Untungnya Beli KL Tower Ni, Sudahlah Murah Dapat 10Juta Saham Pula..

Untungnya Beli KL Tower Ni, Sudahlah Murah Dapat 10Juta Saham Pula.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Untungnya Beli KL Tower Ni, Sudahlah Murah Dapat 10Juta Saham Pula.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Untungnya Beli KL Tower Ni, Sudahlah Murah Dapat 10Juta Saham Pula..
link : Untungnya Beli KL Tower Ni, Sudahlah Murah Dapat 10Juta Saham Pula..

Baca juga


Untungnya Beli KL Tower Ni, Sudahlah Murah Dapat 10Juta Saham Pula..


Hari ini TM dalam satu kenyataan berkata, sebagai sebahagian daripada program transformasinya, ia menumpukan usaha dan sumber untuk mengukuhkan perniagaan teras iaitu telekomunikasi serta teknologi.

"Selepas membuat pertimbangan mengenai perubahan dalam ciri-ciri perniagaan Menara KL, daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM pada Oktober 2021 memutuskan untuk tidak memperbaharui konsesi Menara KL serta memaklumkan sewajarnya kepada kerajaan," katanya.

TM berkata, pada tahun ini, proses pemilihan konsesi baharu itu dilaksanakan oleh kerajaan yang mana TM dimaklumkan mengenai syarikat yang dilantik untuk mengambil alih saham MKLSB dan konsesi Menara KL.

Ia berkata, MKLSB akan terus mengendalikan konsesi itu dan memastikan kesinambungan operasi Menara KL untuk rakyat Malaysia, termasuk pengunjung antarabangsa.

"Pekerja akan kekal dengan MKLSB di bawah konsesi baharu bagi tempoh minimum tiga tahun. Ini akan memastikan kebajikan mereka dilindungi menerusi peralihan ini," katanya.

TM berkata, dalam pengumuman suku ketiga 2022 kepada Bursa Malaysia, satu rujukan sudah dibuat berhubung perubahan mengenai pegangan saham dalam MKLSB.

Dan untuk makluman dalam laporan audit suku ketiga (Q3) 2022, TM menyatakan mereka telah menjual sepenuhnya pegangan saham Menara KL Sdn Bhd (MKLSB) pada harga RM3.8 juta dan urusan ini telah selesai pada 31 Oktober 2022.

Dijual pada harga RM3.8Juta sahaja sedangkan Menara KL menjana keuntungan puluhan juta RM?

Persoalan yang masih tidak dijawab ialah mengapa Hydroshoppe yang dipilih?

Pada 26 Disember lalu Adrian Lim Chee En mendedahkan melalui laman Facebooknya..

MENARA KL DIJUAL SECARA SENYAP-SENYAP

Konsesi dan hak ke atas mengurus Menara KL adalah suatu perniagaan yang dimiliki oleh Telekom Malaysia Berhad melalui anak syarikatnya Menara KL Sdn Bhd.

Ianya bukan suatu perniagaan yang merugikan, tetapi suatu perniagaan yang menjana keuntungan bersih berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun kepada Telekom Malaysia Berhad.

Contohnya pada tahun 2019 (sebelum Covid-19), keuntungan bersih yang dicatat oleh Menara KL Sdn Bhd melalui konsesi dan hak mengurus Menara KL ialah sebanyak RM20 juta.

Pada tahun 2018, Menara KL mencatat keuntungan bersih sebanyak RM25 juta.

Oleh kerana perniagaan mengurus Menara KL ini membawa keuntungan kepada Menara KL Sdn Bhd, ianya juga membawa keuntungan kepada Telekom Malaysia Berhad.

Maka secara langsungnya ia juga membawa keuntungan kepada negara Malaysia dan rakyat Malaysia kerana Telekom Malaysia Berhad adalah syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan orang awam.

Yang peliknya, pada 31 Oktober 2022, iaitu tarikh selepas Parlimen dibubar, 10 juta saham yang dimiliki oleh Telekom Malaysia Berhad dalam Menara KL Sdn Bhd telah dipindahkan secara senyap-senyap kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.


Entah siapalah Hydroshoppe Sdn Bhd ini.


Tetapi semakan SSM mendapati bahawa Hydroshoppe Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang bermasalah dan hampir dinyahsenaraikan dari SSM kerana gagal membuat perisytiharan dan pemfailan mengikut jadual.


Ianya bermasalah dan sedang dalam proses dibuang, tetapi PN telah membuat keputusan untuk menyalur keuntungan bersih berpuluh-puluh juta ringgit setahun dari akaun bank Telekom Malaysia Berhad kepada akaun bank sebuah syarikat yang bermasalah.

Secara ringkasnya, berpuluh-puluh juta ringgit keuntungan bersih yang pada asalnya sedang dinikmati oleh Telekom Malaysia Berhad (negara dan rakyat) telah diserah kepada beberapa orang insan terpilih (Hydroshoppe Sdn Bhd).

Berpuluh-puluh juta ringgit ini pada asalnya sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia melalui pemilikan saham Telekom Malaysia Berhad, pembinaan menara telco, perkembangan jaringan komunikasi di kawasan-kawasan desa dan sebagainya.

Tetapi tiba-tiba dihentikan dan disalurkan kepada beberapa orang insan terpilih dalam Hydroshoppe Sdn Bhd.

Maka rakyat marhaen tidak akan merasai limpahan nikmat berpuluh-puluh juta ringgit tersebut di masa akan datang.

Sebaliknya beberapa insan terpilih dalam Hydroshoppe Sdn Bhd sahaja yang akan menikmati berpuluh-puluh juta ringgit tersebut.

Sebab apakah perkara ini boleh berlaku ketika Annuar Musa menjadi Menteri Komunikasi?

Adakah Annuar Musa yang kini bersama PN terlibat dalam usaha meminggirkan Melayu marhaen daripada menikmati limpahan keuntungan Menara KL?

Itu adalah bahagian pertama pendedahannya..
 
Bagaimanapun laporan dari Malaysiakini mengatakan Annuar menafikan beliau terlibat dalam urusan pemindahan saham TM daripada MKLSB kepada Hydroshoppe.

Dalam episod ke-2 pula.. 

Adrian Lim Chee En memberi gambaran kasar tentang apakah yang telah berlaku di antara hujung tahun 2021 sehingga 31 Oktober 2022.

Pada hujung tahun 2021, Telekom Malaysia Berhad (Telekom) telah menyatakan hasrat mengundur diri daripada sektor-sektor lain seperti hartanah dan pelancongan kerana Telekom mahu memberi tumpuan kepada core business seperti dalam selfie telekomunikasi.

Maka pada hujung tahun 2021 juga, Request For Proposal (RFP) telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat yang berminat mengambil alih 100% kepentingan Telekom dalam Menara KL Sdn Bhd (MKLSB).

Bukan open tender, tetapi RFP. Permintaan untuk cadangan. Maka hanya beberapa pihak sahaja mengetahui perkara ini.

Pada bulan Julai 2022, sejumlah 5 syarikat Bumiputera dan syarikat majoriti-Bumiputera telah membalas RFP Telekom dan menyatakan minat melalui penyerahan proposal masing-masing.

Lima syarikat tersebut ialah syarikat A, syarikat B, syarikat C, syarikat D dan Hydroshoppe Sdn Bhd (Hydroshoppe). (Nota: Syarikat A, B, C dan D ialah nama samaran)

Seterusnya, proses tender, pembentangan, temu duga, perbincangan dan rundingan pun bermula.

Menurut prosedur yang betul, peringkat awal melibatkan pembentangan pelan pengurusan Menara KL kepada penjawat-penjawat awam tertinggi Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Kelima-lima syarikat berkenaan telah membuat pembentangan.

Kemudian, shortlisting akan dibuat untuk memilih dua atau tiga syarikat sahaja.

Setelah senarai shortlist dibuat, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah melantik satu syarikat yang dirasai patut mengambil alih pengurusan Menara KL.

Setelah UKAS JPM melantik satu syarikat, akhirnya barulah syarikat yang terpilih itu akan berunding harga dengan Telekom.

Perlu ditekankan di sini ialah, walaupun Telekom merupakan syarikat yang tersenarai, ianya tidak mempunyai kebebasan penuh untuk membuat segala keputusan.

Kerajaan masih berpengaruh dan boleh campur tangan dalam membuat keputusan, sepertimana UKAS JPM telah masuk campur dalam lantikan syarikat untuk mengambil alih saham Telekom dalam MKLSB.

Masalah mula timbul di peringkat di mana tangan-tangan ghaib dalam kerajaan terdahulu telah melobi, memberi tekanan secara langsung atau tidak langsung, dan mengatur langkah supaya syarikat A, syarikat B, syarikat C dan syarikat D tercantas.

Syarikat A, B, C dan D dikatakan tercantas oleh kerajaan kerana…

Mereka mempunyai latar belakang perniagaan pembangunan dan pengurusan hartanah, pelancongan dan hospitaliti, makanan dan minuman, pengurusan acara, IT dan sebagainya. -> Pengalaman dan kepakaran ✅ Mereka mempunyai keupayaan mengumpul modal mencecah ratusan juta ringgit, sekiranya diperlukan untuk membuat kerja-kerja pembaharuan Menara KL seperti menukar lif lama, membaiki generator set, mencantikkan lot-lot komersil dan sebagainya sekiranya berjaya mengambil alih saham Telekom dalam MKLSB. -> Keupayaan kewangan ✅

Mereka bersedia membayar sekurang-kurangnya RM10 juta kepada Telekom, iaitu modal asal yang dikeluarkan oleh Telekom untuk menubuh MKLSB pada tahun 1990an. -> Memastikan Telekom kembali modal ✅

Tetapi entah kenapa, keempat-empat syarikat tersebut telah tersingkir.

Yang mendapat keistimewaan dan dipilih ialah Hydroshoppe.

Hydroshoppe ialah syarikat Ali Baba yang tidak mempunyai apa-apa latar belakang relevan 👎🏻❌

Keupayaan kewangan Hydroshoppe adalah diragui 👎🏻❌

Ketidakupayaan Hydroshoppe adalah terbukti kerana Hydroshoppe kerana SSM telah membuat proses striking off terhadap mereka sebanyak dua kali- tahun 2016 dan Jun 2022 👎🏻❌ Sah sah problem punya company.

Tetapi pada bulan Oktober 2022, suatu arahan daripada tangan-tangan ghaib dalam kerajaan terdahulu telah dikeluarkan.

Susulan arahan tersebut, Telekom telah memindah 100% kepentingan (10 juta unit saham) Telekom di dalam MKLSB kepada Hydroshoppe secara senyap-senyap.

Tiada apa-apa pengumuman dalam Bursa Malaysia, tiada makluman umum, tiada kenyataan media. Semuanya dibuat secara senyap-senyap.

Maka Hydroshoppe, iaitu syarikat yang bermasalah telahpun berjaya mengambil alih MKLSB dan hak ke atas pengurusan Menara KL.

PERSOALAN:

1. Kenapakah Hydroshoppe mendapat layanan istimewa dari tangan-tangan ghaib dalam kerajaan terdahulu?

2. Adakah tangan-tangan ghaib dalam kerajaan terdahulu menerima apa-apa imbuhan sebagai dorongan untuk memilik Hydroshoppe?

3. Pernahkah tangan-tangan ghaib dalam kerajaan terdahulu menulis apa-apa surat berunsur sokongan kepada siapa-siapa untuk memilih Hydroshoppe?



Demikianlah Artikel Untungnya Beli KL Tower Ni, Sudahlah Murah Dapat 10Juta Saham Pula..

Sekianlah artikel Untungnya Beli KL Tower Ni, Sudahlah Murah Dapat 10Juta Saham Pula.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Untungnya Beli KL Tower Ni, Sudahlah Murah Dapat 10Juta Saham Pula.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/untungnya-beli-kl-tower-ni-sudahlah.html

Subscribe to receive free email updates: