UNDI BN PI MANA KAT PERMATANG PAUH NI?

UNDI BN PI MANA KAT PERMATANG PAUH NI? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UNDI BN PI MANA KAT PERMATANG PAUH NI?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UNDI BN PI MANA KAT PERMATANG PAUH NI?
link : UNDI BN PI MANA KAT PERMATANG PAUH NI?

Baca juga


UNDI BN PI MANA KAT PERMATANG PAUH NI?

Pada PRU15 lalu menyaksikan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR selama 40 tahun berjaya ditawan oleh Perikatan Nasional (PN). 

Nurul Izzah Anwar yang menyandang kerusi berkenaan tewas di tangan calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi dalam saingan empat penjuru. 

Muhammad Fawwaz memperoleh 37,638 undi, Nurul Izzah mendapat 32,366 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (16,971 undi) dan Mohd Nasir Othman (Pejuang-Putra) hanya meraih 473 undi. 

"Tak apalah baru-baru ini kita kalah di Permatang Pauh...Dalam banyak-banyak saya sedih juga sikit, tapi tak apa keputusan itu saya hormat. 

"Ada saya marah orang? Tetapi kali ini (PRN Pulau Pinang) saya minta Penanti, Permatang Pasir, Seberang Jaya dan juga calon-calon di kawasan lain perlu bagi kemenangan yang bergaya kepada Pakatan Harapan," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Himpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Rakyat Guar Perahu.

Bagaimanapun Pakatan Harapan (PH) gagal mengubat duka apabila kecundang dalam misi menawan semula Permatang Pauh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melabuhkan tirainya… 

Lebih mengejutkan apabila PH kecundang kepada Perikatan Nasional (PN) di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh, masing-masing Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti. 

Keputusan di DUN Seberang Jaya yang menyaksikan pertembungan dua penjuru memihak kepada PN yang diwakili Izhar Shah Arif Shah dengan majoriti 4,926 undi. 

Izhar Shah berjaya meraih 20,877 undi, sekali gus mengalahkan lawannya yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim. 

Kemenangan di DUN Penanti turut memihak kepada PN menerusi wakilnya, Zulkefli Bakar dengan majoriti 3,575 undi. 

Zulkefli yang juga Pengerusi BERSATU negeri meraih 12,586 undi dalam persaingan dua penjuru, sekali gus membenam lawannya dari PH, Rosidi Hussain yang memperoleh 9,011 undi. 

Beralih ke DUN Permatang Pasir, Amir Hamzah Abdul Hashim @ Md Hashim dari PN berjaya menundukkan lawannya dalam pertembungan dua penjuru dengan majoriti 3,108 undi. 

Amir Hamzah dari PAS meraih 13,526 undi, sekali gus menundukkan calon AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (10,418 undi). 

Cuma yang menghairankan aku ialah kemana perginya undi dari pihak BN, UMNO khususnya dalam PRN ini. 

Sebagai contoh, kita ambil DUN Seberang Jaya sebagai contoh dimana pada PRU-15 yang lalu BN mendapat 7,209 undi dan PH mendapat 15,319 undi. 

Jika dicampurkan kedua-duanya jumlah undi yang digabungkan ialah 22,528 undi. 

Tetapi ketika menghadapi PRN yang lalu PH/BN hanya mendapat 15,591 undi sahaja dan PN yang mendapat 15,288 undi pada PRU15 lalu memperolehi 20,877 undi. 

Begitu juga di DUN Permatang Pasir dan DUN Penanti, Undi dari BN pada PRU15 lalu kelihatan tidak memihak kepada PH/BN tetapi seolah-olah pergi kepada PN.. 

 Kenapa agaknya ya?





Demikianlah Artikel UNDI BN PI MANA KAT PERMATANG PAUH NI?

Sekianlah artikel UNDI BN PI MANA KAT PERMATANG PAUH NI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UNDI BN PI MANA KAT PERMATANG PAUH NI? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/undi-bn-pi-mana-kat-permatang-pauh-ni.html

Subscribe to receive free email updates: