Kalau Betul Ada, Diharap Naga Tasik Chini Bangunlah.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau Betul Ada, Diharap Naga Tasik Chini Bangunlah.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Kalau Betul Ada, Diharap Naga Tasik Chini Bangunlah..link :
Kalau Betul Ada, Diharap Naga Tasik Chini Bangunlah..
Baca juga
Kalau Betul Ada, Diharap Naga Tasik Chini Bangunlah..
“Kalau betul dalam Tasik Chini ada naga, saya harap naga itu bangun dan melihat sendiri kemusnahan yang berlaku kepada Tasik Chini.”
Itulah luahan kesedihan pelakon Sara Ali akibat terkejut melihat melihat kemusnahan alam yang berlaku terhadap sebuah lokasi pelancongan popular, Tasik Chini yang terletak di Pekan, Pahang.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali, 31, berkongsi kenangan lewat zaman kanak-kanaknya yang pernah menikmati keindahan lanskap Tasik Chini, namun kini telah musnah dek ketamakan manusia.
“Tasik Chini dahulu dan sekarang. Masa kecil ayah saya selalu bawa kami anak-beranak pergi Tasik Chini naik bot.
“Saya selalu ditakutkan dengan cerita ada naga di bawah tasik itu. Mungkin itu adalah salah satu cara supaya saya dengar cakap supaya tidak meletakkan jari di dalam air ketika bot sedang bergerak,” tulisnya menerusi dua keping gambar Tasik Chini, dahulu dan sekarang lapor Kosmo
|
Tasik Cini dua tahun yang lalu menurut Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak |
Persoalannya, benarkah tasik yang berada di Pekan, Pahang itu didiami oleh haiwan mistik yang digambarkan berbadan panjang seperti ular dengan saiz yang luar biasa?
Mitos asal usul Tasik Chini
Satu kisah mitos asal usul kewujudan Tasik Chini dikatakan bermula apabila puak Jakun datang dan meneroka kawasan itu untuk dijadikan tempat bercucuk tanam. Ketika mereka sedang mengorek lubang, muncul seorang nenek tua bertongkat entah dari mana, menegur mereka kerana tidak meminta izin daripadanya untuk meneroka tempat itu.
Mereka meminta maaf dan nenek itu pun membenarkan mereka meneruskan hasrat mereka. Bagaimanapun, nenek tua itu memacakkan tongkatnya sebagai tanda, dan memberi amaran kepada mereka supaya tidak mencabut tongkat itu.
Kemudian tiba-tiba kedengaran anjing menyalak dengan galak, dan mereka aneh apabila melihat seekor anjing menyalak kepada sebuah tunggul kayu hitam yang buruk. Ingin tahu kenapa, salah seorang daripada mereka mencucuk tunggul kayu itu dengan batang pengorek tanah, lalu memancut-mancutlah darah keluar daripada tunggul tersebut. Rupanya ia adalah jelmaan seekor naga yang bernama Sri Gumum.
Tidak semena-mena langit diselubungi awan hitam, bersama kilat sabung-menyabung. Bertempiaranlah lari kumpulan orang Jakun ini menyelamatkan diri. Entah bagaimana, tongkat yang dipacakkan nenek tua tadi tercabut/dicabut, dan menyembur-nyemburlah air keluar dari lubang itu tanpa henti hingga membentuk Tasik Chini.
Agak tak masuk akal di situ, kan? Apa motif naga Sri Gumum itu menjelma jadi tunggul kayu buruk? Tapi itulah cerita yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi tentang bagaimana tasik itu terbentuk.
Pelbagai versi kisah Naga
Seri Gumum adalah nama naga yang dipercayai menghuni tasik ini. Namun, segelintir masyarakat setempat juga mempercayai ada lebih dari seekor, yang dipanggil Sri Pahang, Sri Pekan dan Sri Daik.
Tidak ada satu naratif yang kuat dan untuk menceritakan kebarangkalian wujud naga di Tasik Chini. Ada pelbagai versi yang berlainan, malah setiap satunya langsung tiada hubung kait. Cuma nama naganya sama, tapi jalan ceritanya berbeza.
Ada yang mengatakan bahawa ia berasal daripada dua orang lelaki yang bertapa dalam menuntut ilmu kebatinan untuk membolehkan mereka menjelma menjadi naga. Ada cerita lain pula mengatakan Seri Gumum adalah seorang puteri yang melanggar pantang dan terkena sumpahan, dan ada beberapa lagi versi cerita.
Jadi, mana satu yang betul? Kepelbagaian versi membuatkan dongeng ini seakan direka-reka semata-mata. Bagaimanapun, ada beberapa catatan tentang penampakan dan 'pertemuan' dengan kelibat yang dipercayai makhluk mistik itu.
Sekitar tahun 70/80-an dahulu, diceritakan ada seorang pelancong Inggeris menyelam di Tasik Chini sekitar kawasan jeti. Sampai di dasar, katanya dia menemui pagar batu lalu disusurinya sehinggalah sampai ke pagar utama.
Alangkah terkejut pemuda itu apabila dia terlihat sepasang benda bulat seperti mata yang warnanya merah. Serta merta dia naik ke permukaan dan tidak lagi kembali ke situ. Entah betul entah tidak, tak ada pula mana-mana catatan dan butiran tentang orang putih ini. 70/80-an kot, bukan zaman purba tak ada pen, kertas dan kamera untuk merakam.
Catatan penampakan naga
Namun ada satu cerita lagi yang agak meyakinkan, di mana pada satu pagi di tahun 1986, seorang peneroka Felda bernama Bahasan Abdullah pergi mengangkat jaringnya di kawasan Laut Gumum, antara tasik-tasik kecil yang membentuk kompleks Tasik Chini.
Didapati ada seekor ular besar berwarna hitam tersangkut pada jaringnya, maka cuba dilepaskan namun ular itu bertindak agresif. Lalu Bahasan menetak mati ular itu dan mencampakkannya kembali ke tasik. Ketika jaring yang ditarik sampai ke hujungnya, ada seekor lagi ular yang sama tersangkut. Perkara sama dibuat, dibunuh ular tersebut kemudian dicampak ke tasik.
Dalam perjalanan pulang ke pangkalan bot, Bahasan menceritakan bahawa dia ternampak tiga lengkungan seakan badan makhluk yang sangat besar dan panjang di permukaan air tidak jauh daripada bot yang dinaikinya. Pergerakan makhluk tersebut membuatkan air bergelora menghasilkan ombak besar, sehingga dua orang lelaki warga Indonesia yang mandi di tebing lari dari situ.
Setibanya di rumah, kepalanya dirasakan gatal dan beberapa hari kemudian, tempat gatal itu membentuk keruping yang berdebu. Lama-kelamaan seluruh tubuhnya dilanda sejenis penyakit seperti kudis melepuh berair dan berbau hanyir.
Jumpa doktor, doktor tak jumpa ubat yang mampu merawat. Jumpa berpuluh bomoh pun, tetap sama. Selama 13 tahun Bahasan menderita akibat penyakit misteri itu sehingga ditinggalkan isterinya.
Sampailah satu hari, Bahasan kembali ke kawasan tasik di mana dia ternampak kelibat makhluk besar itu 13 tahun lepas. Sambil berdoa kepada Tuhan, campuran air tasik dan tanah tebing dilumurkan ke seluruh badannya. Hari demi hari, akhirnya penyakit itu sembuh.
Sejauh mana kebenarannya?
Wallahu a’lam bi sawab, siang malam tak dapat jawab. Tak tahulah ada lagi ke tidak naga di Tasik Chini. ada kata masih hidup dan bersemayam di dasar, ada juga yang kata dah lama mati.
Apapun ceritanya, ketahuilah bahawa bukan kita sahaja hidup di dunia yang terbentang luas dan wujud dalam pelbagai dimensi ini. Yang penting, rasa hormat terhadap segala yang terkandung di dalam alam terbentang luas ini, kepada sekecil-kecil kejadian sampailah sebesar-besar ciptaan.
Lagi kisah tentang Naga itu bolehlah dibaca di
SINI
Demikianlah Artikel Kalau Betul Ada, Diharap Naga Tasik Chini Bangunlah..
Sekianlah artikel Kalau Betul Ada, Diharap Naga Tasik Chini Bangunlah.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kalau Betul Ada, Diharap Naga Tasik Chini Bangunlah.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/kalau-betul-ada-diharap-naga-tasik.html