KL Tower: Annuar Musa Tolak Kepada Mustapha Mohamed Pula..

KL Tower: Annuar Musa Tolak Kepada Mustapha Mohamed Pula.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KL Tower: Annuar Musa Tolak Kepada Mustapha Mohamed Pula.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KL Tower: Annuar Musa Tolak Kepada Mustapha Mohamed Pula..
link : KL Tower: Annuar Musa Tolak Kepada Mustapha Mohamed Pula..

Baca juga


KL Tower: Annuar Musa Tolak Kepada Mustapha Mohamed Pula..

PETALING JAYA: Bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa nafi terlibat dalam memberi kelulusan tender melibatkan pengambilalihan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi menguruskan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Annuar sebaliknya berkata, kuasa meluluskan tender tertakluk dibawah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS) pada ketika itu di bawah Mustapha Mohamed.

“Awal-awalnya ada satu syarikat nak buat, saya cakap bukalah ramai-ramai. Dua, tiga orang datang melalui saya bawa surat. Saya senang sahaja, saya panjangkan pada pentadbiran. Saya cakap buat penilaian, buat kertas kerja, jangan main mulut-mulut…

“Saya punya dasar walaupun saya menteri, saya tak campur tender, saya tak campur urusan ini. (Pihak kementerian) buat semua penilaian dan dia bagi penerangan pada saya.

“Tapi saya tak ada kuasa nak meluluskan kerana itu kuasa UKAS di bawah Mustapha Mohamed. Apa-apa urusan pentadbiran perlu diangkat ke situ,” katanya dalam program bual bicara bersama Sinar Harian yang disiarkan secara atas talian.

Annuar turut menafikan mengenali rapat pengarah Hydroshoppe secara rapat.

“Ada penulis tulis, director (pengarah) tu kawan rapat saya. Saya tak kenal director berkenaan…. Saya serahkan kepada peguam untuk menilai kenyataan-kenyataan, kalau cross the line (fitnah) kita guna undang-undang,” katanya.

Ketika ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memulakan siasatan sama ada wujudnya elemen rasuah dalam penjualan 100% saham TM di dalam Syarikat Menara KL Sdn Bhd (MKLSB) kepada Hydroshoppe Sdn Bhd (HSB) pada Oktober 2022.

Suruhanjaya itu juga telah memanggil tiga saksi serta mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak-pihak berkaitan untuk diteliti berhubung perkara tersebut.

TM dalam kenyataannya hari ini berkata keputusannya untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu menumpukan kepada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan telekomunikasi.

Syarikat berkaitan kerajaan itu juga menafikan dakwaan bahawa rancangan berkenaan dibuat secara senyap-senyap. 

Menurut TM, perubahan dalam pegangan saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, yang merupakan syarikat yang menguruskan Menara KL, telah dimaklumkan kepada Bursa Malaysia melalui pengumuman kewangan TM pada suku ketiga 2022.

Sebelum ini beberapa pengguna media sosial membangkitkan tindakan TM memindahkan pemilikan penuh MKLSB kepada Hydroshoppe pada Oktober.

Pengguna akaun Twitter, @FreeMsian, menggambarkan Menara KL sebagai “cash cow”, sambil menyatakan struktur tarikan pelancong itu menjana pendapatan RM66 juta pada 2019 dan merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM25 juta.

Pengguna itu juga membangkitkan soal pemindahan 10 juta saham MKLSB tidak dihebahkan kepada umum - FMT

Hydroshoppe turut didakwa merupakan syarikat bermasalah yang dalam proses dinyahsenarai oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana tidak aktif sejak 14 tahun lalu namun secara tiba-tiba “mendapat talian hayat” daripada TM.

@FreeMsian juga membuat dakwaan mengaitkan perkara itu dengan Annuar Musa yang ketika itu adalah menteri komunikasi dan Multimedia.


Demikianlah Artikel KL Tower: Annuar Musa Tolak Kepada Mustapha Mohamed Pula..

Sekianlah artikel KL Tower: Annuar Musa Tolak Kepada Mustapha Mohamed Pula.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KL Tower: Annuar Musa Tolak Kepada Mustapha Mohamed Pula.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/kl-tower-annuar-musa-tolak-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: