Pandora Papers: SPRM Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara

Pandora Papers: SPRM Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pandora Papers: SPRM Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pandora Papers: SPRM Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara
link : Pandora Papers: SPRM Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara

Baca juga


Pandora Papers: SPRM Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengesan jejak kewangan dan aset bekas menteri dan taikun perniagaan yang didakwa disembuyikan di empat negara.

Satu sumber mendedahkan kepada Media, kesemua aliran kewangan dan aset berkenaan disyaki dihantar melalui Singapura sebelum dialihkan kepada empat negara terbabit.

Oleh itu, SPRM kini dipercayai dalam proses menghantar permohonan untuk mendapatkan beberapa dokumen kewangan di negara-negara berkenaan untuk semakan lanjut.

“Proses ini akan mengambil masa lama kerana perlu melalui proses perundangan di negara terlibat.

“Setakat ini, keterangan sembilan individu telah diambil SPRM termasuk seorang bekas menteri bagi menjelaskan aset dan pelaburan seperti yang didedahkan Pandora Papers yang dikaitkan dengan mereka,” kata sumber itu.

Kelmarin akhbar Utusan melaporkan beberapa ‘taikun perniagaan’ terkemuka dipanggil SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Pandora Papers mengenai dakwaan memiliki akaun, syarikat atau firma pemegang amanah di luar pesisir di luar negara.

Beberapa bukti dan butiran kewangan dari negara luar juga sedang dalam proses diperoleh SPRM sebelum maklumat itu diteliti sama ada terdapat kesalahan di Malaysia atau tidak.

Seorang bekas Menteri Kewangan yang diambil SPRM selepas beliau disyaki menyimpan kekayaannya di luar negara hasil daripada syarikat perkhidmatan ‘offshore’ milik dirinya dan keluarga.

Fokus siasatan SPRM pelbagai sudut termasuk mengesan aset-aset dan pelaburan yang dikaitkan pemimpin itu dan keluarganya di luar negara kemungkinan ia hasil daripada projek-projek kerajaan.

Setakat ini tiada pembekuan akaun dilakukan.

Menerusi pendedahan Pandora Papers, dua individu dari Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir untuk menyimpan kekayaan mereka. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Pandora Papers: SPRM Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara

Sekianlah artikel Pandora Papers: SPRM Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pandora Papers: SPRM Jejak Harta Bekas Menteri Di Empat Negara dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/pandora-papers-sprm-jejak-harta-bekas.html

Subscribe to receive free email updates: