PH Dijangka Kuasai 55 Peratus Undi..

PH Dijangka Kuasai 55 Peratus Undi.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Dijangka Kuasai 55 Peratus Undi.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Dijangka Kuasai 55 Peratus Undi..
link : PH Dijangka Kuasai 55 Peratus Undi..

Baca juga


PH Dijangka Kuasai 55 Peratus Undi..

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dijangka menguasai 55 peratus undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri beza 10 peratus berbanding dengan saingan kuat mereka Perikatan Nasional (PN) yang diramal memperoleh 45 peratus undian.

Berdasarkan tinjauan awal, sokongan untuk dua parti gergasi itu didapati sentiasa berubah-ubah, terutama di dua negeri yang kini dikuasai PN iaitu Kedah dan Terengganu.

Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, berkata jika mengambil kira jumlah undi ada kemungkinan berpihak kepada PN, namun jumlah kerusi lebih banyak dimenangi PH.

Katanya, bagi negeri yang dikuasai PH seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, PH ada kelebihan dengan mengambil kira prestasi mereka di negeri berkenaan.

"Peranan dan sokongan dari UMNO-BN adalah satu kelebihan bagi negeri yang kini dikuasai PH, namun wujud persaingan sengit daripada PN berbanding pilihan raya negeri sebelum ini.

"Pada masa sama, PN kena berusaha keras dalam mencari jalan mengatasi faktor kelebihan yang ada di negeri dikuasai PH," katanya kepada BH.

Ahmad Zaharuddin Sani berkata, di Selangor PH berpeluang besar mempertahankan pemerintahan negeri berdasarkan rekod pembangunan yang dicapai dan keyakinan pengundi terhadap keupayaan parti itu membawa perubahan.

Namun, katanya, sentimen perkauman dan kenegerian yang dimainkan PN sukar untuk mengubah keyakinan pengundi terhadap PH yang mana pengundi mungkin lebih cenderung mempertimbangkan rekod pembangunan dan kredibiliti PH dalam memenuhi keperluan rakyat Selangor.

"PH sebelum ini memerintah negeri Selangor masih mempunyai sokongan yang kukuh dalam kalangan pengundi dan mereka hanya perlu melanjutkan usaha pembangunan, memperbaiki perkhidmatan awam, dan memperjuangkan isu seperti pendidikan, kesihatan dan ekonomi yang inklusif.

"Rekod pembangunan yang dicapai ketika pemerintahan sebelumnya memberikan PH kelebihan dalam meraih sokongan pengundi. Keupayaan PH untuk membawa perubahan diinginkan rakyat Selangor akan menjadi faktor penting dalam memastikan kejayaan mereka," katanya.

Di Negeri Sembilan, katanya, DAP yang dipimpin Setiausaha Agung, Anthony Loke, mempunyai pengaruh yang kuat pada peringkat akar umbi, selain UMNO Negeri Sembilan di bawah pimpinan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan turut memainkan peranan penting dengan usaha gigih untuk mempertahankan sokongan pengundi kepada PH-BN.

"Ramalan awal menunjukkan PH kemungkinan akan terus memegang pemerintahan negeri dan berpotensi mencapai keputusan yang kukuh. PH mempunyai kelebihan yang signifikan, namun dijangka persaingan sengit daripada PN," katanya.

Jangka pertahan kedudukan

Untuk Pulau Pinang, Ahmad Zaharuddin Sani menjangka PH berpotensi untuk mempertahankan kedudukan yang kukuh dengan majoriti lebih dua pertiga yang mana kekuatan DAP dan rekod kejayaan mereka dalam membangunkan negeri itu menjadi penentu kejayaan.

"Lebih menarik, di Pulau Pinang kurangnya saingan yang kuat dari parti lawan seperti GERAKAN dan kombinasi PH dengan UMNO sebagai rakan strategik dalam pilihan raya ini memberikan PH kelebihan yang besar," katanya.

Analisis di Terengganu dan Kedah mendapati sokongannya berubah-ubah antara PN dan PH bergantung kepada perkembangan semasa antara 45 hingga 55 peratus.

"Tidak mustahil PRN Terengganu ini mungkin berakhir dengan kelebihan bagi PH dengan peratusan 55-45. Faktor seperti kurangnya perubahan signifikan yang ditonjolkan oleh PAS dalam tempoh pemerintahan mereka, dakwaan rasuah dan pemberian tanah dengan harga murah dapat mempengaruhi sokongan pengundi terhadap PAS.

"Di sisi lain, usaha UMNO untuk membangunkan semula sokongan mereka dan kombinasi dengan PH dapat memberikan kelebihan kepada PH dalam pilihan raya ini," katanya.

Bagi Kedah, kajian menunjukkan pertempuran masih kekal pada tahap 50-50, dengan tiada pihak yang jelas mempunyai kelebihan yang besar.

"Faktor seperti sentimen mengenai #the Greater Kedah# 'Pulau Pinang milik Kedah' dan isu air yang berterusan mungkin menjadi penentu dalam mempengaruhi keputusan pengundi.

"Pertarungan antara PAS, UMNO, dan PH akan menjadi sengit dan keputusannya mungkin bergantung pada faktor itu," katanya.

Mengenai peluang PH di Kelantan, katanya Kelantan adalah sebuah negeri yang mempunyai identiti tersendiri dengan kekuatan PAS yang kukuh dalam kalangan pengundi.

"Penduduk Kelantan memiliki kecenderungan untuk memberikan sokongan kepada PAS berbanding parti lain.

"Ramalan menunjukkan bahawa pilihan raya negeri Kelantan ini kemungkinan akan menghasilkan keputusan yang menguntungkan Perikatan Nasional (PN) dan PAS dengan kemenangan mutlak 100 peratus," katanya - BH


Demikianlah Artikel PH Dijangka Kuasai 55 Peratus Undi..

Sekianlah artikel PH Dijangka Kuasai 55 Peratus Undi.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Dijangka Kuasai 55 Peratus Undi.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/ph-dijangka-kuasai-55-peratus-undi.html

Subscribe to receive free email updates: