Siapa Lantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS Sebenarnya?

Siapa Lantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS Sebenarnya? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Lantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS Sebenarnya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa Lantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS Sebenarnya?
link : Siapa Lantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS Sebenarnya?

Baca juga


Siapa Lantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS Sebenarnya?

Meskipun watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara diterima oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) diterima di era Pentadbiran Anwar sebagai Perdana Menteri,Nazri bukanlah dilantik oleh Anwar.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke AS dibuat oleh kerajaan lalu dan sudah disahkan oleh AS, sekali gus pentadbirannya terpaksa meneruskan pelantikan berkenaan kerana pembatalan akan menimbulkan pelbagai masalah lain.

Ia susulan beberapa kritikan susulan pengumuman Kementerian Luar Negeri bahawa Nazri adalah seorang daripada 10 ketua perwakilan diplomatik Malaysia yang menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Khamis lalu.

Antara yang mengkritik pelantikan Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke AS adalah Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menegaskan jawatan duta perlu dikhaskan kepada diplomat yang mahir dalam hal ehwal antarabangsa.

Khabar mengenai pelantikan Nazri sebagai duta sudah kedengaran sejak awal tahun lalu, namun ketika itu, namanya dicadangkan sebagai perwakilan diplomatik Malaysia Ke Switzerland, yang diusulkan ketika Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan nama Nazri dicadangkan oleh pentadbiran 'Perdana Menteri Kesembilan' dan parti diterajuinya langsung tiada kaitan.

"Dari zaman Perdana Menteri Kesembilan, (cadangan lantik Nazri) daripada kerajaan, bukan diusulkan UMNO," katanya pada sidang media selepas menghadiri rumusan bengkel dan hala tuju strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahmad Zahid memaklumkan, Nazri adalah personaliti sesuai menjadi Duta Besar Malaysia ke AS kerana diyakini mampu merapatkan hubungan antara kerajaan Malaysia dan negara kuasa besar dunia itu.

Katanya, Nazri diberi tanggungjawab memperkukuh hubungan perniagaan-kepada-perniagaan (B2B), pembiayaan antara rakan setara (P2P) dan hubungan antara kerajaan (G2G) kedua-dua negara.

Selain itu, katanya, bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut ditugaskan untuk mengatur pertemuan penting Anwar dengan pemimpin kerajaan AS dan peneraju korporat utama apabila Perdana Menteri melawat negara itu nanti.

"Beliau adalah personaliti sesuai untuk menjadi diplomat utama Malaysia di AS kerana kita pernah mempunyai beberapa duta besar sebelum ini seperti Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin yang dapat menjalin hubungan lebih rapat kerajaan AS dan Malaysia.

"Saya percaya Anwar akan melawat AS dan saya percaya Nazri mampu mengurus dan mengatur mesyuarat penting di antara Anwar dan pemimpin utama kerajaan AS, ketua korporat serta Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM)," katanya.

Laporan dipetik dari BH


Demikianlah Artikel Siapa Lantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS Sebenarnya?

Sekianlah artikel Siapa Lantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS Sebenarnya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa Lantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS Sebenarnya? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/siapa-lantik-nazri-sebagai-duta-besar.html

Subscribe to receive free email updates: