Sanusi Dah Kena, Kita Tunggu Guan Eng Pula - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sanusi Dah Kena, Kita Tunggu Guan Eng Pula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Sanusi Dah Kena, Kita Tunggu Guan Eng Pulalink :
Sanusi Dah Kena, Kita Tunggu Guan Eng Pula
Baca juga
Sanusi Dah Kena, Kita Tunggu Guan Eng Pula
“MENTERI Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) sudah didakwa. Kita tunggu Lim Guan Eng dan yang lain juga selepas ini.”
Itu reaksi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh susulan pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi di Mahkamah Sesyen Selayang, semalam.
Muhamad Akmal dalam hantaran di Facebook menegaskan, tiada ruang kepada mana-mana individu dalam negara ini yang sesuka hati mempermainkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).
Menurut Muhamad Akmal, tiada siapa yang terkecuali tidak kira warna parti sama ada pembangkang atau kerajaan.
Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga berharap pertuduhan terhadap Muhammad Sanusi itu menjadi pengajaran kepada semua pemimpin dan rakyat.
“Tiada ruang kepada mana-mana individu di dalam negara ini yang sesuka hati mempermainkan isu 3R.
“Tidak kira apa sekali pun warna parti, sama ada kerajaan mahu pun pembangkang, anda tidak boleh terkecuali.
“Supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pemimpin dan rakyat,” katanya.
Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menghasut.
Bagi pertuduhan pertama beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan berhubung lantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, minggu lalu.
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu juga didakwa atas satu lagi pertuduhan menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada minggu lalu di Mahkamah Sesyen berasingan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kenyataan Guan Eng, yang dipercayai menyentuh isu 3R.
Ahli Parlimen Bagan itu didakwa membuat kenyataan ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang- UtusanTV
Demikianlah Artikel Sanusi Dah Kena, Kita Tunggu Guan Eng Pula
Sekianlah artikel Sanusi Dah Kena, Kita Tunggu Guan Eng Pula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sanusi Dah Kena, Kita Tunggu Guan Eng Pula dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/sanusi-dah-kena-kita-tunggu-guan-eng.html