Alahaii.. Kesian Kat Pengundi Ketereh Dapat MP Macam ni..

Alahaii.. Kesian Kat Pengundi Ketereh Dapat MP Macam ni.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Alahaii.. Kesian Kat Pengundi Ketereh Dapat MP Macam ni.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alahaii.. Kesian Kat Pengundi Ketereh Dapat MP Macam ni..
link : Alahaii.. Kesian Kat Pengundi Ketereh Dapat MP Macam ni..

Baca juga


Alahaii.. Kesian Kat Pengundi Ketereh Dapat MP Macam ni..

Semalam, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dalam satu kenyataannya mengumumkan Robin Tan Yeong Ching telah meletak jawatan sebagai pengerusinya, “untuk meneruskan minat lain" dan digantikan oleh Farhash.

Tidak semena-mena muncul seorang yang baru dipilih sebagai Ahli Parlimen mempertikaikan lantikan itu sambil menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya bersuara berhubung pelantikan jawatan-jawatan besar yang disandang oleh bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor dari PAS, jawatan-jawatan besar yang disandang oleh Farhash sebaik sahaja Anwar memimpin negara sejak lebih sebulan lalu adalah perkara yang bertentangan dengan prinsip tatakelola yang baik dan janji-janji yang pernah dilaungkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

“Mana pergi janji-janji yang dilaungkan oleh PH untuk tatakelola yang baik dan integriti dalam mentadbir negara?

“Perlantikan Farhash adalah bukti bahawa agenda ‘reformasi’ yang dilaung-laungkan oleh PH dan Anwar sekian lama adalah bohong dan merupakan taktik politik untuk memperdaya pengundi.

“Kami menyeru Anwar Ibrahim untuk tidak terus membisu dalam isu jawatan-jawatan baru Farhash ini dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana ia adalah konsisten kepada konsep reformasi dan tata kelola yang baik,” kata beliau.

Menyifatkan bahawa pelantikan Farhash itu satu perkara yang jijik dan dipandang serong, Khlir mempersoalkan sama ada Anwar yang juga merupakan menteri kewangan akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa akan terdapat lagi pelantikan jawatan besar yang melibatkan individu yang rapat dengannya selepas ini lapor Malaysiakini.

Kesian pengundi Ketereh dapat Ahli Parlimen macam ni, semuanya dia nak bangkang.. bukan dia tak boleh bangkang tapi bila membangkang tu biarlah nampak cerdik sikit.

Dalam hal ni.. apa kena mengena 7-Eleven tu dengan Anwar Ibrahim sapai dia didesak untuk menjelaskan sesuatu yang langsung tak ada kena mengena dengan Kerajaan.. sedangkan yang melantik Farhash itu adalah 7-Eleven.. bukannya Anwar.

Farhash pun sekarang ni dah jadi Bekas Setiausaha Politik Anwar..

Lainlah kalau 7-Eleven itu adalah GLC.. atau 7-Eleven tu dah jadi GLC?

Buatlah home work sikit sebelum nak serbu tu.. kan dah nampak bangang..

Jawapan dari Farhash..

SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, menegaskan pelantikannya sebagai Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven Malaysia), tiada kena mengena dengan lantikan politik.

Berikutan itu, Farhash ketika dihubungi wartawan Sinar Premium menegaskan beliau enggan mengulas lanjut kerana pelantikannya adalah atas dasar korporat, bukannya lantikan politik dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Saya enggan mengulas lanjut kerana ini adalah lantikan korporat dan bukan pelantikan politik dalam mana-mana syarikat GLC. Jadi jawapan saya ialah 'no comment'," katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan 7-Eleven Malaysia yang mengumumkan pelantikannya sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menjelaskan Farhash menggantikan Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi mulai Selasa untuk meneruskan minat lain.

Untuk rekod, Robin dilantik sebagai pengerusi 7-Eleven Malaysia pada 25 November 2021.

7-Eleven Malaysia dalam kenyataannya menjelaskan, Farhash membawa pengalaman bernilai lebih sedekad dalam bidang perniagaan, perundingan dan khidmat nasihat.

"Dalam bidang perniagaan, kerjayanya yang cemerlang merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan, teknologi, hotel, makanan dan minuman.

"Beliau juga ialah pendorong yang menggalakkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini," kata 7-Eleven Malaysia.

Farhash kini menganggotai lembaga penasihat Yayasan Usahawan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berkembang maju dalam menghimpunkan, mencipta dan membangunkan syarikat-syarikat mampan dengan ciri keusahawanan yang kukuh.

Beliau juga pengerusi eksekutif kumpulan Apex Equity Holdings Bhd dan pengarah Berjaya Construction Bhd.


Demikianlah Artikel Alahaii.. Kesian Kat Pengundi Ketereh Dapat MP Macam ni..

Sekianlah artikel Alahaii.. Kesian Kat Pengundi Ketereh Dapat MP Macam ni.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Alahaii.. Kesian Kat Pengundi Ketereh Dapat MP Macam ni.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/01/alahaii-kesian-kat-pengundi-ketereh.html

Subscribe to receive free email updates: