Pandora Papers Itu Apa Sebenarnya?

Pandora Papers Itu Apa Sebenarnya? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pandora Papers Itu Apa Sebenarnya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pandora Papers Itu Apa Sebenarnya?
link : Pandora Papers Itu Apa Sebenarnya?

Baca juga


Pandora Papers Itu Apa Sebenarnya?

Antara individu dinamakan dalam Kertas Pandora ialah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Bagaimanapun mereka sebelum ini berkata akaun mereka tidak digunakan untuk urusan yang sah.

Anwar ketika menjadi ketua pembangkang pada 2021 mengusulkan supaya perkara itu dibahaskan di parlimen tetapi ditolak oleh speaker Azhar Azizan Harun.

Oleh itu siasatan tidak berlaku di era kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob..

Setelah Anwar Ibrahim dah jadi perdana menteri, barulah SPRM mula untuk siasat isu Kertas Pandora.

Apa itu Pandora Papers?

Pandora Papers merupakan pendedahan kira-kira 12 juta dokumen rahsia melibatkan urusan simpanan wang dan harta oleh golongan elit dan kaya dunia. Sebahagian urusan tersebut terkait dengan amalan salah guna kuasa dan melanggar etika.

Nama Pandora Papers diambil dari mitos Kotak Pandora. Dalam mitos itu, apabila kotak tersebut dibuka, ia melepaskan pelbagai hal buruk termasuk penyakit, kematian dan kejahatan lain.

Golongan yang terlibat termasuk pemimpin-pemimpin negara dunia, ahli politik, ahli korporat, selebriti dan hartawan.

Menurut organisasi yang mendedahkan dokumen-dokumen tersebut, Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ), Pandora Papers mendedahkan pemilikan syarikat luar pesisir, akaun bank samaran, pesawat peribadi, kapal layar, rumah agam dan karya seni terunggul oleh golongan terkaya dunia.

Sebahagian daripada mereka yang terlibat menggunakan helah kewangan bagi menyembunyikan kekayaan dan mengelak cukai. Mereka mencipta sistem yang dikenali sebagai ekonomi bayangan dalam skala yang sangat besar.

Bagaimana Pandora Papers didedahkan?

ICIJ bekerjasama dengan lebih 600 wartawan dari 91 organisasi media dalam 117 negara untuk menjalankan penyiasatan Pandora Papers. Penyiasatan tersebut mengambil masa selama dua tahun.

Siapa yang terlibat?

Menurut ICIJ, fail-fail tersebut mendedahkan rahsia kewangan 35 bekas pemimpin dunia dan semasa. Jumlah keseluruhan ahli politik yang terlibat ialah 330, termasuk pegawai tinggi dari 91 negara dan wilayah.

Selain itu, Pandora Papers turut mendedahkan rahsia kewangan pelarian jenayah dan pembunuh.

Antara nama besar yang terlibat ialah Raja Jordan, Presiden Ukraine, Kenya dan Ecuador serta bekas Perdana Menteri Britain.

Antara selebriti yang terlibat pula ialah jaguh kriket, Sachin Tendulkar; penyanyi, Shakira dan model, Claudia Schiffer.

Apa kepentingannya kepada dunia?

Januari lalu, Oxfam International mendedahkan dapatan bahawa 63 peratus kekayaan baharu yang dicipta pada Disember 2019 hingga Disember 2021 dibolot oleh golongan satu peratus paling kaya dalam dunia.

Menurut Oxfam, sejak 2020, kekayaan para bilionair meningkat AS$2.7 bilion (RM11.66 bilion) setiap hari.

Jurang kekayaan antara golongan superkaya dengan miskin di dunia semakin melebar dan ini hanya mengambil kira kekayaan ‘rasmi’ mereka.

Sebahagian golongan kaya menggunakan sistem kewangan yang rumit untuk menyembunyikan kekayaan mereka. Sistem ini juga digunakan untuk mengelak cukai yang sepatutnya dimanfaatkan untuk golongan berpendapatan rendah.

Antara dapatan dari Pandora Papers adalah dakwaan pengelakan cukai oleh keluarga diraja Qatar berjumlah 18.5 juta pound (RM98.29 juta) untuk pembelian hartanah di United Kingdom (UK).

Jumlah yang besar itu sepatutnya boleh digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan dan perlindungan sosial di UK yang kini dalam krisis. Malangnya, ia disembunyikan dari pengetahuan umum.

Apa kaitannya dengan Malaysia?

Individu dari Malaysia juga tidak ketinggalan terlibat dalam kontroversi Pandora Papers. Ketika awal pendedahan tersebut dibuat, terdapat 10 individu dari Malaysia dikatakan menyimpan kekayaan di luar negara.

Ini termasuk bekas pemimpin kerajaan, ahli politik dan ahli korporat. Walau bagaimanapun, belum ada apa-apa pengesahan yang dibuat berkenaan penglibatan mereka.

Siasatan sedang dilakukan oleh SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM). Harapnya, tidak ada kerugian besar yang ditanggung negara akibat penglibatan individu-individu tersebut dalam ekonomi bayangan.

Awal bulan lalu, Bank Dunia menggesa Malaysia untuk mencari sumber pendapatan baharu memandangkan pendapatan kerajaan telah berkurang sejak 2012.

Malaysia sendiri berhadapan dengan krisis perkhidmatan awam yang serius, baik dalam sektor kesihatan, pengangkutan mahupun pendidikan. Sumber pendapatan seperti cukai sangat penting untuk negara.

Jika kekayaan yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat dan perkhidmatan awam hilang disebabkan ekonomi bayangan, setiap individu yang terlibat mempunyai hutang besar dengan rakyat Malaysia. – RELEVAN


Demikianlah Artikel Pandora Papers Itu Apa Sebenarnya?

Sekianlah artikel Pandora Papers Itu Apa Sebenarnya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pandora Papers Itu Apa Sebenarnya? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/pandora-papers-itu-apa-sebenarnya.html

Subscribe to receive free email updates: