Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi PRN Ini - Anak Najib

Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi PRN Ini - Anak Najib - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi PRN Ini - Anak Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi PRN Ini - Anak Najib
link : Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi PRN Ini - Anak Najib

Baca juga


Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi PRN Ini - Anak Najib

KUALA LUMPUR: Selepas Nooryana Najwa mendakwa penyokong bapanya, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah sudah hilang sabar, kini anak lelaki bekas Perdana Menteri itu pula menyuarakan kebimbangan sama.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd. Nazifuddin, semakin ramai penyokong bekas Presiden UMNO itu kecewa dengan parti itu selepas melihat tidak ada sebarang keadilan buat Najib.

Jika keadaan itu berterusan, Mohd. Nazifuddin menjangkakan penyokong-penyokong bapanya mungkin tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos depan.

“Ianya juga sudah semakin sukar untuk saya menyakinkan mereka seperti diulas oleh adik saya Yana dan dalam ulasan Khairy Jamaluddin dengan Shahril Hamdan minggu lepas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan penyokong Najib akan beralih arah dengan memberi undi kepada pihak lawan pada pilihan raya nanti.

Ini sekali gus ujarnya, memberi kesan signifikan dari segi sokongan orang Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Ramai juga faham bahawa sokongan umum dan sokongan akar umbi terhadap DSN (Najib) adalah besar dan mungkin melebihi sokongan parti," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Nazifuddin percaya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedar kemungkinan yang akan berlaku, menyebabkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu meminta penyokong Najib untuk terus percaya kepada parti dan menyokong Kerajaan Perpaduan.

Selaku veteran politik, beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedar perkara tersebut dan kemungkinan beliau dan Ahmad Zahid ada perancangan untuk mengatasi isu berkenaan.

"Inilah sebab ada beberapa pemimpin-pemimpin pihak lawan kami daripada parti Bersatu dan Pas turut menyuarakan sokongan mereka kebelakangan ini bagi pembebasan Najib. (Sokongan ini) Dengan harapan bahawa penyokong-penyokong Najib akan memberi undi kepada mereka," katanya.

Nooryana sebelum ini dilapor berkata, ramai penyokong Najib seolah-olah sudah hilang sabar, selain mereka juga tidak mudah dipujuk lagi.

Khairy dan Shahril dalam siaran podcast Keluar Sekejap pada Jumaat lalu berpandangan keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding dalam PRN disifatkan sebagai permulaan kepada tamatnya hayat BN.

Sementara, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menyeru penyokong Najib agar mengundi calon BN-PH dalam PRN akan datang, kerana ia sebagai satu usaha menyokong bekas Perdana Menteri itu termasuk mendapat keadilan - AstroAwani


Demikianlah Artikel Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi PRN Ini - Anak Najib

Sekianlah artikel Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi PRN Ini - Anak Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi PRN Ini - Anak Najib dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/penyokong-najib-mungkin-tak-keluar.html

Subscribe to receive free email updates: