Thai Hot Guy : Dianjur Kelab Malam Tiada Lesen?

Thai Hot Guy : Dianjur Kelab Malam Tiada Lesen? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Thai Hot Guy : Dianjur Kelab Malam Tiada Lesen?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Thai Hot Guy : Dianjur Kelab Malam Tiada Lesen?
link : Thai Hot Guy : Dianjur Kelab Malam Tiada Lesen?

Baca juga


Thai Hot Guy : Dianjur Kelab Malam Tiada Lesen?

 


"Tidak perlu pergi ke Thailand kali ini kerana mereka akan datang ke Malaysia... dikelilingi oleh sekumpulan lelaki kacak dengan baju tidur yang sangat seksi," menurut salah satu catatan di Facebook dalam bahasa Cina.

Menurut catatan Facebook kelab malam itu terdapat 250 tempat disediakan kepada pengunjung sempena pembukaan rasminya pada 30 Mac.

Rentetan dari itu PAS menggesa pihak berkuasa tempatan bertindak terhadap kelab malam tersebut menjelang pembukaannya minggu depan yang menampilkan persembahan sekumpulan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian dalam wanita, dikenali sebagai Thai Hot Guy, sambil menyifatkan acara itu bukan sahaja tidak sensitif dengan bulan Ramadan tetapi juga "tidak bermoral dan menjijikkan".

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan turut mempersoalkan tindakan Privacy Club Tun Razak, sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, berhubung penggunaan nama bekas perdana menteri itu.

“Perbuatan itu sangat tidak sensitif mahupun bertanggungjawab, malah menghina nama baik pemimpin negara,” katanya, sambil menambah pihak berkuasa tidak sepatutnya meluluskan sebarang nama yang dipilih oleh individu dan perniagaan.

Takiyuddin berkata, acara itu bukan sahaja bertentangan dengan budaya tempatan dan tidak sensitif dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan apatah lagi ia diadakan pada bulan Ramadan.

Beliau berkata acara itu menggalakkan "budaya hedonistik, lucah dan seks bebas".

Selain itu, ia juga tidak mendukung cita-cita negara untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral, berakhlak mulia, peka dan menyumbang kepada kesejahteraan bersama.

“Kebebasan individu atau ekonomi tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membenarkan atau melakukan perbuatan dan kecenderungan negatif seperti ini,” tambahnya lapor MalaysiaGazzette.

Teguran dari PAS itu mendapat maklum balas dari Pejabat PM..

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata kelab malam di Kuala Lumpur yang akan menganjurkan pertunjukan “Thai Hot Guy” sempena pembukaannya tidak mempunyai lesen hiburan dan tiada permohonan dikemukakan untuk menjalankan aktiviti hiburan.

Setiausaha politik perdana menteri, Azman Abidin dalam satu kenyataan berkata, laporan sudah diterima mengenai acara yang dijadualkan pada 6 petang, 30 Mac anjuran Privacy Club Tun Razak di Jalan Tun Razak.

Beliau berkata, siasatan awal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati premis itu dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd.

“Walau bagaimanapun lesen restoran syarikat terbabit telah tamat pada 4 Februari 2021 yang lalu.

“Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan,” tambahnya.

KDN dilapor akan menyiasat..

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dakwaan penganjuran satu acara hiburan 'Thai Hot Guy' yang dikatakan bakal berlangsung di ibu negara, akhir bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti penganjur dan pihak yang memberi kelulusan program berkenaan diadakan.

Beliau berkata, penganjuran program seumpama itu ketika di bulan Ramadan boleh mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

"Pertama, kita kenal pasti siapa buat, kelulusan pihak mana, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak.

"Reaksi umum saya jelas, memasuki ambang Ramadan ini, sebaik-baiknya acara seumpama itu tidak diteruskan

"Ia boleh mewujudkan keresahan, umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan suci, aktiviti ini boleh menimbulkan keresahan," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini

Saifuddin berkata, sikap saling menghormati hidup bermasyarakat pelbagai kaum dengan sensitiviti tersendiri perlu dijaga.


Demikianlah Artikel Thai Hot Guy : Dianjur Kelab Malam Tiada Lesen?

Sekianlah artikel Thai Hot Guy : Dianjur Kelab Malam Tiada Lesen? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Thai Hot Guy : Dianjur Kelab Malam Tiada Lesen? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/thai-hot-guy-dianjur-kelab-malam-tiada.html

Subscribe to receive free email updates: