Judul : Peguam tak setuju pelajar terlibat kongsi gelap didakwa bawah Sosma dan Poca
link : Peguam tak setuju pelajar terlibat kongsi gelap didakwa bawah Sosma dan Poca
Peguam tak setuju pelajar terlibat kongsi gelap didakwa bawah Sosma dan Poca
Mereka saran pihak berkuasa lebih bertimbang rasa dengan menggunakan Akta Kanak-kanak atau menghantar mereka ke sekolah Henry Gurney
PETALING JAYA: Peguam hak asasi manusia tidak setuju dengan penahanan kanak-kanak di bawah undang-undang pencegahan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) dan Akta Pencegahan Jenayah (Poca).
“Mereka perlu ditangani melalui undang-undang yang selaras dengan Akta Kanak-kanak,” kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen dalam ulasannya terhadap tangkapan baru-baru ini terhadap kumpulan kongsi gelap, Gang 24.
Dalam tangkapan itu, 3 pelajar sekolah menengah antara 13 suspek yang ditahan.
Ia tidak jelas undang-undang mana yang patut digunakan terhadap mereka.
Paulsen berkata pihak berkuasa dilihat mengambil langkah yang melampau jika mereka menggunakan Sosma atau Poca terhadap pelajar sekolah itu.
“Mereka perlu diberi ikat jamin sementara menunggu perbicaraan,” katanya.
Kerajaan mengisytiharkan Gang 24 adalah pertubuhan haram pada 2013.
Bulan lalu, 22 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan mereka adalah ahli kumpulan itu. Mereka tidak diberikan ikat jamin kerana kes itu di bawah Sosma.
Semalam, polis menahan 53 suspek dalam satu operasi terhadap aktiviti kongsi gelap. Peguam Gerard Lazarus memberitahu FMT, 37 pelajar adalah antara suspek yang ditahan dan dibebaskan daripada tahanan tanpa syarat.
Seorang lagi peguam, Faizal Abdul Rahman berkata peruntukan Sosma tidak mengecualikan kanak-kanak daripada dibicarakan di bawah undang-undang.
“Mereka boleh dibicarakan di mahkamah apabila mereka didakwa bersama-sama dengan orang dewasa bagi jenayah keganasan dan menentang kerajaan,” katanya.
Beliau menambah, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara terhadap kanak-kanak itu jika kesalahan yang dilakukan dianggap serius.
“Ia terpulang kepada budi bicara mahkamah untuk memenjarakan mereka atau membuat suatu perintah menghantar mereka ke Pusat Pemulihan Akhlak (SBPI) Henry Gurney,” katanya.
Faizal mewakili seorang remaja dalam rayuannya terhadap hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan mempromosi keganasan.
Demikianlah Artikel Peguam tak setuju pelajar terlibat kongsi gelap didakwa bawah Sosma dan Poca
Sekianlah artikel Peguam tak setuju pelajar terlibat kongsi gelap didakwa bawah Sosma dan Poca kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peguam tak setuju pelajar terlibat kongsi gelap didakwa bawah Sosma dan Poca dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/peguam-tak-setuju-pelajar-terlibat.html