Boleh Ka Nak Tukar Kerajaan Macam Ni Sanusi? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Boleh Ka Nak Tukar Kerajaan Macam Ni Sanusi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Boleh Ka Nak Tukar Kerajaan Macam Ni Sanusi?link :
Boleh Ka Nak Tukar Kerajaan Macam Ni Sanusi?
Baca juga
Boleh Ka Nak Tukar Kerajaan Macam Ni Sanusi?
ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) terus berkeyakinan bahawa kerajaan Perpaduan boleh ditumbangkan seawal bulan ini sekiranya gabungan itu menang di kesemua enam negeri yang terlibat pilihan raya negeri (PRN).
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa, kekalahan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) itu akan menyebabkan Ahli-Ahli Parlimen yang berada dalam kerajaan ketika ini tidak akan senang duduk.
“Semalam Perdana Menteri kata nak ubah kerajaan kena keputusan Ahli Parlimen, bukan keputusan PRN. Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kalau enam negeri ini hang kalah, Ahli-ahli Parlimen pun tak sedap (selesa) nak duduk dengan hang.
“Pasal hang telah hilang sokongan daripada segi moral. Rakyat telah beri referendum, petunjuk dan isyarat untuk hang ‘blah’ (berundur). Maka Ahli-Ahli Parlimen yang geli kaki nak pegang jawatan (dalam tempoh) lama, mereka kena lari,” katanya ketika berucap pada Program Mai Sat Menteri Besar Kedah di sini, semalam.
Dakwa Muhammad Sanusi, tindakan Ahli Parlimen untuk meninggalkan kerajaan itu tidak akan dibuat secara bersendirian kerana perbuatan itu akan menyebabkan mereka hilang jawatan.
“Dia bukan lari seorang-seorang tetapi lari segerombolan, barulah tak jatuh (hilang jawatan). Jika keseluruhan parti keluar daripada bekerjasama dengan PH, maka mereka tak hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
“BN keluar, parti Sabah dan Sarawak pun keluar. Hang nak tinggal berapa orang? ‘Babai’ (selamat tinggal) sungguhlah bulan lapan (Ogos),” katanya.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, sepanjang penglibatan beliau dalam arena politik sejak 1995, PRN kali ini disifatkan paling mencabar yang pernah dilalui.
“Saya perhatikan mereka guna habis semua. Kalau boleh guna ‘steam roll’, habis dilenyeknya kita. Agensi dan jabatan digunakan sepenuhnya untuk menangkan kerajaan. Yang mai berlawan dengan kita pun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Mereka bukan bertanding pun,” katanya –
UTUSAN
Demikianlah Artikel Boleh Ka Nak Tukar Kerajaan Macam Ni Sanusi?
Sekianlah artikel Boleh Ka Nak Tukar Kerajaan Macam Ni Sanusi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Boleh Ka Nak Tukar Kerajaan Macam Ni Sanusi? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/boleh-ka-nak-tukar-kerajaan-macam-ni.html