Gara-gara Nak Jadi 'Polis Moral' MP Permatang Pauh Dikecam Netizen

Gara-gara Nak Jadi 'Polis Moral' MP Permatang Pauh Dikecam Netizen - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gara-gara Nak Jadi 'Polis Moral' MP Permatang Pauh Dikecam Netizen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gara-gara Nak Jadi 'Polis Moral' MP Permatang Pauh Dikecam Netizen
link : Gara-gara Nak Jadi 'Polis Moral' MP Permatang Pauh Dikecam Netizen

Baca juga


Gara-gara Nak Jadi 'Polis Moral' MP Permatang Pauh Dikecam Netizen

Ini apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh dari PAS, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan tentang promosi jualan arak di ruang legar kompleks beli belah Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya yang dipetik dari Harakahdaily

Katanya..

Saya mendapat beberapa laporan dan aduan bahawa satu promosi secara besar-besaran berkaitan jualan arak jenama Carlsberg di ruang legar Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.

Aduan-aduan tersebut adalah dari pengunjung-pengunjung Muslim ke Sunway Carnival Mall dan menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan mereka.

Mempromosikan secara besar-besaran dan jualan terbuka begini juga ibarat mencabar sensitiviti umat Islam yang sensitif dengan arak.

Selain itu, umum mengetahui arak memabukkan dan mengundang permasalahan besar sementelahan banyak kes-kes jenayah jalan raya yang meragut nyawa disebabkan oleh pemandu mabuk.

Jika dikaitkan khusus dan implikasi di atas, Sunway Carnival Mall mempromosi arak untuk orang mabuk dan dibaratkan mempromosi jenayah jalan raya yang akan meragut nyawa orang lain lagi.

Oleh itu, mengambil kira natijah arak yang memabukkan tidak mendatangkan faedah malah masalah, justeru saya Ahli Parlimen Permatang Pauh yang mana Sunway Carnival Mall juga di bawah kawasan Parlimen saya membantah sekerasnya penjualan arak secara terbuka dan bertindak untuk menutup promosi tersebut dengan kadar segera.

Akhir sekali, menjaga sensitiviti umat Islam dan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini sepatutnya menjadi keutamaan mana-mana entiti.

Mempromosi arak juga berselisihan dengan prinsip Rukun Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Jelas arak yang memabukkan manusia ini akan menghilangkan rasa waras dan pertimbangan selepas dari meminumnya kemudian akan melakukan perkara tidak sopan.

Benarkah pengunjung-pengunjung berugama Islam ke Sunway Carnival Mall itu rasa tidak selesa dengan promosi diruang legar tersebut? sedangkan ruang legar itu langsung tidak boleh digunakan untuk memaksa semua pengunjung Mall itu melalui menerusinya untuk ke lain-lain kedai?

Atau ianya menyebabkan penyokong PAS yang tidak selesa dengan promosi tersebut?

Maka tak hairanlah jika Twitter Fawwaz yang menyiarkan kenyataan diatas dihujani pelbagai balasan yang mempertikaikan kenyataannya di atas itu..

Antaranya..

"My dad was the authorized agent for Tiger beer before he retired from Biz… Not only i dont turn out to be an alcoholic, I also dont like it & rarely take it… Is all about your own choice… Only coward like blaming… Or this is the only way to make u relevant? - Peng Seong, the one @Cashisnotking1
"Dah tau diri tu muslim, buat apa pegi menyibuk kat tempat kapiaq nak beli arak? Takkan tengok arak pun terliur? - wirajebat @daswira
"Salam brader, mall owned by non-muslim, promoted by non-muslim towards non-muslim society. TERPALING... (tolong sambung) dah kenapa? Kamu Agama Kamu, Aku Agama Aku, susahkah? - Asri Sapfie @AsriSapfie
"Dah tau diri tu muslim, buat apa pegi menyibuk kat tempat kapiaq nak beli arak? Takkan tengok arak pun terliur? - wirajebat@daswira
"Kedai arak tu ada buat minum2 ka utk orang islam? Takdak kan. Hang dok kaluit pi kacau buat apa. Islam itu rahmat untuk semua agama, bukan utk hang ja. Benda bangang juga hang nak tunjuk.

"Fawwaz, hang ni nak beragama tapi jangan jadi jumud sangat.- Musafir Rindu. @elameenrahmeet

Lagi.. sila lihat di SINI

Sebenarnya menurut seorang Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang..

"Penjualan minuman bir secara terbuka di sebuah pusat beli-belah di Perai sempena sambutan Tahun Baharu Cina berkemungkinan besar mematuhi undang-undang.

"Penjualan alkohol kepada umum juga memerlukan lesen dikeluarkan jabatan pelesenan eksais negeri, yang bersidang tiga kali setahun untuk meneliti permohonan seumpama itu.

"Lesen berkenaan sah untuk tempoh setahun dan melalui proses saringan teliti oleh pegawai penguatkuasaan termasuk polis, bagi menentukan kesesuaian lokasi jualan, kata pegawai berkenaan.

“Lembaga perlesenan eksais negeri meneliti ratusan permohonan pada setiap sesi. Ia pernah menolak penjualan minuman beralkohol di kawasan penduduk atau yang dilihat mengganggu orang lain.

“Ini dibuat selepas perbincangan dengan polis, jabatan kastam, serta pihak majlis perbandaran,” katanya lapor FMT

Bukan mudah nak dapat kebenaran jual arak tu.. banyak pihak yang terlibat untuk membolehkan kebenaran diberikan,.. tiba-tiba Fawwaz ni jadi lebih pandai pulak dari semua di atas tu..

Kesimpulannya inilah yang pengundi Permatang Pauh dapat bila orang kurang cerdik dipilih sebagai Ahli Parlimen..

Bukan kerana dia hebat tapi kerana lemahnya Jentera Pilihanraya PKR Permatang Pauh dalam menghadapi PRU yang lalu...


Demikianlah Artikel Gara-gara Nak Jadi 'Polis Moral' MP Permatang Pauh Dikecam Netizen

Sekianlah artikel Gara-gara Nak Jadi 'Polis Moral' MP Permatang Pauh Dikecam Netizen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gara-gara Nak Jadi 'Polis Moral' MP Permatang Pauh Dikecam Netizen dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/01/gara-gara-nak-jadi-polis-moral-mp.html

Subscribe to receive free email updates: