Urus Jenazah Pun Makan Rasuah?

Urus Jenazah Pun Makan Rasuah? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Urus Jenazah Pun Makan Rasuah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Urus Jenazah Pun Makan Rasuah?
link : Urus Jenazah Pun Makan Rasuah?

Baca juga


Urus Jenazah Pun Makan Rasuah?

SHAH ALAM: Tiga kakitangan Unit Forensik di Hospital Serdang menangis ketika merayu hukuman dikurangkan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini kerana mengambil rasuah bagi memperdagangkan jenazah pada lima tahun lalu.

Kesemua tertuduh, Mohd. Shah Rizan Yasak, 43; Mohd. Riduan Ibrahim, 41 dan Muhamad Yusri Yusof, 36, membuat pengakuan sedemikian selepas pertuduhan pilihan dibacakan secara berasingan ke atas mereka di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Masing-masing dikenakan hukuman penjara tiga hingga lima bulan dan denda RM5,000 hingga RM20,000 serta penjara tambahan antara tiga hingga enam bulan jika gagal membayarnya selepas hakim mendengar rayuan mereka yang tidak diwakili peguam.

Rozilah dalam penghakimannya menjelaskan tanggungjawab semua tertuduh yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 adalah pekerjaan mulia dan sepatutnya menolak apabila ditawarkan rasuah.

“Jangan bagi cadangan atau peluang dan sepatutnya menegur baru ada integriti sebagai penjawat awam. Dapat duit (gaji) sedikit, biar berkat. Ada fikiran yang Allah bagi bagi menilai baik dan buruk. Apa yang kamu buat ini salah dan harap hukuman ini jadi kifarah kepada kamu,” tegasnya.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka sebagai petugas di Unit Forensik Hospital Serdang menerima wang tunai masing-masing RM1,100, RM3,550 dan 6,250 menerusi pemindahan atas talian dalam akaun bank masing-masing daripada pemilik sebuah syarikat yang berusia 32 tahun bagi kerja-kerja pengurusan jenazah.

Perbuatan itu dilakukan antara 18 Mac 2018 hingga 7 Ogos di dua cawangan bank berlainan sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan Banting.

Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pada prosiding sama, seorang lagi rakan mereka iaitu Hairul Nizam Idris, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan termasuk pilihan menerima wang tunai RM1,100 daripada individu sama.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Kajang pada 20 dan 23 April 2018.

Justeru dia dakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah 24 (1) akta yang sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Selain itu, bapa tiga anak itu juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Hairul yang diwakili Peguam Siti Nurul Jannah Rizali dibenarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta mematuhi syarat tambahan seperti menyerahkan pasport ke mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM.

Hakim kemudian menetapkan sebutan semula kes ditetapkan 17 Mac depan. Sepanjang prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd. Alif Shaharuzaman. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Urus Jenazah Pun Makan Rasuah?

Sekianlah artikel Urus Jenazah Pun Makan Rasuah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Urus Jenazah Pun Makan Rasuah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/urus-jenazah-pun-makan-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates: