Ketika Lawan Dijadikan Kawan, Kawan Pula Dijadikan Lawan..

Ketika Lawan Dijadikan Kawan, Kawan Pula Dijadikan Lawan.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketika Lawan Dijadikan Kawan, Kawan Pula Dijadikan Lawan.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketika Lawan Dijadikan Kawan, Kawan Pula Dijadikan Lawan..
link : Ketika Lawan Dijadikan Kawan, Kawan Pula Dijadikan Lawan..

Baca juga


Ketika Lawan Dijadikan Kawan, Kawan Pula Dijadikan Lawan..

Ketika lawan yang ditentang berpuluh tahun lamanya dijadikan Kawan untuk berasama berkongi kuasa, Kawan yang lama berjuang bersama dijadikan pula sebagai lawan.. inilah politik..

Itulah nasib Tian Chu, aktivis KEADILAN yang menyaksikan kelahiran gerakan dan terlibat secara berterusan dalam perjuangan selama lebih dua dekad menentang UMNO dan juga Barisan Nasional, kesedihan dan kekecewaan sudah pasti mengekori perjalanan hidupnya kini..

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua menyifatkan tindakan mengumumkan pemecatan beliau dan empat lagi ahli parti itu kepada media terlebih dahulu sebagai tidak profesional dan sopan.

Tian Chua dalam kenyataannya di Facebook berkata, beliau amat kesal dengan tindakan yang dilakukan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datin Dr Tan Yee Kew.

“Pengerusi Jawatankuasa Disiplin telah memilih untuk mengumumkan pemecatan saya kepada media sebelum menghantar sebarang pemberitahuan kepada saya dan individu-individu lain yang berkenaan.

"Perbuatan yang sangat tidak profesional ini amat dikesali dan tidak sopan,” katanya pada Isnin.

Pada Ahad, PKR secara rasmi memecat Tian Chua ekoran tindakan pemimpin itu bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan Yee Kew ketika dihubungi Sinar Harian.

Tian Chua berkata, sebagai aktivis PKR yang menyaksikan kelahiran gerakan dan terlibat berterusan dalam perjuangan selama lebih dua dekad, sudah tentunya beliau sedih dan kecewa dengan keputusan tersebut.

Katanya, sepanjang perjalanan perjuangan dengan parti itu, beliau tidak pernah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip atau objektif politik parti.

“Hati nurani saya bersih. Sejak awal lagi saya bersedia menerima akibat bertanding dalam pilihan raya tanpa restu pucuk pimpinan parti. Saya akur bahawa parti perlu menjaga disiplin organisasi.

“Walau demikian dalam konteks senario pasca-PRU15, pihak-pihak yang berlawan telah mengetepikan permusuhan semasa pilihan raya.

"Bahkan musuh lama termasuk mereka yang didakwa pengkhianat telah berdamai dan berikrar untuk bekerjasama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

Tambahnya, tanpa mempertikaikan kuasa kepemimpinan, tindakan keras menerapkan peraturan adalah bertentangan dengan arus rekonsiliasi dan keterangkuman dalam suasana politik ketika ini.

Tian Chua menegaskan bahawa beliau mengambil tanggungjawab atas semua tindakan yang dikenakan tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

“Saya menyertai perjuangan Reformasi sejak tahun 1998 hanya dengan tujuan membawa perubahan demokrasi kepada tanah air. Hari ini saya bangga melihat usaha bertahun-tahun tidak sia-sia.

“Saya sedikit pun tidak menyesali setiap minit yang ditabur dalam perjuangan ini. Masih banyak lagi cabaran di hadapan kita,” katanya.

Beliau turut berjanji kepada para penyokong untuk tidak akan memperlahankan langkah kegiatan untuk melakukan pembaharuan.


“Saya tidak akan undur daripada berjuang untuk membela hak dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya lapor Sinar

Bagaimanapun Penganalisis politik berpendapat kesan buruk menanti KEADILAN jika tiada tindakan diambil terhadap Tian Chua, ahli PKR akan beranggapan parti itu tidak serius dan tegas sekiranya Tian Chua tidak dipecat selepas bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada PRU15.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpendapat ahli PKR akan beranggapan parti itu tidak serius dan tegas sekiranya Tian Chua tidak dipecat selepas bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada PRU15.

Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata ia mungkin mengakibatkan ada lagi ahli parti yang mengambil langkah seperti itu kerana mempunyai anggapan sedemikian.

“Kadang-kala, parti menerima impak sekiranya yang dipecat itu adalah mereka yang mempunyai pengaruh. Namun, dalam hal ini, Tian Chua telah pun kalah dalam PRU lepas dan ia seharusnya bukan menjadi ancaman kepada PKR,” katanya.

Tian Chua dan empat lagi ahli PKR dipecat selepas bertanding pada PRU15 dan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang lepas, tanpa persetujuan parti.

Empat lagi yang dipecat ialah Puah Chee Haur dari cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Gopeng), M Mohganan (Taiping) serta Nur Khairunisa Abdullah (Sadong Jaya).

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Tan Yee Kew ketika dihubungi Bernama, berkata keputusan pemecatan dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang diadakan Sabtu lalu.

Pada PRU15, Tian Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, bertanding di kawasan sama manakala Puah dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding atas tiket Parti Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji dan DUN Chenderiang, kedua-duanya di Perak.

Sementara itu, Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata pemecatan Tian Chua merupakan satu pengajaran politik bagi ahli parti yang lain agar tidak bertindak keterlaluan dengan membelakangkan semangat kerjasama di dalam parti.

Beliau berkata sebagai seorang yang dikenali sebagai “old timer” di dalam perjuangan parti, Tian Chua seharusnya berusaha membantu calon Parlimen Batu sewaktu tempoh berkempen.

“Bukannya bertindak semberono dengan melawan calon PKR tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, Kartini Aboo Talib daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula mempunyai pandangan yang berbeza berhubung pemecatan Tian Chua dan menyifatkannya sebagai satu episod duka buat PKR dan penyokong parti itu.

Beliau berkata Tian Chua dianggap berbeza berbanding orang Cina yang pro DAP.

“Tian Chua mempunyai prinsip dan idealisme. Beliau dipecat kerana ingkar arahan presiden yang tidak membenarkan beliau bertanding dalam PRU15,” katanya lapor FMT


Demikianlah Artikel Ketika Lawan Dijadikan Kawan, Kawan Pula Dijadikan Lawan..

Sekianlah artikel Ketika Lawan Dijadikan Kawan, Kawan Pula Dijadikan Lawan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketika Lawan Dijadikan Kawan, Kawan Pula Dijadikan Lawan.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/01/ketika-lawan-dijadikan-kawan-kawan-pula.html

Subscribe to receive free email updates: