Berapa Kali Felda Nak Diselamatkan? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berapa Kali Felda Nak Diselamatkan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Berapa Kali Felda Nak Diselamatkan?link :
Berapa Kali Felda Nak Diselamatkan?
Baca juga
Berapa Kali Felda Nak Diselamatkan?
APABILA FGV Holdings Bhd. disenaraikan pada 2012 ia adalah tawaran awam ketiga terbesar di dunia selepas Facebook (sekarang Meta) dan terbesar di Asia.
Ketika penyenaraian itu, Felda mendapat RM5.5 bilion manakala FGV meraih RM4.5 bilion, satu jumlah yang sangat besar.
Apa yang berlaku dengan hasil RM5.5 bilion yang diperoleh oleh Felda selepas penyenaraian FGV? Agensi kerajaan itu berterusan mencatatkan kerugian. Menjelang akhir Disember 2017, hutang Felda kepada institusi kewangan sahaja berjumlah RM12.1 bilion.
Sukar membayangkan bagaimana sebuah agensi kerajaan menanggung hutang sebanyak RM12 bilion daripada institusi kewangan.
Selepas penyenaraian FGV, antara 2013 sehingga 2017, Felda berterusan mencatatkan kerugian. Menjelang 2017, jumlah tunai Felda merudum kepada RM400 juta berbanding RM3.9 bilion pada 2011.
Pada 2017 sahaja, agensi yang dikuasai kerajaan itu mencatatkan kerugian RM4.9 bilion. Salah satu sebab kerugian itu ialah susut nilai pelaburan dalam PT Eagle High Tbk sebanyak RM1.6 bilion.
Di mana logiknya apabila Felda membeli 37% kepentingan dalam Eagle High pada harga AS$505 juta atau pada harga 95.8% lebih tinggi berbanding harga saham yang diniagakan ketika itu.
Tiada siapa yang mempunyai akal perniagaan akan membeli saham sesuatu syarikat pada pada harga 95% lebih tinggi berbanding harga yang sedang diniagakan di bursa?
Untuk menyelamatkan Felda yang tenat, kerajaan pada 2019 bersetuju memperuntukkan RM6.23 bilion dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan.
Kerajaan ketika itu menjangkakan wang RM6.3 bilion itu sudah cukup untuk memastikan Felda dapat terus hidup dan membantu peneroka.
Itu tidak berlaku. Pada 2020, Kabinet ketika itu meluluskan penerbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh Felda yang dijamin kerajaan.
Dua tahun lalu, sekali lagi Felda melaksanakan langkah korporat untuk mengambil alih keseluruhan saham FGV.
Daripada pegangan saham kira-kira 31% peratus dalam FGV, Felda telah membeli 50% lagi saham pada harga RM1.30 sesaham.
Apa yang mendukacitakan, Felda hanya mendapat 81% daripada keseluruhan saham iaitu kurang daripada 90% yang diperlukan untuk mengambil alih FGV.
Jika mengambil kira harga tawaran RM1.30 dan pembelian 1.8 bilion saham, Felda telah membelanjakan RM2.34 bilion wang yang diberikan kerajaan untuk inisiatif yang sia-sia.
Minggu lalu, kerajaan sekali lagi melaksanakan bailout terhadap Felda. Kerajaan Perpaduan mengumumkan terbitan sukuk dan kredit pusingan untuk menyelamatkan Felda.
Bantuan terbaharu membabitkan pengurangan prinsipal hutang Felda bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion.
Langkah terbaharu itu membolehkan pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada tahun 2021.
Jika diambil kira semua bantuan, Felda sahaja telah menerima bantuan pelbagai bentuk berjumlah tidak kurang daripada RM24 bilion. Itu tidak termasuk RM5.7 bilion yang lesap selepas penyenaraian FGV.
Ini adalah agensi kerajaan yang sepatutnya mempertahankan 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan tetapi membazirkan hampir RM30 bilion dalam 11 tahun.
Kepada mana-mana kerajaan, Felda adalah deposit politik yang penting. Sebanyak 54 kerusi Parlimen merangkumi kawasan Felda. Sejak dahulu hingga sekarang, mana-mana kerajaan berusaha memastikan kerusi Parlimen ini terjaga tanpa mengira kos.
Tetapi sampai bila negara harus terus menanggung hutang yang besar untuk menyelamatkan Felda yang disebabkan kegagalan pengurusan.
Bagaimana hak penduduk di 168 kerusi Parlimen yang bukan kawasan Felda dan 8.1 juta isi rumah lain di negara ini?
Felda harus berhenti terbabit dalam perniagaan dan hanya menjadi badan kawal selia kepada pembangunan kawasan yang diamanahkan dan berhenti mengheret kerajaan daripada menanggung hutang kerana ketidakcekapan sendiri.
Mohamad Azlan Jaafar
Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd
Demikianlah Artikel Berapa Kali Felda Nak Diselamatkan?
Sekianlah artikel Berapa Kali Felda Nak Diselamatkan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berapa Kali Felda Nak Diselamatkan? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/berapa-kali-felda-nak-diselamatkan.html