuk bantu selesaikan masalah yang dihadapi.

"Kalau ayam tiada di Malaysia, kami rakyat tak boleh import ayam dari negara lain, kerajaan yang boleh buat keputusan itu," tambah beliau lapor MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi

Sekianlah artikel Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/baru-dia-tahu-sekarang-kata-hasan-malek.html

Subscribe to receive free email updates: