Merajuk Tak Dapat Jadi Calon Ke Prof? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Merajuk Tak Dapat Jadi Calon Ke Prof?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Merajuk Tak Dapat Jadi Calon Ke Prof?link :
Merajuk Tak Dapat Jadi Calon Ke Prof?
Baca juga
Merajuk Tak Dapat Jadi Calon Ke Prof?
SEBERANG PERAI: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy mengumumkan keluar daripada parti DAP berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang berkata, beliau sudah menghantar surat keluar parti itu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, pukul 8.24 pagi ini serta kepada Pengerusi DAP negeri yang juga Ketua Menteri, Chow Kon Yeow seminit kemudian.
Selain Ramasamy, turut mengumumkan keluar daripada parti itu dalam sidang akhbar bersama hari ini ialah Timbalan Pengerusi DAP Pahang yang juga bekas ADUN Sabai, A. D.R. Kamache; Naib Pengerusi DAPSY Kebangsaan, Jason Raj dan Penolong Setiausaha DAP Cawangan Taman Inderawasih, K. Krishnasamy.
Berikut merupakan kenyataan penuh yang dibacakan Ramasamy dalam sidang akhbar pengumuman beliau keluar daripada DAP hari ini:
BERHENTI MENJADI AHLI DAP
Saya ingin memaklumkan kepada pihak media dan rakan-rakan bahawa saya terpaksa mengambil keputusan yang paling sukar dalam lebih daripada 15 tahun penglibatan politik saya.
Selepas berunding secara mendalam dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang rapat, saya telah memutuskan untuk melepaskan keahlian saya daripada Parti DAP yang saya sertai 18 tahun lalu pada tahun 2005.
Semalam iaitu pada 9 Ogos 2023, saya telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Saudara Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Agung DAP dan Saudara Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Pulau Pinang.
Sebelum saya meletak jawatan, saya adalah Pengerusi Parti DAP Cawangan Taman Chai Leng dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Parti DAP Negeri Pulau Pinang.
Selepas saya memenangi kerusi Parlimen Batu Kawan dan kerusi DUN Perai semasa PRU pada tahun 2008, saya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Il Pulau Pinang.
Saya berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri lI selama 15 tahun iaitu selama tiga penggal.
Saya telah digugurkan pada 18 Julai 2023 dari bertanding dalam pilihan raya negeri yang akan datang.
Parti mempunyai hak untuk menggugurkan saya dan lima lagi ADUN yang lain.
Namun, alasan yang diberikan ialah proses peremajaan tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah penyingkiran politik.
Saya boleh faham mengapa pemimpin kanan digugurkan tetapi mengapakah calon-calon muda adalah digugurkan.
Parti DAP telah memaklumkan bahawa saya akan digugurkan selepas keputusan dibuat pada 18 Julai 2023.
Tiada sebab mengapa tiga calon muda seperti Yeoh Sin Yin, Soon Lip Chee dan Satees Muniandy digugurkan.
Dua daripadanya adalah Ahli EXCO dan seorang lagi ADUN telah berkhidmat dengan baik kepada parti dan Kerajaan Negeri.
Ini bukannya proses peremajaan atau pemulihan parti tetapi penyingkiran politik untuk mengenepikan mereka yang dilihat atau dibayangkan sebagai penyokong kepada penyandang jawatan Ketua Menteri iaitu Chow Kon Yeow.
Chow mungkin telah dilantik semula sebagai Ketua Menteri tetapi beliau tidak mempunyai sokongan dalam barisan calon-calon DAP negeri sekarang.
Ada kemungkinan Chow Kon Yeow tidak akan memegang jawatan Ketua Menteri untuk tempoh yang penuh walaupun telah diberi jaminan oleh pemimpin-pemimpin parti peringkat nasional.
Tindakan penyingkiran yang serong ini telah disokong oleh para pemimpin di peringkat nasional.
Individu yang terkenal dengan gelaran “Maharaja” adalah punca kepada krisis yang sedang berlaku di DAP Pulau Pinang.
Kepimpinan parti di peringkat kebangsaan nampaknya bergantung kepada individu ini yang digelar “Maharaja” ini.
Senarai calon yang dikemukakan Chow selaku Ketua Jawatankuasa Negeri dengan lima keahlian telah diketepikan.
Terdapat beberapa pemimpin yang baik dalam DAP tetapi kemerosotan ke arah politik yang kurang bermutu dan sikap akur kepada kepemimpinan tertinggi nampaknya tidak dapat dielakkan.
Tidak hairanlah DAP disifatkan sebagai parti yang mengambil haluan seperti parti MCA atau MIC.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kompromi telah dibuat dimana ianya telah mengenepikan dan mengurangkan perjuangan parti.
Kita dapat melihat bahawa sesetengah pemmpin parti seolah-olah hanya mengutamakan kasa dan jawatan yang disandang.
DAP yang saya ketahui suatu ketika dahulu semasa saya menyertainya tahun 2005 tidak lagi wujud.
Keputusan untuk meninggalkan DAP adalah satu keputusan yang sukar.
Saya telah mengaitkan diri saya dengan parti ini semasa saya berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia, lebih lama sebelum saya menyertai parti DAP pada tahun 2005.
Parti ini bukan lagi parti yang kenali pada zaman tersebut. Parti ini semakin kurang menghargai perbezaan pendapat dan sikap keterbukaan dari dalaman parti.
Mereka yang bersuara menentang kerajaan dlipandang sebagai pengacau dan pengganggu.
Beberapa bulan lalu, kepimpinan parti menjauhkan diri daripada kenyataan saya apabila saya membangkitkan isu kurangnya penyertaan kaum bukan Melayu dalam perkhidmatan awam negara.
Malah, kenyataan saya ini dianggap sebagai memudaratkan Kerajaan Perpaduan yang baru ditubuhkan.
Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sendiri menolak kenyataan saya sebagai kenyataan peribadi.
Saya berumur 74 tahun sekarang. Saya mungkin dipanggil ‘anggur masam” kerana berhenti menjadi ahli parti.
Tetapi saya tidak mempunyai pilihan selain mengambil keputusan mutlak untuk melakarkan Haluan politik saya pada masa hadapan.
Seperti yang saya katakan, menggugurkan saya bukanlah satu isu tetapi isunya adalah cara saya dan calon lain digugurkan.
lanya adalah penyingkiran tanpa penghargaan kepada khidmat kami.
Dengan meletak jawatan dalam DAP, saya berharap dapat berfungsi dalam persekitaran politik yang luas tanpa kekangan yang wujud kepada ahli sesebuah parti atau organisasi politik.
Saya sedar bahawa saya mungkin tidak akan mempunyai tempat dalam DAP lagi pada masa hadapan.
Saya perlu berani membuat beberapa rancangan tentang peranan saya dalam arena politik Malaysia secara menyeluruh.
Saya akan terus berjuang untuk menentang ketidakadilan, diskriminasi dan penindasan terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama mereka.
Saya akan terus bersuara untuk golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.
Impian saya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih baik untuk semua dan memastikan masa depan adalah terjamin dengan baik untuk generasi akan datang.
Saya menantikan hari tersebut walaupun saya mungkin tidak berada di sini di mana rakyat Malaysia akan berbangga untuk menyatakan bahawa negara ini milik semua warganegara.
Sementara itu, saya akan terus menyokong gabungan politik PH secara amnya dan kepimpinan Anwar Ibrahim dan Chow Kon Yeow.
P. Ramasamy.”
Demikianlah Artikel Merajuk Tak Dapat Jadi Calon Ke Prof?
Sekianlah artikel Merajuk Tak Dapat Jadi Calon Ke Prof? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Merajuk Tak Dapat Jadi Calon Ke Prof? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/merajuk-tak-dapat-jadi-calon-ke-prof.html