Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM

Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM
link : Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM

Baca juga


Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM

KUALA LUMPUR: Siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa parti Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.

"Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen pilihan raya umum yang lalu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang medianya mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

PAS menyifatkan mustahil untuk PN menerima dana politik dari tauke dan syarikat judi ketika parti itu tegas menutup tempat perjudian, malah pernah dituduh Taliban.

Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati "pelanggaran" dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Dalam laporan itu, Anwar dipetik sebagai berkata, dana pilihan raya untuk parti "Melayu" dan parti "Islam" datang dari syarikat perjudian - BH


Demikianlah Artikel Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM

Sekianlah artikel Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/tiada-bukti-pn-terima-dana-syarikat.html

Subscribe to receive free email updates: