Awat Kalut Sangat Nak Tambak Laut? - Gerakan Tanya DAP - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Awat Kalut Sangat Nak Tambak Laut? - Gerakan Tanya DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Awat Kalut Sangat Nak Tambak Laut? - Gerakan Tanya DAPlink :
Awat Kalut Sangat Nak Tambak Laut? - Gerakan Tanya DAP
Baca juga
Awat Kalut Sangat Nak Tambak Laut? - Gerakan Tanya DAP
GEORGETOWN: Parti Gerakan Pulau Pinang mengingatkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang mana Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) yang baru dihantar semula oleh kerajaan negeri masih belum diluluskan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Sehubungan itu Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, adalah tidak membawa sebarang makna untuk Kon Yeow membuat pembelaan dengan panjang lebar dalam mempertahankan projek PSR sebelum KASA membuat keputusan berdasarkan tahap kerosakan yang bakal terjadi ke atas alam sekitar.
“Pada masa ini, yang paling penting adalah EMP yang baru dihantar itu dapat diluluskan oleh KASA, tanpa kelulusan daripada pihak kementerian, projek penambakan laut ini turut akan terbatal,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Semalam Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan tetap meneruskan projek PSR itu dan tidak bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya projek tersebut dibatalkan.
Dalam pada itu Tong Keong turut mempertikai jawapan Kon Yeow berhubung projek PSR semalam yang disifatkan tidak menjawab gesaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membatalkan projek PSR tersebut.
Antaranya, kata beliau, berhubung persoalan mengapa kerajaan negeri mesti menjalankan projek penambakan itu sedangkan masih terdapat banyak tanah di kawasan seberang (Perai).
”Bukankah lebih baik untuk kerajaan negeri menyeimbangkan pembangunan di bahagian pulau dan seberang,” katanya.
Tambahnya, persoalan lain adalah berkenaan keperluan meletakkan peranti pengumpulan ikan dan penanaman pokok bakau sekiranya kerajaan negeri berpandangan projek itu tidak akan merosakkan ekosistem perairan laut.
Dalam pada itu beliau berkata, Parti Gerakan tidak membantah sebarang projek pembangunan yang menguntungkan rakyat namun projek PSR secara jelas bakal mendatangkan impak yang besar ke atas alam sekitar.
“Ini adalah sebabnya mengapa banyak pihak membantah pelaksanaan projek tersebut, jadi mengapa kerajaan negeri terus berdegil untuk melaksanakannya?” katanya. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel Awat Kalut Sangat Nak Tambak Laut? - Gerakan Tanya DAP
Sekianlah artikel Awat Kalut Sangat Nak Tambak Laut? - Gerakan Tanya DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Awat Kalut Sangat Nak Tambak Laut? - Gerakan Tanya DAP dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/awat-kalut-sangat-nak-tambak-laut.html