Muhyiddin Dah Marah Ke Ni?

Muhyiddin Dah Marah Ke Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin Dah Marah Ke Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin Dah Marah Ke Ni?
link : Muhyiddin Dah Marah Ke Ni?

Baca juga


Muhyiddin Dah Marah Ke Ni?

KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) memberi amaran rakyat akan bertindak balas terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri atas perlakuan “mencipta” pelbagai tuduhan ke atas gabungan itu.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, gabungan itu akan “tarah” (menang) di semua enam negeri itu.

Katanya, tuduhan dibuat Anwar kononnya berlaku penyelewengan dana semasa beliau menjadi perdana menteri hanya ciptaan dibuat demi menghasut rakyat membenci PN.

“Sekarang ini kalau boleh dihitamkan muka saya dan semua (pemimpin PN) ini, kata (kita ini) perompak dan lanun supaya rakyat tak sokong kita.

“Tapi saya percaya gelombang PN yang sudah pun kita lihat (pada) PRU lalu akan terus melanda negara ini (dan) enam buah negeri ini akan tarah. ‘There will be backlash’ (akan ada tindak balas). Saya nak bagi amaran,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan titah Agong.

Muhyiddin turut mendakwa pentadbiran kerajaan hari ini “berniat jahat” dan membuat tuduhan kononnya berlaku pelbagai penyelewengan semasa beliau menjadi perdana menteri.

“Saya perhatikan kepimpinan kerajaan hari ini cenderung untuk mengambil tindakan-tindakan berbentuk, dengan izin ‘witch-hunting’ atau mencari kesalahan kerajaan dahulu yang sebenarnya tidak wujud.

“Melemparkan tuduhan yang bukan-bukan, kononnya saya seleweng RM600 bilion. Ini sapa (siapa) sebut…perdana menteri,” katanya.

“Kata, lepas itu tukar RM530 bilion, lepas itu turun nilainya kepada RM92.5 bilion. Kemudiannya turun lagi kepada RM45 billion selepas itu RM300 juta. Apa ini? PM Tambun cakap ini”.

Muhyiddin berkata, beliau sehingga kini belum lagi bercadang mengambil tindakan terhadap Anwar.

“Saya belum lagi nak ambil tindakan undang-undang kesian kepada perdana menteri baharu, bagi dia peluang dulu,” katanya selain bersumpah tidak pernah mengambil sebarang dana pakej bantuan pernah diumumkan ketika menerajui pentadbiran.

“Kalau apa-apa hal biarlah berasas jangan salah guna kuasa, YB Tambun dulu pun pernah dijatuhi hukuman salah guna kuasa, saya bukan nak mengata itu rekod sejarahnya, kita tak buat begitu saya orang politik,” katanya.

Beliau juga mengulangi dan menolak tuduhan kononnya memberikan anak menantunya projek ketika menjadi perdana menteri, sambil menyifatkan ia pembohongan.

Muhyiddin juga memberi ingatkan kepada Anwar supaya tidak menekan beliau dan PN kerana kedudukan jawatan sebagai perdana menteri bukan suatu yang kekal.

“Sekarang, dengan izin Allah Tambun kembali ke tampuk kuasa sebagai perdana menteri. Sesungguhnya, Allah itu Maha Kuasa. Dialah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia mahu, dan Dialah yang menarik kekuasaan daripada sesiapa yang Dia mahu,” katanya - FMT


Demikianlah Artikel Muhyiddin Dah Marah Ke Ni?

Sekianlah artikel Muhyiddin Dah Marah Ke Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin Dah Marah Ke Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/muhyiddin-dah-marah-ke-ni.html

Subscribe to receive free email updates: