Patutlah Baddrol Bakhtiar Rahsiakan Manifestonya.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Patutlah Baddrol Bakhtiar Rahsiakan Manifestonya.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Patutlah Baddrol Bakhtiar Rahsiakan Manifestonya..link :
Patutlah Baddrol Bakhtiar Rahsiakan Manifestonya..
Baca juga
Patutlah Baddrol Bakhtiar Rahsiakan Manifestonya..
GURUN: Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar mempunyai manifesto sendiri dan tidak mahu memberi harapan dengan janji kerana bimbang apa yang dijanji tidak dapat ditunaikan.
Bekas kapten pasukan Kedah itu menjawab video berkaitan dakwaan beliau tidak mempunyai manifesto seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
"Tapi saya ni jenis tak banyak cakap, kalau saya cakap banyak pun.. manifesto tu saya tak buat, orang akan cakap saya bagi harapan, janji sana sini tapi tak buat.
"Macam saya cakap tadi, calon sebelum ni pun, dia bentang semua manifesto tapi apa pun tak buat...Saya tak mau la jadi kat (pada) diri saya.
"Sebabnya saya ada pendirian saya untuk merealisasikan impian anak muda di negeri Kedah ini, khususnya di DUN Gurun ini..memajukan lagi pemuda di kawasan ini dalam apa bidang sekali pun termasuk dalam pendidikan terutamanya sukan," katanya ketika berucap pada majlis ceramah di Gurun, malam tadi.
Baddrol berkata, pada hari penamaan calon yang lalu, sudah dimaklumkan bahawa calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini masing-masing mempunyai tokoh iaitu dua profesor, dua tokoh sukan dan ustaz.
Katanya, mungkin kelebihan yang ada padanya dalam bidang sukan, dia diberikan tawaran oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk memajukan anak muda di negeri ini dalam bidang sukan atau apa jua bidang sekali pun.
"Dan dia (Sanusi) pesan pada saya jangan memilih kaum dan libatkan juga antara kaum India, Cina, Siam untuk negeri Kedah ini.
"Dan saya mendengar apa yang beliau bentangkan itu, saya begitu terpikat sekali dan begitu semangat untuk memajukan apa yang dia cakap selama ini mengenai 'The Greater Kedah," katanya melalui akaun Tik Tok miliknya malam tadi.
Sebelum ini, video Baddrol Bakhtiar tular di media sosial selepas bekas pemain bola sepak itu menyatakan dia mempunyai manifesto sendiri dan akan terjadi sekiranya kemenangan berpihak padanya - BH
Demikianlah Artikel Patutlah Baddrol Bakhtiar Rahsiakan Manifestonya..
Sekianlah artikel Patutlah Baddrol Bakhtiar Rahsiakan Manifestonya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Patutlah Baddrol Bakhtiar Rahsiakan Manifestonya.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/patutlah-baddrol-bakhtiar-rahsiakan.html