Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim

Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim
link : Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim

Baca juga


Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim

SHAH ALAM: Ketua UMNO Bahagian Shah Alam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas enam pertuduhan, termasuk salah guna harta berjumlah RM440,000 bagi program korban perdana dan sumbangan pakaian sekolah anak yatim serta menggunakan dokumen palsu pada 2010 dan 2017.

Tertuduh, Datuk Azhari Shaari, 53, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Azhari didakwa sebagai penandatangan tunggal akaun bank atas nama Persatuan Belia Kampung Kuantan Timur; Persatuan Belia Bersatu Teguh Shah Alam dan Persatuan Belia Kampung Kuantan Utara, secara tidak jujur menyalahgunakan dana bagi program ibadah korban dan sumbangan pakaian sekolah anak yatim masing-masing berjumlah RM120,000; RM120,000 dan RM200,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 dan 27 September 2017 di sebuah cawangan bank di Pelabuhan Klang, Klang.

Azhari didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda.

Bagi kesalahan penggunaan dokumen palsu, ahli politik itu didakwa secara tidak jujur menggunakan sebagai tulen masing-masing tiga dokumen, iaitu minit mesyuarat agung tahunan pada 2009 persatuan-persatuan berkenaan yang dia ketahui dokumen palsu.

Dia didakwa melakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Azhari didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan bank yang sama pada 19 Mei 2010.

Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi semua pertuduhan dengan dua orang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan passport kepada mahkamah.

Peguam yang mewakili Azhari, S Ashok Kandiah memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM80,000 bagi semua pertuduhan dengan dua orang penjamin berserta syarat tambahan yang dikemuka pihak pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 April depan lapor BH


Demikianlah Artikel Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim

Sekianlah artikel Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/ketua-bahagian-umno-shah-alam-didakwa.html

Subscribe to receive free email updates: